Tuesday, February 10, 2009

Berseorangan bukan beerti kesunyian..

Salam,

Aku mempunyai satu tabiat. Tabiat aku ini sudah lama bertapak dalam diriku. Bukan baru kelmarin. Bukan juga hanya semalam. Ianya sudah lama. Mungkin baru ada yang perasan aku begitu...
Bagi mereka yang telah mengetahuinya, mereka mungkin berkata " Aaaaah..itulah aku!".
Bagi yang baru mengenali diri aku mungkin agak kehairanan..Pelik..Merasa janggal..mungkin.

Apa tabiatku itu?
Ke sana ke mari selalunya lebih senang berseorangan..

Aaahh..Aku tidak kekok makan seorang diri di kedai. Telah biasa..
Aku mungkin membeli belah seorang diri..Tidak suka ramai ramai.
Aku akan duduk berteleku di masjid seorang diri tanpa ada sesiapa yang perasan.
Aku mungkin duduk di tepi tasik memerhatikan riak air seorang diri tanpa ada yang sedari kehadiranku.

Dulu kawan aku sering menegurku kerana berjalan seorang diri. Dia susah hati. Takut aku kena colek. Takut ada orang bawa lari..Aku faham. Aku kan perempuan..Bukan macam orang lelaki. Tapi bila aku ajak dia temankan aku, dia jenis yang malas nak berjalan...jadi aku nak berteman dengan siapa.

Kadang kadang memang susah keluar ramai ramai. Tambahan pula dengan rakan perempuan. Aku bukan jenis yang suka menyinggah sana sini, belek sana belek sini. Aku nak beli, aku tuju tempat itu sahaja. Beli dan belah. Aku cuba cuba juga window shopping sekali sekala..tetapi disebabkan ianya BUKAN DIRIku maka aku jadi mati akal..

Aku lebih suka menjadi pemerhati alam. Aku suka melihat air..dan oleh kerana itu banyak photo yang aku ambil bertemakan air sebagai background melainkan gambar bunga di atas sana tu.( tukar taste gak la kan)

Dan pemerhatianku itu selalunya aku lakukan secara berseorangan....tapi sebenarnya aku tidak sunyi kerana aku yakin dan aku tahu aku tidak BERKESEORANGAN!
Apakah salah diri seperti ITU?

(psssstt..suami aku pun tegur gak jangan jalan sorang sorang..bahaya..kes ragut dan sebagainya..aku akur! tapi kadang kala aku terpaksa juga keluar sorang sorang..dia outstation mana ke..siapa nak beli ikan kat pasor?..ya..sekarang ni, kalau suami aku ada, dia temankan aku....tapi dia juga selalu tinggalkan aku tepi tasik sorang sorang sementara dia jogging jogging keliling ...sebab i want to be alone, all by myself ..sekali sekala..okay?..smile..)

7 comments:

siti_m said...

seorang kadang-kadang lagi senang sebab keputusan kita sendiri yang tentukan. bila berdua atau bertiga kadang-kadang tak sependapat pulak. saya pun selalunya ke mana-mana seorang sebab saya memang sorang-sorang je....

ibundo said...

hehe aku pun suka jalan sorang sorang. Bawa kreta pun aku suka sorang sorang sebab bila sorang boleh berangan tak payah nak potpetpotpet dengan orang sebelah.(Jalan sengsorang tu kalau tak ada orang nak teman la. Aku lebih rela menjadi mem kalau ada orang yang sudi jadi dreba hehe..)

Nizam.Ariff said...

Kak tentu banyak tulis puisi...
Aku selalunya berpuisi kala timbul sunyi atau sedih. Kala gembira, tak ada idea langsung! Tahun 2005, tak ada langsung puisi yg aku tulis, ntah kenapa...mgkin gembira.

Kalau ada, kak tolong masuk entri, nak baca...boleh?

DrSam said...

bersunyian keseorangan memang digalakkan bahkan didalam Islam. uzlah dapat menajamkan akal dan fikiran serta menyucikan diri.

suka prinsip you... beli dan belah. asal jangan beli baju yang terbelah :)

ASH said...

siti_m,
sebenarnya berpasangan dengan muhrim adalah yang terbaik..
smile..

kak pah,
kalau sorang sorang, kereta buat hal macam saya hari tu..apa cerita?

Nizam,
akak kurang pandai berbahasa. My bahasa agak kasar..kadang kadang ada yang tersinggung..cuma suka menikmati keindahan bahasa orang lain, suka menikmati kehalusan seni tangan orang lain, suka menyelami gambaran fotografi rakan lain..
I am just a plain human being..my speciality? ONTAH le..

Dr sam,
.....dalam pemerhatian saya sesorang diri tu, saya suka tengok burung yang berkawan kawan, tengok air yang beriak riak, juga tengok sang semut bergotong royong...tapi saya memang kurang meminati baju baju yang terbelah belah..YA AMPUUUNNNN..smile..

Gurindam Jiwa said...

Macam cerita anak tunggal je...

ASH said...

Gj,
....tak..cuma terlebih sikit INDEPENDENT nya..