Showing posts with label teman. Show all posts
Showing posts with label teman. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Teman sebilikku sewaktu dulu..

Assalam,

Aku bertolak dari Bangi kira kira jam 3.20 petang.

Suspense juga sebab aku tak telefon atau sms Su pun kali ni.

Nombornya tiada dalam simpananku akibat virus yang melanda handphone.

Selalunya aku telefon atau sms Su dua tiga hari sebelum pergi ke rumahnya.

Berdebar bila pergi..tanpa inform tuan rumah lebih awal.

.

.

selalunya kalau sms atau phone Su, anaknya yang akan balas jawapan sebab Su memang dah tak mampu memegang handphone apatah lagi nak membalas sms.

Aku telah dapat berjumpa dengan Su semenjak 2009 lagi.

Masuk kali ini sudah 6 kali aku pergi ke rumahnya.

Sedikit demi sedikit Su hilang keupayaan diri.

Sesiapa yang biasa membaca entry aku yang terdahulu mungkin telah sedia maklum yang Su telah lama menghidap sakit saraf dan otot ini.

Semakin hari Su semakin hilang daya upaya. Otot ototnya mengecut dan dia hilang keupayaan bermula dari tidak berupaya mengangkat tangan ketika solat. Pada asalnya dia merasa cepat letih kemudian setelah dilihat otot di tangannya mengecut baru Su realized there was something wrong with her body.

Semasa aku menziarahi Su dalam tahun 2009 dahulu, Su masih berupaya bangun dan berjalan tetapi perlu berpaut pada kerusi secara perlahan lahan. Dia masih boleh berjalan perlahan lahan hingga ke pintu menghantar dan melambaiku sewaktu aku pulang. Dia juga masih boleh menyuap makanan ke mulutnya. Cuma Su terpaksa berhati hati kerana mudah terjatuh.

Kemudian pada tahun lalu, Su sudah tidah berupaya untuk bangun lagi tetapi jari jemarinya masih berfungsi dan dia masih berupaya menyuap makanan ke mulut. Kalau didudukkan, dia mesti bersandar untuk tidak jatuh ke tepi atau ke depan. Dan Su masih boleh berbual dan ceria.

Petang semalam aku berkunjung lagi ke rumahnya..

.

.

Untuk makluman, Su sudah tidak berupaya untuk menggerakan semua anggota badannya...kaki tangan...tidak lagi berfungsi. Dia hanya boleh menggerakkan otot di bahagian kepala sahaja. Otot mulut masih boleh bergerak, mata juga tetapi pertuturannya sudah tidak berapa jelas. I have to be very close to her to understand her words. Suaranya juga agak perlahan. Dia hanya senyum dan menyuruh aku bercakap untuk dia mendengar..Dia cepat letih kalau bercakap kerana ototnya dibahagian paru paru juga sudah mula hilang upaya. Oleh sebab itu dia memerlukan oksigen bagi memudahkan pernafasan.

Kawan kawan...perut kita pun mempunyai otot. Kalau ia makin tak berfungsi maka hendak buang air besar pun agak sukar. Memerlukan ubat untuk mengeluarkan najis.

Su hanya makan bubur nasi dan jenis jenis nestum yang mudah dihadam. Perutnya sudah ditebuk untuk persediaan kiranya otot mulutnya tidak berupaya mengunyah makanan nanti. Sekarang pun makanan agak sukar ditelan.

.

.

Siapa yang menjaga Su?

Su mempunyai 8 orang anak.

Anak sulungnya di Kuantan.

Anak keduanya baru selesai Matrik di banting dan Alhamdulillah dapat berjumpa dengannya.

Anak ke3 di dalam tingkatan 5. Anak perempuan dan ada di rumah juga.

Anak ke 4, dalam tingkatan 2..bersekolah.

Anak ke 5, tingkatan 1, lelaki, yang menguruskan penukaran pampers mamanya sewaktu aku tiba.

Anak ke 6 dalam darjah 6.

Anak ke 7 dan ke 8 bersekolah jadi tidak dapat berjumpa tetapi aku pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.

Pada waktu pagi, anak yang bersekolah petang ( form 2) yang akan menguruskan mama mereka.

Pada waktu petang pula, anak yang bersekolah pagi mengambil giliran.

Hal hal anak anak pula, mereka terpaksa pandai pandai sendiri.

Makan pakai anak anak??

Mereka urus sendiri.

masuk kain baju dalam mesin, sidai, sterika...pandai pandai mereka lah..

lain lain???...hanya Allah sahaja yang tahu...

Setakat ni Ibu Su masih berupaya memasak untuk cucu cucunya dan Su. Dia berumur 70 tahun. Tapi dia sendiri tidak mampu menguruskan segala galanya.

Suami Su?

Perlu bekerja dan menanggung keperluan Su dan anak anak. Membelikan makanan, pakaian dan urusan keperluan asas bagi Su dan anak anak.



.

.

.

Apa yang boleh kita bantu?

Berat mata ku memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Sekian

Tuesday, July 20, 2010

Moga rohnya dicucuri rahmat..

Salam,

Banyak sudah blog yang aku singgahi hari ini menceritakan tentang pemergian seorang blogger cekal, Dalilah Tamrin atau Raden Galoh atau 'Datin' ke Rahmatullah.

Blog Onebreastbouncing antara blog terawal yang aku rajin singgah dan baca serta meletakkan komen.
Aku kenali 'Datin' semasa di Shah Alam dalam tahun 1986 kerana kami pernah belajar di KPP/ITM suatu ketika dulu. Aku memang tidak rapat dengannya dan hanya kenali dari jauh sahaja.
Biarpun begitu aku mula mendapat tahu tentang keadaannya dari seorang rakan yang rapat dengannya Rosmah Mat Isa yang pernah menjadi teman sebilikku.
Aku juga membaca postingnya dalam email group KPP/ITM dan kemudian mengikuti blognya dalam tahun 2007.

'Datin', walaupun kita tidak pernah bersemuka selepas KPP/ITM itu, aku harap kini dirimu dapat tenang di 'alam' sana. Semoga segala dugaan yang telah kau tempuhi selama ini telah membawamu ke rahmatNya..

Kami yang masih hidup ini sebenarnya yang masih tidak tahu bagaimana keadaannya di sana.
Semoga kamu 'tidur' dengan sejahtera dalam Rahmat Ilahi..

Al-fatihah.

Monday, June 14, 2010

Teman..

Salam,

Ku perhati daun daun yang paut memaut,
di pagar pagar itu..
tolong menolong
bantu membantu

itulah kamu temanku
yang sentiasa berlapang dada
menghulur tangan
membantu mana yang perlu

mungkin
ada yang hairan
mungkin ada yang tak senang
tapi itulah sifatmu

dan yakinilah
ianya sifat mulia
yang tiada bandingannya
biar apa jua nista

kekalkan keperibadianmu..
kerana itulah dirimu
tidak perlu berpura pura
dan biarkan mereka menerima
seadanya...

biarkanlah..
biarkanlah..

sekian

Tuesday, January 12, 2010

Kunjungan

Salam,

Hari Ahad kelmarin, my hubby, aku , dua orang anak ,Huda dan Raudhah berkunjung ke rumah seorang rakan sepembelajarannya.

