Monday, February 09, 2009

Taman Tasik Chempaka: Kenapa mesti di kotorkan?

Salam,

Aku mungkin bukan pengunjung tetap Taman Tasik Chempaka. Tetapi taman tasik ini merupakan antara tempat persinggahan aku takkala mencari ketenangan. Ia juga tempat rekreasi bagi kebanyakan penduduk sekitar Bandar Baru Bangi.

Air tasik ini mungkin adalah air aliran sungai....yang agak tercemar. Tetapi aku rasa bagi pengunjung yang datang tidak sepatutnya menambahkan lagi pencemaran yang telah sedia maklum.

Dua minggu lepas ada dibuat pertandingan memancing di tasik ini. Setelah seminggu berlalu, aku tengok sampah sarap di tepi tepi tasik ini masih berselerak, tidak dipeduli...

Minggu ini, aku kunjungi lagi taman tasik ini...masih tiada perubahan malah aku rasa ada di antara pengunjung sudah merasakan bahawa tasik ini adalah tempat di mana mereka boleh membuang sampah dan memancing sesuka hati. TIDAKKAH ada peraturan yang mengatakan TIDAK BOLEH MEMANCING DAN MENANGKAP IKAN melainkan pada waktu yang diluluskan sahaja??

TOLONG lah!






Kelihatan dua orang pemancing ikan yang selamba....Okay..apa tindakan PIHAK yang berkuasa ya?

Ini baru dua..ada banyak lagi yang aku tengok. Siap ada pasang khemah lagi..

Sampah?? Kenapa mesti ditinggalkan. Dah la ikan engkau ambik..sampah tu kenapa tak dikutip??

Wahai RAKYAT BANGI...

Perihatinlah..

Ini tanggungjawab BERSAMA!!
Jangan tunggu sampai GAGAK GAGAK yang tolong kutip sampah sampah itu!!

5 comments:

Nizam.Ariff said...

timba tasik tu sampai kering. Bila dah kering, orang tak akan memancing lagi...Atau, tuba/racun tasik tu bagi semua ikan mati, bila dah tak ada ikan, org pun tak mancing lagi.....

kalau dalam TRIZ, prinsip itu digelar 'eliminating the cause'...amacam, bernas tak idea tu?

ibundo said...

masyarakat kita kurang sivic minded. semua ini mesti diasuh dari kecil, dari rumah. tapi masyarakat kita tidak amalkan itu. tengok saja orang sewenang-wenangnya membuang sampah dari tingkap kenderaan mereka. yang membuat contoh itu adalah orang dewasa. anak akan mengikut. dan anak itu pula akan mejadi dewasa dan perbuatannya akan menjadi ikutan anaknya pula. so, berterusan. akak tabik spring perangai matsalih tempat kitorang tinggal dulu. sampah semua masuk dalam tempat sepatutnya, tak main buang-buang merata. We picked up that habit sampai la ni. tapi itu la, anak-anak kadang-kadang terikut-ikut juga perangai orang di luar sana yang suka menyepah macam dunia ni tong sampah dia.
taman tasik? kalau ada undang-undang tapi tak ada penguatkuasaan tak boleh jadi juga.
MPKJ mana korang. tak buat keja ka apa... hehe..

ASH said...

Nizam,
Namanye jer Taman Tasik. Tapi Tasik tu SEBENARNYA sungai yang MENGALIR!!Engko ni baca le betul betul sikit entry aku! Nak ditimba sungai tu macamana..TUBA ikan boleh la kut!..
Tapi aku tak reti nak bunuh ikan yang tak berdosa tu..

dan apasal pulak 'nyamuk yang nak dibunuh, kelambu pulak yang aku nak bako'!
he he he..

Kak pah..

Jom buka tadika tepi tasik tu!!
ha ha ha..

Cikgooden said...

isk..aku tak sampai lagi tasik nih...mlm satni nak pegi lah..deme kate best waktu malam...

ASH said...

Cikgooden,
hang pi cari idea lukis kartun ke atau hang ujudkan pasukan BADAR?