Salam,
Bahasa Melayu persuratan memanggil namanya KELAPA. Tetapi ada juga panggilan lain iaitu NYIOR..tetapi perkataan NYIOR nampak lebih dramatik dan puitis lagi.
Mak aku tak cakap kat anaknya, "Tolong parutkan buah NYIOR ini.."
Tetapi mak aku cakap, " Hang kukog NYOK sat"..ha ha ha..
Aku lebih kenal buah kelapa dengan nama NYOK..
Nampak macam kelakar tapi itulah yang disebut kepada aku saban hari.
Ada kisah di sebalik buah kelapa atau NYOK ini.
...nak tahu?..jom layannnn..
Pada suatu hari mak aku nak mengKARI IKan. Di suruhnya aku kukog NYOK. Tiba tiba aku dapati bahawasanya buah nyok yang dah berkupas ( yang selalunya dibuat oleh mak aku) telah langsai..eeelek..khalas...habis digunakan.
.....maka mak aku yang dah pun membancuh kari, menyiang ikan serta menyiapkan segala AWAS AWAS ( bahasa mak aku menyebut tentang segala herba herba penumis KARI) pun menyuruh aku mengupas BUAH KELAPA yang bergolekan di bawah pokok kelapa. ( Rumah aku kat kampung memang di tanam pokok kelapa berbaris elok jer sekira kiranya lebih kurang 7/8 pokok..jadi kelapa memang banyak. Buahnya sentiasa ada )
Kecut lah perut aku bila disuruh oleh mak mengupas kelapa kerana sehingga saat itu tak pernah sekalipun aku mencuba mengupas kelapa...keh keh keh..(anak betuahhhh...)
Waktu tu pulak mak dah pun menumis segala AWAS AWAS penumis kari.
KECAAAAISS..
..bunyi mak menumis maka naiklah aroma AWAS AWAS itu..harum semerbak.
Manakala aku? Terkial kial menakik kulit buah kelapa dengan parang. Walaupun parang itu memang tajam, ber de eh - de eh juga bunyi mulut aku marahkan kulit buah kelapa TUA yang liat itu! Setelah mak aku menumis, dia MENYOUND dari dalam rumah.
"Dah siap kupas NYOK tu NIIIIINNN...?' ('nin' adalah nama timangan yang masih aku kurang gemari..he he he)
"Beluuummmm..!" sahutku.
"Bila nak siapnyer?" tanya mak aku lagi.
Aku tak menyahut. Geram pun ada. Rasa nak menangis pun ada. Rasa nak menyebal pun ada.
ha ha ha..
Akhirnya buah kelapa itu dapat juga ku kupas walaupun serabut serabainya masih ada lagi tak selicin dan secantik kerja tangan mak aku. Berpeluh peluh aku dibuatnya.
Habis mengupas NYOK tu, mak cakap.." Hah! Belah dan kukog le teruih.."
Bab belah dan kukog NYOK ni aku sebenagnya handal la juga tapi oleh kerana tenaga aku dah habis digunakan untuk bersilat MENGUPAS NYOK tu dan rasa SEBAI aku dah mula datang maka aku pun kata kat mak, "Alaaa..dah kupas NYOG tu..Tak larat le nak kukog daaaahhhh"
Mak cakap," Baru kupas NYOG sebijik dah nak MENYEBAI"
MEMANG ANAK BERTUAH!!
Dan itulah kisah aku suatu masa dulu dengan sebijik kelapa..
he he he..
Habis ceritaaaaa...
6 comments:
Orang pompuan tak elok kupas nyior, nanti bentan ...
Tapi, aku rasa org tua-tu kata cam tu sebab kupas kelapa ni risikonya tinggi, sama ada pakai chop atau pakai ragum besar atau pakai pasang ketot. Ada risiko melantun atau kesasar. Mungkin kut...
orang kampung kpah panggil buah nior. Memang ngupas kelapa ngan parang ni satu tugas yang teramat sukaarrrr. Masa bebudak dulu cukup tak suka kalau disuruh kupeh nior. Tapi sebab taknak dikata anak derhaka (hehe) buat jugalah walaupun mulut tu mengomel-ngomel melawan dalam hati...
nak sambung sikit lagi. aku tak penah pulak dengan orang perempuan bentan sebab kupas kelapa. Memandai je si nizam nih. aku ngupas kelapa dari aku anak dara lagi (bila dah kawin tak kupas lagi sebab beli siap kat kedai) tak bentan pun.....
Nizam,
bentan? mende yang bentan?
Kak pah,
orang lelaki kupas pakai gigi..he he he..
hehheeh mak ai panggei buah nyioq, ayah ai panggei buah nyior... pi kat kampung mak mentua dan pak mentua panggei buah nior dan bila sampai kat anak bertuah ni jadik.. "Amik santan kotak dalam almari jap, ibu nak masak.." ekekekeke
Sakan dok menyebai cik ashley no dok kupaih buah nyoq
PerantauSepi..
hang bukan tak tau..BUAH NYOK tu kalau TUA, kulitnya keraih ngan liat. Mo tak bersilat ngan buah NYOK tu..
Rasa nak tarik ngan gigi pun ada..
ha ha ha..
pastu TOBAT tak kupas dah..
Yang kedai siap duit ja..
Post a Comment