Suami singgah di kampung baru untuk jemput rakan rakan kelasnya ...termasuk Mr Kabir, the smart Bangladeshi that I had told you all before.
Senin kelmarin dah masuk semester baru. Hari tu depa cuti dua minggu.
Result periksa untuk semester lepas pun dah keluag.

Alhamdulillah.... husband aku lulus ke enam enam subjects!

Kelihatan gambar rakan sekelas suami, a sabahan, a bangladeshi and kelantanese.
Rumah rakan ni kat Taman Melati, KL.
Depa sewa rumah flat kat situ.
.
.
A small family from Sri lanka.
The husband used to study in Egypt. An AZHARIAN!
His wife is still young. Anak pun sorang jer baru.
Tapi masak...sedaapppppp..
Beriyani ayam.
.
..
Ini salad yang aku pun tak tau nak describe lagu mana.
Tapi sedap!!


Ni la anak depa..nama AHLA. Seronok sungguh bila dia dapat main ngan Huda dan Raudhah.
Budak berdua tu pula berkesempatan menggunakan kemahiran SPEAKING mereka untuk speaking English..
he he he.
Sebelah kanan tu Pak Dia la...Mr Azwar.
Nice to meet you all.
sekian


Thursday, November 05, 2009

Where are you now, Elham Djavid?

Salam,

If only you would google your own name, Elham Djavid, then you could reach my blog.
If you could reach my blog then we could get in touch again.
Where are you now, Elham?
Where are you now, Atefeh?
I miss you guys.....soooooo dearestly!!
How's your mother..Forough?

and..how's everything going for you?


Elham at the age of 11 in 1990.
Atefeh at the age of 5
and
Me at the age of 23.
.
Elham, Atefeh adalah anak anak dari sebuah keluarga Iran. Ibu mereka Forough dan ayah mereka, Muhammad Djavid.
Ketika aku kembali ke tanahair dari Chicago, ibunya sedang mengandungkan anak ketiga.
Aku hanya dapat berutus surat sekali sahaja dengan Elham kerana ayahnya berpindah keluar dari kampus di sana dan aku suami isteri pula telah berpindah dari rumah sewa kami di Sentul.
.
.
Cerita aku dengan budak berdua nih. (update)
.
Elham dan Atefeh sering datang ke bilik aku di tingkat 3 untuk mengaji.Mereka pula menyewa di bangunan apartment yang sama di tingkat 9. Sewaktu ini aku mula tinggal dengan Danping Yang, seorag pelajar dari negara China.
Elham memang disuruh mengaji Al-Quran denganku oleh ibunya.
Atefeh pun digalakkan mengaji tetapi selalu liat sedikit.
Yang bestnya kalau Elham datang, Atefeh akan cuba mengekorinya dan Elham pula akan bermati matian untuk tidak membenarkan dia ikut sekali.
.
Ha ha ha..
sebabnya selepas dia mengaji dengan aku, dia akan lepak lepak di bilik aku untuk makan makan sambil tengok TV.
Ibunya menghadkan masanya untuk menonton di bilik mereka. Oleh itu, tricknya ialah dia akan turun mengaji denganku sebentar kemudian akan LEPAK LEBIH LAMA dari masa mengajinya denganku.
.
.
Kalau Atefeh ikut sekali maka chances untuk dia menonton TV akan berkecai sebab Atefeh akan balik MEREPORTkan hal ini pada ibu mereka dan Elham pastinya akan dimarahi.
Aku cukup arif tentang trick Elham nih...ala budak budak..
TV itam putih besag cenonet aku tu pun ada peminat! Tv tu aku tak beli. Aku dapat dari senior aku yang derma time diorang nak balik Malaysia. Biasala..Kalau ada student nak balik Malaysia jer, mender mender macam ni kita boleh dapat.
.
.
Atefeh dan Elham ni juga suka ajak aku main kat luar time kalau cuaca membenarkan.
Elham dan aku akan bermain tenis atau volleyball dan Atefeh pula akan mengayun basikal PINKnya...ha ha ha.
Mereka adalah anak anak yang baik dan aku memang rindukan mereka berdua.
.
.
Pastinya mereka dah ada kehidupan sendiri sekarang.
Hmmm..... Elham mungkin dah berumahtangga...dan berumur sekitar 30 tahun.
Atefeh pula mungkin dah menjadi gadis jelita yang berumur sekitar 24 tahun.
.
.
Hmmmmm...bagaimanakah rupa mereka sekarang kan?
.
Quda Hafeh
sekian

Sunday, November 01, 2009

I am still so glad..(macam komen je entry nih)

Salam,

Terasa keriangan di hati ini..entah kenapa..
Mungkin ianya disebabkan hasrat aku yang ingin bertemu adik adik bloggers telah tercapai.
Terasa hati ini berbunger bunger kerana aku tidak hanya mengenali mereka di alam cyber lagi tetapi kini telah bersua.

Mereka mungkin antara yang dapat mendengar dan membaca isi dan luahan hatiku.
Mereka juga mungkin antara yang mengikuti cerita ceritaku.
Mereka juga antara yang sudi membaca karangan dan coretan di "Hanya Persinggahan".
Tapi apa yang lebih penting, mereka sudi meneruskan ukhuwah yang telah terjalin di alam cyber ini.

I am really touched!

Terharu aku dengan kedatangan dan kesudian Tijah berjumpa kakpah dan aku.
Well, memang tidak dinafikan you nampak agak nervous.
Relax Jah....he he he.
Aku makan seperti juga orang normal.
Bukan monster macam cerita Halloween kat Tibi musim sekarang ni.
Dan ko memang comel!! Macam juga Chem..
Cuma tak sempat akak nak berkenalan dengan CHEM itu!!


Insyirah lagi best...
Time akak salam ngan dia, tangan sejuk kedi.
Kesiannya laaa adikku nih!
Rasa nak suruh dia tarik nafas lepas...tarik nafas lepas...
Syirah, yang sungguh kiut..
( hei apasal orang nama Syirah ni muka kiut belaka? Anak sedara akak pun nama Syirah juga sebenornya.... )
Nanti sebelum akad nikah, akak cadangkan ko calm down, zikr banyak banyak..
Takut pengsan sebab nervous...he he he he...
Acah mak enon jerrrrr...

TM,
ko sungguh MATURED, dik!
really...I can feel it..
No wonder ko boleh baca fikiran orang lain..
I am soooooo happy kerana akhirnya kita berjumpa.
.
.
.
cuma akak nerves dengan Mr darling..he he he.
BETOOOOI!
Time ko ambik hadiah dari kereta, aku dah hilang kata kata..
ha ha ha

Oh ye...BTW, kad syirah itu akak dah simpan..nak pos pakai setem, kalau beri alamat boleh juga!
Kalau tidak, aku scan dan hantar melalui email..


Cikgooden,
he he he..masuk kali ni kita dah jumpa 3 kali so ko nih ibarat adik aku dah!
lepas nih aku nak suruh ko buat apa pulakkkk...ha ha ha ha
ko kena jadi adik yang baikkan?!
Bila la aku nak jumpa anak bini ko secara LIVE, kan?

