Hari ni 20 minit sebelum rehat, aku bagi anak anak muridku bermain puzzle. Letih juga kalau asyik membuat kerja menulis dan mewarna. Dan mereka pun sudah kurang excited kalau nak diberi bermain dengan plastisin lagi. Nak 'jahit menjahit' pun, kalau yang lelaki memang tak berapa mahu!
Anak muridku ini ada 20 orang. Aku bahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam satu kumpulan ada 5
orang. Setiap kumpulan aku beri satu set puzzle yang ada 25 pieces. Aku nak tengok siapa yang cekap berfikir, ada tumpuan tajam, dapat selesaikan masalah serta dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dengan baik.
Wahhh..bukan main excited lagi anak anak ni!
Kumpulan yang awal sekali siapkan puzzle tu dikira PEMENANG, esok aku nak bagi hadiah kepada ahlinya. YANG MENANG SAHAJA TAU!!
( esok siapa lah agak agaknya yang akan monyok...he he he..kesian le kat yang terkemudian tu ye..)
Hari ini pemenangnya ialah kumpulan meja MERAH. Ahli kumpulannya Rasydan, Hadif, Amin dan Syamim. Satu ahli yang tak hadir hari ini ialah Haikal. Dengan berempat sahaja mereka ini berjaya mendahului kawan kawan lain menyiapkan puzzle tanpa bantuan sedikit pun dariku.
Aku perhatikan Rasydan memang alert! Hadif dan Amin memang bijak. Syamim..errr nampak masih kabur kabur. Sebenarnya Rasydan, Hadif dan Amin yang banyak meletakkan puzzle pieces ini ke tempat yang betul. Mereka mempunyai tumpuan dan pemerhatian yang sangat baik!
Dalam diam diam, si Rasydan, aku perhatikan memang ada potensi bagus. Tahun lepas kakaknya jadi best student bagi pelajar perempuan Aulad Perdana. Nampak gayanya Rasydan pun ada potensi. Cakapnya tak banyak. Tapi kerja jalan. Kadang kadang aku baru sahaja selesai bagi arahan, Rasydan dah siap kerja. Bak kata Kak Pah, air liur aku pun tak sempat nak telan, dia dah menghantar kerjanya...ha ha ha..
Cuma kerja dia kurang cantik la sebab nak cepat siap. Tapi buat dan caranya betul.
Si Hadif ni pula asyik nak bertingkah aja..Adui..tak larat melayan dia bercakap. Kerja tak berapa nak jalan tapi tetap buat. Sekali bodek, sekali jalan..tapi kalau ajak main game macam hari ni, excited habis!!Kalau dengar cerita pun, dia tumpu habis habisan. Marah dia kalau orang buat bising time aku nak bercerita. Kena pula cerita tu aku ceduk cerita Kak Pah tempohari..ALI si GEMBALA KAMBING. COPYRIGHT mana ada!
Amin pula bagi perhatian penuh. A cool guy. Tak suka bising bising. Tak suka main main. Kerja penuh tumpuan. Cikgu tanya, dia response dengan begitu baik.
Kiranya pelajar contoh lah...ha ha ha..
Kumpulan kedua yang berjaya menang hari ni ialah kumpulan meja KUNING. Kat sini ada Qaiyum yang dah semakin ceria dan response dengan baik walaupun sekali sekala ada juga monyoknya.
Di sini juga ada Nur Fariha yang kerjanya dibuat sungguh cantik dan tekun.
Nazihah pelajar agak aktif dan bersungguh ada di meja ini.
Husna yang mengekori dari belakang kini nampaknya memberi saingan kepada Nazihah dan Nur Fariha.
Cuma yang masih tak mengeluarkan suara dan agak pemalu ialah si Farah Syazwani...Aduhai si Syazwani ni, dipanggil nama pun tak mau menyahut nyahut lagi.
CAMNO??
(tiap tiap tahun mesti ada sorang dua yang berat mulut nak bercakap..susah sikit especially time membaca..Di ajar pun tak mahu keluar SUARA!! macamana nak diajar membaca??ayo yo)
So hari ini cikgunya boleh nampak anak anak muridnya yang alert.
1. Rasydan
2. Hadif
3. Amin
4. Nazihah
5. Nur Fariha
6. Qaiyum
7. Husna
8. Iwana
9. Dhiya
10. Luqman
11. Haziq
12. Suhail
13. Syafiqah
yang lain lain tu masih kurang alert. Masih curiga untuk berkongsi. Mungkin kurang selesa main bersama. Mungkin masih malu malu. Mungkin masih tak tahu cara permainan..
okay..dan bagi cikgu pula, SATU PEMERHATIAN yang akan diambilkira untuk mengenalpasti anak muridnya.
SEKIAN
3 comments:
Salam Hidayah
Aku ingatlah Azman Ahmad ni. Betuilah dia Ie Engr. Diapun mcm hangpa lakibini juga - tak mainlah moto mcm aku lakibini semuanya geng gerabak keretapi!
Dia ni exco motivasi dalam Warga Kilang (ops! bukan exco Perlancongan atau Pertanian Perak!).
Aku suka teori dia dlm motivasi macamana nak dpt anak 5A (8A?) sbb dia ada 5 anak (8 anak?) yang semuanya nama start dgn huruf A.
Lukman
Lukman..
gerabak tak gerabak..
semuanya kurniaan ilahi.
smile..
aku pun sebenarnya nak anak 4 orang jer.
2 lelaki 2 pompuan..
tetapi asyik dok dapat pompuan pompuan pompuan..
tapi tak serik serik sampai nombor 8.
Dah dapat boy.yang no 8 tu..tup tup mai pulak yang no 9...terlajak perahu le sikit.
Azman is a nice friend. He has talent. Kami (geng sekolah lama)pangge dia Man Gitar Karan. Dulu dok main gitar karan..tangan kidal..petik gitar pakai gigi pun boleh..ha ha ha..
gitar gitar jugak..tapi solat tak tinggai..ROCK suci DALAM debu..aduiii..
Salam
Mmg motivasi dia hebat. Dia ni pun student leader universiti apa nama di oversea tu. Aktif dlm bab-bab keagamaan ini.
Aku lak motivasi "dare to fail" - siap dua kali kena tendang dari IPTA! :-)
Sebelum pi China (tahun lepas) ada dia hantar email kat aku.
Lukman
Post a Comment