Nizam,
seriously memang aku rasa macam aku tengah sembang dengan ahli keluarga aku.
sanak sedara yang dari belah Kampung Teluk Sena itu.
Muka kamu seakan akan muka adik mak aku!
Betullllll...
Of coz la, lebih MUDA.
Entah ke ada bau bau bacang juga..
Mana tahu kan?
Cuma menurut mak aku..( keturunan sebelah ayahnya), berketurunan Bugis.
Malangnya aku ni tak rajin nak kaji selidik dan BERSOREH...(mencari sedara mara)


Kak Ezza,
aduhhh..
GUMBIRA dapat jumpa akak sekali lagi. Apasal sekejap jer nak balik dah?
he he he cik abang akak tu nak merayap mana le pulak?!

DrSam,
Should I write in English?
Apasal dan dan rasa nak speaking pulak kan..
Ha ha ha ha..
My husband and I rasa sungguh bertuah dapat berjumpa dengan you.
You are so COOL!!
You really are!!
When you mentioned Kuala Ibai, it reminds me of one of our friends, Dr Muhammad Khazani.
Same age as you..Maybe sekampung nih!
Or maybe geng kampung berhampiran yang lawan tembak meriam time raya dolu dolu..
heh?


Well..apa punya entry nih..
Dah macam komen jer..
ha ha ha ha
Terasa benar kata kata DrSam.....( entry lamanya)
Berkawan menjadikan kita luas fikiran.
Menjalinkan ukhuwah sebenarnya memberi kedamaian di hati. Kita mungkin berbeza pendapat kerana kita adalah individu yang unik dan berbeza tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita bercakaran atau memutuskan silaturrahim sesama Islam.

Dan semoga ikatan persahabatan yang terjalin di alam cyber ini dapat diteruskan di alam realiti dan moga ianya menjadi saksi di akhirat bahawa suatu ketika kita pernah berkongsi 'RASA dan JIWA'..

eh...cam dah emosi sikit nih!
he he..

Kakpah dan Atuk Faris,
terima kasih from the bottom of my heart kerana di kenduri YANA yang sungguh ISTIMEWA itu telah menjadikan tempat pertemuan antara kita semua.
Semoga mendapat haji yang MABRUR..dan selamat menjadi tetamu Allah...

WAAAAAAA..aku cam nak nanges!!! ( bila aku nak dapat pergi nih???)

sekian

Wednesday, October 14, 2009

Menjawab TAG dari Yuyee Cap Limau..HADOI!!

Salam,

Yuyee..bak mai minyak Yuyee CAP LIMAU tu satu. Akak tengah pening pening ni, ko bagi tag pulak dah.
Akak tak berapa sihat lagi ni jadi akak jawab ringkas je lah ye..Jangan marah pulak.

1) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG DIRI ANDA.

Saya seorang wanita.
Saya seorang isteri.
Saya seorang ibu.
Saya seorang cikgu.
Saya anak kedua.
Saya berumur hampir 42 tahun.
Birthday saya Disember 25th. ( Sila catit dalam diari masing masing..ha ha ha)
Tapi dalam kad pengenalan hari lahir saya 26th sebab ayah saya report lambat!
Jadi dah sama taraf dengan TSUNAMI's day...2004
Saya orang Perak.
Saya bersekolah rendah di Perak.
Saya bersekolah menengah di Perlis.
Saya sambung belajar di Shah Alam dan Chicago.
Sepatutnya saya jadi engineer atau architect tapi entah kenapa tak jadi pulak...ngeh ngeh ngeh..
Saya jadi HOME MANAGER agak lama sebelum saya diambil bekerja di TADIKA!!
Tapi saya tak kisah kerana bagi saya setiap detik dalam perjalanan hidup saya, samada pahit ataupun manis semuanya satu PEMBELAJARAN yang menarik tentang hidup!
.
.
.
okay..? cukupkan 15 perkara!

2) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG SI DIA

...ha ha ha...aku jarang nak cerita hal SiDIA..okay, tak per ...tak per....

Dia anak sulung.
Dia tunggal kalau dari ibu bapa yang sama.
Dia ada 2 adik seibu.
Dia ada 5 adik seayah.
Ibu ayahnya berpisah sewaku dia berumur 3 bulan.
Dia dibela oleh datuk dan neneknya.
Dia bersekolah rendah di Perak.
Dia bersekolah menengah di Perak dan di Kuala Lumpur.
Dia sambung pelajarannya di L.A dan Boston.
Dia mejadi suamiku pada 25th of Dis 1989.
Dia suka menonton segala jenis sukan terutamanya bola sepak.
Dia gemar membaca tetapi tidak gemar menulis.
Dia tidak suka cakap banyak tetapi a good listener......hmm....hhuh huhh....hmmm...haaa..( itu responnya...baguskan??? ha ha ha ha)
Dia anak yang baik, suami yang baik dan ayah yang baik.
Dia sayang keluarganya...dan sentiasa membahagiakan orang yang dicintanya! ( NGEH..NGEH!!..sila jeling jeling..)

3)PANDANGAN ANDA TENTANG CINTA DAN BERPASANGAN.

Cinta itu satu anugerah dari Allah untuk hamba hambanya....( ulang ungkapan ini berkali kali kerana itu benar) Tanpa cinta, dunia ini akan dipenuhi dengan rasa kekejaman. Salurkan rasa cinta itu pada tempat yang betul..

Berpasangan?...Hawa dicipta untuk Adam. Bumi dengan langitnya..Malam dengan Siangnya..Mentari dengan Bulannya..setiap benda ada pasangannya jadi ianya satu FITRAH yang tidak dapat dipisahkan.

4) CINTA PANDANG PERTAMA?
lupa kan saja..

5) PUTUS CINTA?
hmmm...malangnya saya tidak pernah bercinta dengan lelaki...cuma TER ADMIRE tu ada la..tak tergolong dalam I Lop you, You lop me!! ha ha ha..

6) POLIGAMI?
ho ho ho...ini kena tanya BAPAK MERTUA saya sebab dia PENGAMAL nya..
Tanya anak dia? hmmmm...hmmmm..hmmmmm.... hanya mereka yang boleh berlaku adil saja yang layak. Bagi siDIA, dia takut TIDAK BERLAKU ADIL so..better not! ( or NOT YET!!)

7) PERKAHWINAN?
...on the 25th of Disember 1989 ( aku umur 22 tahun)

8) PERTUNANGAN?
..on the 16th of January 1989

9)BILANGAN ANAK YANG DIINGINKAN?
sebenarnya MOLA MOLA dulu ingat takat 4 ja. pastu kut lajak pun takat 6 atau 7.
sekali dah terlajak sampai 9. cukup la kuuuuuttt nuuuuu!!

10)CINTA YANG DIHARAPKAN?
tiada yang membenci aku...!

11)TEMPAT YANG DIINGINKAN BERBULAN MADU.
...tempat yang boleh melelapkan mata berdua duaan tanpa diganggu! Ada bunyi air mengalir, burung menyanyi dan haruman bunga yang semerbak...( ha ha ha ). Aku nak sebuah tree house yang exclusive terletak tinggi di mana aku boleh nampak pemandangan yang cantik..menghijau saujana mata memandang..serta aku boleh lihat air terjun yang mengalir turun dari pergunungan..
ha ha ha ha....kat mana tu?

12) IMPIAN HIDUP
Hidup aku bahagia setakat ini...alhamdulillah! dan aku harap kebahagian yang aku kecapi ini berterusan hingga ke akhir hayat terutamanya di hari hari tuaku. Aku juga ingin melihat anak anakku gembira dan bahagia! Kebahagiaan mereka adalah kegembiraanku..

13) TAG 4 orang?

hadoiiiii...aku nak tag sapa ek?
okay , GPI SKSV, 4 bersaudara..lagi dua aku hold dulu sebab TAG ni ada sikit BERAT laaaa.

sekian

Thursday, September 03, 2009

Survival..

Salam,

Sewaktu aku dihantar ibu ke airport Subang masa mula mula pergi USA di akhir tahun 1987, ibu aku menangis teresak esak. Risau benar dia nak melepaskan aku...
Anak perempuannya yang BENAR BENAR hijau dengan dunia luar.

Hati ibu mana yang tak risau..

Kalau nak makan pun, tak berapa reti masak!
he he he..

Belum lagi bab bab lain.
Bab untuk SURVIVE di negara orang..

Memang bermacam macam benda yang aku tempuhi. Banyak pahit maungnya yang aku tidak ceritakan kepada keluarga untuk tidak merisaukan mereka.

Bila aku menelefon keluarga, aku katakan aku sihat dan baik baik sahaja..walhalnya adakala aku demam, aku TENSION dengan pembelajaran, tak ada duit, diganggu oleh mereka yang BENCIKAN orang LUAR, di PUNGGAI dengan snowball yang ada batu di dalamnya, dicurah air oleh sekumpulan anak muda yang RACIST, dikejar PAK HITAM tengah tengah malam takkala balik dari studio...he he he dan sebagainya.

Cuba kalau aku ceritakan semua yang di atas ini kepada ibuku..
Mungkin ibu aku akan kerisauan..tapi aku simpan perkara perkara yang negatif ini dari pengetahuan keluarga.
Hatta pernah sekeping cermin di apartmentku pecah dihinggapi peluru sesat namun aku tak pernah beritahu kepada keluargaku tentang kejadian itu.

Hidup di kota Chicago yang besar memang banyak cabaran dan dugaan terutamanya jika berada di lokasi SOUTH seperti universiti aku.
Setiap tiga minit akan kedengaran bunyi siren dari kereta polis. Kadang kadang dari atas apartment, aku boleh nampak aksi kejar mengejar polis dengan penjenayah. Tetapi selalunya orang ramai tidak ambil kisah sangat. Ianya seolah olah sudah menjadi kebiasaan.
SUDAH LALI.

Namun begitu, di kawasan apartment dalam universiti itu, sentiasa ada polis poranda yang akan datang setiap setengah jam sekali. Dan school police akan datang segera jika mereka dihubungi. Begitu cepat..
Kalau diri dirasakan tidak selamat sewaktu hendak pulang ke apartment dari mana mana school building, kita boleh meminta escort dari school police untuk menghantar kita pulang.

Selepas peristiwa dikejar Pak Hitam itu, ada kawan aku yang minta perkhidmatan dari school police ini manakala aku lebih rela untuk tidur di bangunan STUDIO tersebut..(tidur yang tak berapa selesa di ruang REHAT, RESTROOM..ha ha ha)

Kota besar Chicago juga mengajar erti keperitan tidak ber UANG.

Pernah satu ketika aku terpaksa menebalkan muka meminjam dua puluh dollar dari seorang pelajar Korea di kelasku. Untuk meminjam dari kawan senegara, masing masing BIASISWA tak sampai lagi sedangkan sewaktu itu aku dikehendaki membeli sebuah buku yang berharga 18 dollar. Buku itu adalah keperluan untuk sebuah kelas.
Setelah tertangguh beberapa hari, mahu tidak mahu terpaksa aku menebalkan muka memberitahu kedudukan kewangan aku kepada kawan dari KOREA ini.

Tapi aku paling tidak dapat melupakan 3 anak muda TAJAAN Petronas yang 2 tahun junior dari aku bila menyebut kisah TIDAK ber UANG ini

BUZZZZZZ....bunyi buzzer pintu apartment.

" Siapa tu," aku tanya melalui interkom. Cakap Melayu jer..
Kalau bukan Melayu, tak de kena mengena dengan aku!

" Kami ni...LAPARRR..Kak Hida ada masak apa apa tak? Nak makan!!"

Budak bertiga ni kalau tak de duit macam ni lah kerjanya. Merayap rumah kakak kakak..
Cari menda nak makan!

KESIAN...

dan kadangkala aku seperti terdengar dengar bunyi BUZZZERRR apartment aku tu lagi...

sekian

Saturday, August 29, 2009

Surat siber untuk my sweet smiling Sue.


Assalamualaikum,
Dearest Sue,
How are you today?
Hida harap Sue berada di dalam keredhaan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.
Hida tahu Sue mungkin tidak dapat bergerak sepertimana kami yang sihat ini.
Hida juga tahu Sue sudah kurang daya upaya.
Tapi Sue..itu adalah satu anugerah dari Yang Maha Berkuasa.
Sue tidak perlu bersusah payah lagi memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari ini..
Sue,
Pastinya Sue tidak seperti orang lain. Anggapkan ianya juga sebagai Rahmah dari Allah kerana memberi kerehatan buat Sue.
Sue sahabatku,
Isikan kerehatan ini dengan mengingatiNya. Sue adalah insan terpilih oleh Allah kerana diberi kerehatan.
Sue tidak seperti kami..Yang terpaksa berkejar kejar ke sana ke mari dalam sibuk duniawi ini.
Betapa untungnya Sue..
Biarpun Sue merasa lemah dengan kehilangan daya upaya itu tapi di situ ada kasih dan sayangnya Allah kepada Sue..
Sue..
Inilah sahaja surat dari Hida untuk Sue..
Biarpun di sebalik kekurangan Sue itu namun Sue mampu tersenyum..
Senyuman yang akan sentiasa bersemadi di hati ini.
Moga Sue sentiasa redha dengan kurniaan Allah ...
Ingat Sue..
Sue insan TERPILIH.
wassalam.

Saturday, August 22, 2009

A simple dish from Malaysia - Banana Dumplings

Salam,

When I was studying in Chicago, my school usually organized International Food Festival for their students. The students from all around the world would join this one day festival.

My friends and I from Malaysia would usually have a meeting and decide who would cook what!

In 1988, there was this INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL again....

and....

There were four people in my rented house.
1)Sha was 'expert' in cooking currypuff so she decided to make that tedious 'kuih'..around 70-100 pieces.
2)Rozlin knew how to make KETAYAP so she volunteered to make around 30 pieces.
3) Adik (Ruziana) prefered to fry 'cucur kodok' instead as the dumpling s were easy to make.
4) Me??? aku buat buah MELAKA jerrr..

There were other students who had to make rendang ayam, satay daging, nasi impit, bihun goreng and spaghetti goreng as well.
The guys usually had to make the satay and we used to have a 'CHEF' from 'architecture department' to lead the cooking.....ha ha ha.

After the food festival was over we found out that the Mat/Minah salleh really loved our BANANA DUMPLINGS. The dumplings were the HOT ITEMs in our selling.
Hey..I couldn't really believe it!!! It was such a simple dish..

Okay? would you like to make it yourself?

Here is the recipe for two:-

Banana Dumplings ( Cucur KODOK )

10 ripe bananas ( the sweeter the banana, the better the taste)
half cup of sugar
2 cups of flour
a pinch of salt
a quater cup of water ( if neccessary)
Oil for deep frying.

1) Mash the bananas.
2) Add the sugar and a pinch of salt.
3)Add and mix the flour. Fold and blend the mixture nicely.
4) Add some water if the mixture is too thick.
5) Scoop the mixture with small spoon ( make it like a small ball) and deep frying in nice wok.
6) Deep frying the dumplings until they turn into nice golden colour.

tadaaaaa...BANANA DUMPLINGS!!


the end...

sekian.

Wednesday, July 15, 2009

Magisnya Tukughou..

Salam,

Korang kena tahu magisnya tempat yang bernama TUKUGHOU a.k.a BATU KURAU ini !

APA DIA?



Kalau kena gayanya..SEMPERIT boleh didapati dalam bentuk TEMPOYAK!!
tak caya?


korang perati betul betul..
apa yang dituliskan pada balang kecil ini..

he he he

tetapi percayalah kawanku..

korang akan dapati THE FERMENTED KING OF THE FRUITS

waiting for you in
the BALANG!


ayooo..maap ye puan puan, acik dan abang kakak sekelian..


Den nak melayan TEMPOYAK dari cikgoodeen kojap!


SAMBAL YANG DILENGKAPI DENGAN TEMPOYAK..


perhatian! perhatian!
semangkok tu TAU..



dan ini setelah ianya digaul mesra..


Maap kan daku kiranya gambaran sambal dan TEMPOYAK yang di datangkan KHAS dari TUKUGHOU ni mengganggu kalian semua...

maaaaaappp.



Aku tak leh bayangkan macamana la gamaknya cikgooden bersusah payah bawa tempoyak dalam keretanya..

SURE BERKUWAP bauu..

DALAM bonet keretanya juga dilengkapi dengan seperdu DAUN PANDAN.

he he he..

Thank you so much..dapat pahala berganda especially kalau senin ngan khamis, ada orang yang rajin posa..pastu bebuka pula ngan lauk bercicah sambal tempoyak.

Pahala periiiii ooooo..

berbaloi!


sekian..




Friday, June 19, 2009

untuk Dak Tijah..

Salam,

Harap Dak Tijah @ Yusni sudi menerima kek dan hadiah yang tak sepertinya ini..
Terimalah...

HEPI BEFDAY!!..yang ke 33

Khas didatangi dari Bangi,
dari kak Ashley @ Hida

psssttt ..
TM, jangan merajok 4 tahun lak ekk..

Friday, June 12, 2009

Mata aku dah kuyu..tapi nak gak wish ni..

Salam,
Ngantuk bagai nak ghak dah ni..
apa pun aku ucap selamat berbahagia di samping keluarga untuk Dak Nizam sempena besday dia..

TM,
betui ke hari ni besday dak Nizam ni?
Yang ke 37 ke 36 ?
ape ape lah..

okay..aku nak tidur...
kalau dok Bangi boleh gak la aku belanja Limau Nipis nyer ais blended sepesel!!

he he he..

Sunday, May 31, 2009

Kau bagaikan pelangi petang..

Salam..
Aku masih lagi sebak..masih lagi sendu dengan berita kematian Aizazura, seorang gadis sebaya dengan adikku yang telah pulang ke Rahmatullah semalam. Beliau ialah bekas guru Aulad Perdana yang mengajar anak anak 4 tahun, tahun lepas.

Dia bersama seorang rakan dari UKM masuk mengajar sekira kira pada cuti semester pertama sekolah tahun lalu. Datangnya ke Aulad seolah olah berkursus intensif dengan anak anak ini.
............Aaaaahhh tapi semuanya itu sekadar suatu catatan sejarah hidupnya dalam mengejar cita cita.

Hati aku sentiasa seronok melihat dia bersama Nani, rakannya itu bekerja di Aulad. Keceriaannya, senda guraunya memang menyenangkan hati. Kami ( aku dan kak Tie) selalu mengusiknya untuk mencarikan jodoh untuknya kerana dia merupakan calon yang telah bersedia untuk dijadikan suri. Aizazura pandai memasak dan menjahit pakaian serta juga diserikan dengan akhlak yang baik. Dia sering meminjam mesin jahitku dan menjahit baju kurungnya di waktu kelapangan.

Kami selalu berkata " Zura, mu ni calon baguih untuk bakal suami. Perangai berhalus..Masak pun sedap. Jahit baju macam pro."

...dan aku pernah menyuruhnya menyahit baju seragam nasyid anakku sewaktu anak aku menyertai nasyid tahun lepas.

Bekas graduan UKM ini rupa rupanya singgah di Aulad Perdana sekadar waktu sahaja. Biarpun singgahnya persis pelangi petang namun kedatangannya cukup untuk menambah seri di ruang hati kami.

Zura tidak pernah menyatakan sakitnya. Dan sememang dari rupa wajahnya tiada menunjukkan beliau menghidapi penyakit yang kronik. Namun begitu aku sering melihat bungkusan ubat yang banyak terletak di dalam peti sejuk Aulad.

Aku pernah menanyakan secara bergurau " Ni siapa yang jadi pengedar dadah kat Aulad ni pulok..."

Aku memang tak pernah terfikir langsung itu adalah bekalan insulinnya yang mesti disimpan di dalam peti sejuk. Dan aku tidak pernah terlintas untuk menggeladah jenis ubat yang disimpan itu kerana ianya dibungkus dengan rapi.

Zura selalu cakap, " Ohhhh..vitamin badan tu kak..Diet saya hari hari tu"

...dan memang aku menyangkakan budak ni makan vitamin sehinggalah dia collapsed pada hari terakhirnya di Aulad!

( ITU PUN MASIH LAGI NAK BERAHSIA DENGAN AKU!)

Pada minggu terakhirnya di Aulad, beliau telah terputus bekalan ubatnya itu. Pada hujung minggu itu pula kak Tie telah menjemput mereka yang bujang ini ke rumahnya untuk makan makan. Aizazura mengadu tak berapa sihat dan pening pening. Dan secara tiba tiba dia bertukar pucat lesi dan collapse..

"Hypoglycemia"!

Kandungan glucose yang rendah dalam darah akan menyebabkan pesakit diabetes collapse tiba tiba. Insulin yang sepatutnya disuntik pada dirinya telah terputus. Dan dia pula kurang makan hari tu. Maka apa yang terjadi? Perkara yang sama yang terjadi kepada arwah ayah aku. Zura pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Dan selepas itu baru aku tahu dia mengidap Juvenile Diabetes semenjak umurnya 15 tahun lagi. Ubat ubatan yang terdapat di dalam peti sejuk itu adalah segala 'DIET" tetapnya yang mesti dijamah setiap hari.
.
.
.
.
Rakan karibnya Nani yang menelefon aku semalam. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila Nani beritahu ada berita yang sedih hendak dikhabarkan..dan rupa rupanya dia telah dijemput Allah dalam usia yang begitu muda...26 tahun.

Zura,
meskipun kau telah tiada di dunia ini tetapi kehadiranmu biarpun sebentar di sini tetap mewarnai kehidupan kami dan juga anak anak ini..Kehadiranmu biarpun sebentar bagaikan pelangi petang yang cukup indah..

Innalillahiwainna ilahirajiun..
moga rohmu ditempatkan bersama dengan orang orang yang solleh.

amiiin..

Saturday, May 30, 2009

Zura, Allah lebih menyayangimu..

Salam,
Aku mendapat panggilan telefon dari seorang adik yang pernah mengajar bersamanya tahun lepas.
Dia juga adalah salah seorang warga Aulad Perdana tahun lepas sebelum mendapat tawaran JQAF.
Aizazura graduan UKM yang ceria, baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman telah kembali ke Rahmatullah.
Zura,
senyumanmu yang terakhir ini sempat ku rakamkan sewaktu berita engkau mendapat tawaran JQAF tahun lepas..

Kenangan bersamamu tidak mungkin kulupakan..

Zura.....
semoga dirimu berada dalam JANNAH ALLAH.

Zura...
Mungkin lukisan lukisan bungaan kita itu tidak seindah bunga bunga di Jannah Allah
tapi
ianya tetap akan mengingatku kepadamu..

Al Fatihah...
.
.
.
.
sekian

Tuesday, May 26, 2009

Mat Travolta..

Salam,

'Ini kisah yang lucu.' (jeng jeng jeng..bunyi muziknyer..)
' Kisah rakan jiranku...'( jeng jeng jeng jeng)
' Lagak bagai rang muda..tak sedar diri tua...'
'Siang malam asyik go go..dari disko ke disko'
' Jam bunyi pukul satu...masih di situ..'

' Isteri rasa tak sabar, sorok baju dan seluar..ooooooooooo Mat Travolta'
'Apa nasibbb buat sekarang...oooooooo...Mat Travolta'
'Baik jaga isterimu MERADANGGGGGGG!!'

he he he..

Itu baru induksi. Kena la nyanyi nyanyi dulu kan. Baru tak ngantuk..Tengok le jam.
Pukul 3 lebih petang petang cam ni patutnya aku beradu dalam alam separa ghaib. Ni terpaksa menyambung kisah semalam yang aku janji nak ceritakan. Kalau tak cerita pulak, tak baik sebab dah mengikat janji setia..sat lagi macam Kakpah kata la....hilang klimaks pulak.

Hmmm macamana aku nak mula ye..?

Lagu Sudirman kat atas kira cam bagus tu..Nampak macam kisah lucu kan? Ye lah..kalau adegan macam cerita P ramlee, memang lah lucu..tapi cerita kawan aku bukan kisah lucu..sekali kali tidak..Tidak ada unsur humorus dalam penceritaannya bahkan penuh dengan emosi yang sendu dan tragis..Mungkin juga diiringi dengan perasaan dendam yang membuak.

Biarlah anda sendiri yang menilai cerita dari seorang temanku .......
( yang aku cuba coretkan di sini sebagai iktibar sahaja tanpa ada niat lain )

BEGINI KISAHNYA :-

"Kamu kenalkan ayah dan ibuku? Kamu kenalkan semua adik beradikku."

Hmmmm memanglah aku agak kenal dengan ahli keluarganya...Malah aku sering juga ke rumahnya.

" Kamu ingat tak anak kecil yang kamu lihat kelmarin sewaktu datang ke rumahku dulu?" tanyanya lagi.

" Ye, aku masih ingat..bukankah dia adik kamu..comelkan baby tu.."

"Uhhh ye memang dia adikku. Adik yang tak tahu dari mana asal usul.."

" Eh..kenapa ni? Bukan dia benar adik kamu?"

" Sebenarnya sewaktu kita di sekolah, rumahku telah didatangi oleh seorang perempuan Cina yang agak muda. Dalam lingkungan umur dua puluhan. Perempuan Cina itu datang bersama seorang bayi yang berumur lebih kurang sebulan lebih."

" Kemudian?" tanyaku.

" Perempuan Cina itu suruh ibuku menjaga anak kecilnya tadi."

" Macamana perempuan tu boleh datang ke rumah kamu? Sebab mak kamu baik ke?"

Aku memang mengenali ibunya. Seorang wanita sekitar lewat 30 an (sewaktu itu) yang lembut, anggun dan jelita. Pertuturan ibunya selalu teratur. Kadang kadang aku selalu membayangkan ibunya persis seniwati Sarimah yang sentiasa molek, berseri serta bergaya. Kalau aku pergi ke rumahnya jarang sekali aku mendengar ibunya meninggikan suara. Senyumannya sentiasa di bibir dan mungkin disebabkan itulah kawan aku juga pun begitu. Sentiasa manis dan berketerampilan.

"Uh uh..sebab mak aku baik la..ayah aku jadi JAHAT. Sejahat jahat manusia!! Ohhhh.." katanya dan terus menangis lantas memeluk aku.

"Ayahku lupa diri dengan kebaikan mak aku ! Ayah aku tak sedar diri kerana kebaikan mak aku! Ayah aku naik lemak dengan kebaikan mak aku...!" sambung kawan aku penuh emosi.

Gambaran kebencian pada ayahnya kini terpampang di wajahnya. Kawan aku yang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut kini benar benar menunjukkan emosi sebenar dirinya. Rupa rupanya inilah yang meletihkan jiwanya dan yang menghantuinya selama ini.

" Kamu tahu tak bayi itu siapa sebenarnya? Kamu tahu tak? Tahu tak..?!!"

Pertanyaan yang bertali arus itu menjadikan aku kaget sebentar.

" Siapa dia sebenarnya?" itulah soalan yang terpacul dari mulutku. Biarlah dia sendiri yang menghamburkan jwapannya. Mana aku tahu siapa bayi itu..

" Dia tu ANAK HARAM ayah aku dengan PEREMPUAN CINA tu!! DAN PEREMPUAN CINA tu adalah perempuan KABARET yang entah dari mana ayah aku KUTIP !"

Aku terdiam..malam yang dingin dengan deruan angin Timur di Utara Semenanjung itu tiba tiba sahaja dirasakan panas. Urat jantungku terasa seperti ingin putus dan darah di tubuhku bagaikan ingin membuak keluar.

" Hida..kamu tahu tak bagaimana perasaan ibuku? Kamu tahu tak bagaimana rasanya bila secara tiba tiba seorang perempuan yang tidak dikenali datang menyerahkan ANAK HARAM suamimu di ribamu? Kamu tahu tak perasaan itu?"

Manalah aku tahu. Perbuatan haram itu juga terlalu asing bagiku... inikan pulak babak penuh emosi yang terjadi di rumahnya sewaktu itu.

"Macamana perempuan Cina tu pasti itu anak AYAH kamu?" keluar satu soalan musykil yang bermain di kepalaku.

" Uh..Perempuan tu menerangkan segala galanya pada ibuku...Dia seolah olah menjadi mistress kepada JANTAN itu"

" Subhanallah...tapi ...eRR..kenapa tidak dinikahi sahaja perempuan itu?"

Mungkinkah gila pertanyaanku itu?

"Hah! kalau dah namanya perempuan KABARET buat apa dinikahi. Kelahiran bayi itu pun sudah menjadi bebanan baginya sebab itu dia hantar bayi itu pada mak aku dan masalahnya MAK aku tu BAIK sangat..masih bela lagi budak tu! Kalau aku, dah lama aku campak masuk dalam tong sampah!"

" SubhanaALLAh..B, aku rasa bayi itu tidak bersalah. Dia pun tidak diminta dilahirkan. Dia pun tidak mahu lahir tanpa ahli keluarga. Dia pun ingin kasih sayang. Dia adalah makhluk ciptaan Allah!"

"Tapi aku tak boleh lihat derita di mata ibu..Apa yang mak aku pandang padanya ialah Kejahatan AYAH aku yang begitu menghiris perasaan. Apakah dapat disembunyikan derita itu? Kamu tak perasan ke waktu kamu datang ke rumah aku tempohari. Rumah aku adalah rumah yang penuh KEHINAAN sekarang! Tiada lagi kemesraan di dalamnya..tiada lagi seriny lagi. dan kamu tahu apa yang mak aku beritahu semua saudara mara tnetang bayi ini..ohhh anak yatim..ambik anak angkat..cis.."

Ya..memang aku terasa tamparan kedinginan yang menghinggap di ruang sepi rumahnya itu. Ayahnya sering tiada di waktu siang dan juga menjadi kelawar yang keluar di malam hari. Ahli keluarga tidak dipedulikan. Tugas penting untuk menyembah Yang Esa jauh sekali. Hanya ibunya sahaja yang terus dengan kelembutan menahan sabar dengan perlakuan si ayah.....
.
.
.
.
.
........................................nak sambung lagi ke tak? Cukup kut nuuuu..letih gak ni. Sebenarnya ada lagi incident yang terjadi..tapi aku rasa this is good enough untuk dijadikan tauladan.

sekian.....habis.

Monday, May 25, 2009

Berkawan biar seribu..

Salam,

Dalam dok berblogging dengan teman teman yang tidak pernah bersua muka ni adalah suara suara yang menyound aku..biasalah kan..

Bagi aku, apa yang aku tulis kebanyakan apa yang aku ingin luahkan. Kadang kadang kalau bercakap lidah ni cam tak terukir perkataan. Kalau dalam bentuk tulisan tu, boleh delete delete ,edit edit dulu..dan bagi aku dah nama pun OPEN BLOGGING..aku tak kisah siapa nak membaca blog aku. Pandai pandai lah korang tapis, digest, fikir..nak ambik buat pedoman atau juga buat panduan atau masuk dalam tong sampah..
DELETE buat selamanya..

Aku nak kata banyak sangat kawan tak le juga. Ada yang tak suka berkawan ngan aku..sebabnya aku ni bukannya gheti bergaya orangnya.
SEGHEBEH.. ramai gak kawan yang suka mentertawakan aku..
Ada yang tak suka berkawan ngan aku sebab kekadang aku ni cam pelik jer..
Tapi aku tak kisahhh..Setiap orang mesti ada KEPELIKANNYA yang tersendiri..
Betul tak?

Pun begitu aku tetap ada kawan..
Sesiapa yang memahami aku, akan rapat dengan aku sehingga dapat meluahkan segala isi hatinya serta rahsia yang terdapat pada dirinya mahupun keluarga.

Ini kisah seorang teman aku yang biasa diluahkan padaku. Aku menamakannya B. Kisah ini mungkin boleh dijadikan iktibar, pedoman atau sempadan....

Suatu hari di suatu tempat...di suatu masa, aku lihat kawanku begitu sugul sekali. Aku sungguh hairan dengan keadaannya kerana kebiasaannya kawanku ini ceria dan riang bersama kawan. Perlakuannya ini semakin hari semakin ketara hingga aku lihat pelajarannya mula terganggu dan merosot yang teramat. Dia sering kali ketiduran di dalam kelas dan dimarahi guru.

Oleh yang demikian pada masa yang sesuai, aku bersemuka dan berbual bual dengannya menanyakan perihal masalah peribadi yang mungkin dihadapinya. Apakah masalah percintaan? Atau juga masalah kewangan? Atau masalah kesihatan? Mungkin masalahnya dapat aku kongsi bersama dan mungkin bebanan yang dihadapinya dapat diringankan sekiranya diluahkan kepadaku.

Pada mulanya B begitu berat untuk memberitahu takut takut aku menceritakan kepada orang lain. Tapi sehingga saat ini aku tidak pernah menceritakan kepada siapa jua perihal yan berlaku kepadanya ini..Aku menulis di dalam blog ini dengan harapan ceritanya dijadikan iktibar dan bukan sekadar satu entry sahaja..Sewaktu itu, aku katakan kepadanya kiranya dia tidak mahu berkongsi masalah denganku tidak mengapa kerana mungkin ianya terlalu peribadi..tetapi B merasakan dia juga harus bercakap dengan seseorag tentang masalahnya kerana ianya terlalu berat baginya untuk terus memendam rasa. Aku katakan padanya sekiranya dia sudah bersedia...maka aku sudi mendengar....hinggalah pada suatu malam yang agak sunyi kerana sewaktu itu ramai kawan kawan yang pulang bermalam di rumah. B mengajak aku duduk di satu sudut di ruang study room..

'Hida, aku dah bersedia untuk luahkan perasaanku....' maka dia pun bercerita.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nantikan ceritanya di episod yang akan datang...( he he he..jangan marah nuuu)

sekian

Saturday, May 23, 2009

Adegan yang tidak ingin kau lihat..

Salam,

Sewaktu mengembara ke Canada bersama 5 rakan dari Evansville dalam musim panas 1988, kami sempat singgah di bandar bandar di Selatan Canada seperti Ottawa, Montreal dan Toronto.

Semasa di Montreal, kami sempat melawat Stadium Olimpiknya. Kami melawat masuk ke dalam stadium pada waktu sebelah pagi. Selepas itu kami terus ke Montreal Botanical Garden yang terletak tidak jauh dari kawasan Stadium Olimpik.

Di kawasan Botanical garden itu terdapat taman taman yang cantik dan di jaga rapi. Ada taman Jepun, ada rock garden dan ada juga Chinese garden. Sebenarnya tujuan asal kami ke Botanical garden ini adalah untuk makan kerana perut kami sudah lapar dan jam juga telah menunjukkan waktu tengahari. Kami berkira kira untuk membuka periuk berisi nasi dan bekalan ayam goreng juga sardin yang telah kami sediakan di rumah pelajar Malaysia sebelumnya. Konon kononnya hendak makan di kawasan cafeteria yang disediakan..


Alahai alahai..terlalu ramai orang makan di situ dan mereka pula tiada yang MEMBAWA PERIUK NASI DAN BEKALAN makanan seperti kami. Semuanya makan makanan ya dibeli dari cafeteria tersebut..

Kami pula TAKKAN nak buat scene yang bagus dengan membuka periuk nasi di situ..
ha ha ha..
jadi seorang rakanku memberikan cadangan...



" Kenapa tidak kita berkelah saja di bawah pokok besar itu...'anjurnya.


Hmmm... bagus juga cadangan kawanku itu. Jadi kami semua bersetuju dengan cadangannya.


Kami dengan gaya yang bersungguh sungguh mengambil segala bekalan kami dari bonet kereta dan bersedia untuk 'having a nice picnic under a tall tree'..he he he..Al maklumlah..dah lapar benar..

Nak bentang tikar dan nak buat cam English style gitulah kiranya..

Sebaik sahaja kami atur periuk nasi..keluarkan bekas ayam goreng dan kuah sardin di bawah pokok tu....TUP TUP sampai lah pakcik GUARD BOTANICAL GARDEN...
'Excuse me...but you cannot have a picnic here..There is a sign there'
SOBONARnya ada tulis papan tanda, ' No stepping on the grass'..ha ha ha..
Alangkan 'Stepping on the grass' pun tak boleh..ini pula nak makan makan sambil rehat rehat bawah pokok cam kat Malaysia!! Ngeh Ngeh Ngeh..
Kami pun minta maaf kat pakcik Guard tu..MACAM bodoh pun ada rasanya..tak tertengok papan tanda tu... Malu giler pun ada sebab Mat ngan Makcik Salleh tengok kami semacam jer..
Tetapi dalam pada tu kami gelak besar juga sebab dok rasa taman tu kami boleh buat sesuka hati macam taman taman bunga kat Malaysia..
Dan akhirnya kami semua makan ajer lah kat dalam kereta kami yang terletak di kawasan parkir..ambik pinggan... taruh nasi, taruh ayam, taruh kuah sardin..MAKAN....tak yah nak picnic picnic.TAK KENA TEMPAT!!
Montreal Botanical Garden tu memang bukan tempat berkelah. Ianya dijaga rapi....
Dan sepatutnya kami yang kena perihatin kerana sebenarnya memang ada tempat lain yang pihak berkuasa tempatan benarkan untuk buka bekal dan berkelah sepuas hati!!
SILAP KAMI!!
ha ha ha..biasa lah kan..FOREIGNER!
# gambar gambar di atas menunjukkan persekitaran di dalam Montreal Botanical Garden, Canada.
sekian

Niagara Falls - ciptaan Allah yang mengasyikkan

Salam,

Pada musim panas tahun 1988, iaitu sekiranya dalam bulan Julai atau Ogos begitu ( aku tak ingat dah tarikh tepatnya ), aku bersama 5 rakan dari Evansville menjelajah ke Canada dengan menempuhi East coast terlebih dahulu. Di East Coast, kami singgah di beberapa bandar besar iaitu Washington D.C, New York dan Boston. Kemudian apabila naik ke Utara (Canada) kami ke Ottawa,Toronto dan Montreal. Untuk pengembaraan kami di Canada ini, aku tidak dapat mengingati bandar mana yang kami singgah dulu dan bandar mana yang kami singgah kemudian...mungkin ada kawan aku yang boleh tolong recall..

Sebenarnya tujuan utama kami mengembara ialah menuju ke destinasi indah...satu ciptaan Allah yang begitu mengasyikkan.
NIAGARA FALLS..sebuah air terjun yang terdapat di sempadan antara negara Canada dan Amerika Syarikat.

Melihat dan merasai satu ciptaan Allah yang begitu hebat ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Maha Suci Allah....menjadikan sungai sungai yang mengalir laju serta luas dan kedapatan air air terjun di antaranya bertujuan supaya makhluk makhluknya mengambil menafaat dan iktibar..

Image 'heli-view' inserted from 'Largeniagarafallsphotos.com'

Semasa aku di sana, aku dan 3 rakanku telah menaiki bot untuk melihat dengan lebih dekat lagi air terjun tersebut. Perasaanku sungguh teruja sewaktu itu. Dengan percikan air yang kami rasakan daripada hamburan air terjun yang sungguh besar dan kuat itu. Kemudian suasana kendahan air terjun itu dihiasi dengan satu lingkungan bulatan pelangi petang. Sinaran mentari memancar ke arah titis titis percikan air menghasilkan lingkungan bulatan pelangi tersebut.

Image of American Falls inserted from 'largeniagarafallsphotos.com'

Bagi dua rakan kami pula mereka lebih teruja untuk menaiki helicopter kerana ingin melihat gambaran keseluruhan tempat ini dari atas. Bayaran yang dikenakan sewaktu itu tidak silap ialah 30 dolar satu kepala.

Cuma apa yang agak mengecewakan..sewaktu itu aku tidak mempunyai kamera yang cukup bagus untuk mengambil gambar gambar yang lebih menarik. Sungguhpun begitu aku masih tetap menyimpan kenangan indah itu di dalam kotak memoriku.



Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
Kami berada di sini bermula dari sekitar tengahari sehingga senja. Kemudian kami beransur untuk ke destinasi kami yang seterusnya. Walaupun ada suara suara sumbang rakan yang berkata " Apa lah buang duit nak pergi setakat TENGOK AIR sajer " tapi aku rasakan pengembaraan ini "Every single cent spent was WORTH IT!"..
**( ..dan satu pengalaman yang PALING MENERUJAkan ialah solat kami tetap dijaga dan kami SELAMBA dek solat kat padang mana mana yang kami rasakan sesuai..walaupun MAT SALLEH geleng gelengkan kepala....ha ha ha..)

Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
* All the pictures above are not mine. They are the property of 'largeniagarafallsphotos.com' and 'www.Niagarafallslive.com'.
sekian..




Monday, May 04, 2009

Siapa yang baca..semua kena!!

Salam,
Oleh kerana dah dekat dengan 'HARI ITU' maka siapa yang dah jadi ibu atau ayah YANG BACA ENTRY AKU NI..maka SEMUA KENA TAG ngan AKU!!
No EKSEKIUS!! AKU KEJAM..ha ha ha..
( aku boleh trace gak tau siapa yang VISIT blog aku niiiii...dan kegiatan tag ini berlaku adalah ekoran dari ilham yang aku dapat setelah mendengar siaran radio SINARFM pagi tadi..sementara dalam perjalanan ke sekolah yang 10 / 15 menet jer tu )

1. SOALAN pertama : Anak pertama pompuan ke lelaki?
AKU : Pompuan

2.SOALAN kedua : Kenapa anak tu ditaruh nama macam yang dia dapat tu?
AKU : sebab aku ambik sempena nama Isteri Rasulullah yang cerdik lagi bijak.

3. SOALAN ketiga : Adakah pasangan anda menemani anda sewaktu saat kelahiran bayi pertama ini?
AKU : tak pun....aku keseorangan dan dikelilingi oleh mak bidan dan staff nurse jer!!SIAN TAU! Suami aku kat KL. Aku dihantar rumah mertua..di IPOH.

4. SOALAN keempat : Apakah kenderaan yang membawa anda / pasangan anda ke tempat kelahiran bayi pertama?
AKU : kereta datsun 12oY jiran sebelah rumah mak mertua aku. Tak silap aku warna kuning. Pastu enjinnya pulak diubahsuai oleh menantunya yang sorang tu..Eksos dipasang ala ala kereta lumba camtu...ha ha ha..mengaummm bunyinya bawa aku ke spital besar IPOH!

5. SOALAN kelima : Adakah anda cukup berani melihat saat saat kelahiran seorang bayi?
AKU: Ha ha ha..aku golak jer..9 orang anak dah aku lahir dan rasanya setakat ni jelah kut..Umur pun dah melebihi KUOTA...tapi aku tak berani le nak nengok budak keluor dari U-KNOW-WHAT (tempat keluar baby) tuuuu...lagipun heyyy..aku sendiri pun berhempas pulas sakit. TAK de MAKNAnya nak menengok nengok!!!

6.SOALAN keenam : Apa reaksi anda dalam keadaan 5 itu?
AKU : Aku tak dapat jawab sebab aku sendiri yang beranak. Tapi melihatkan suami aku yang biasa menemani aku pada kelahiran anak yang kedua, ketiga, keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan...
DIA TENANG, TABAH DAN VERY SUPPORTIVE!!
..he he he..
tak pengsan atau termuntah..atau pitam macam setengah setengah suami tuuuu.

WEH haiii..oooo mak nyer ko kerjakan EKK!! Pastu buek buek LOYA pulak yek! Banyak CANTIK!


ITU jerr soalan soalan BONOIH dari aku..

selamat jawab!

wassalam