Tuesday, February 24, 2009

Memori..

Salam,

Ada orang kata usah dikenang masa silam...dah lepas.. dah jadi history. Tapi cerita ceriti aku memang banyak kenangan silam. Blog ini tatapan untuk anakku jua. So aku suka ceritakan pada mereka zaman aku kecil dan remaja. Macam journal hidupku juga. Kalau melihat keadaan sekarang, mungkin masa sekarang tak seindah masa lalu. Masa lalu sebagai anak anak, aku bebas merayau rayau..jauh beza dengan anak anak sekarang.
TERKURUNG dan MEMBOSANKAN.

Waktu aku berumur semuda lima tahun, pekan Batu Gajah kami explored. ( kami yang dimaksudkan adalah aku, kakak (setahun lebih tua dariku) dan makcikku (yang berusia 2 tahun lebih tua). Di pekan Batu Gajah inilah, kami merayap bersama sama sehingga masuk ke kawasan rumah pembuat Kicap Tamin di Jalan Tanjung Tualang. Masa itu Kicap Tamin hanya dibuat secara kecil kecilan sebagai industri rumah. Kami masuk kawasan rumah itu untuk melihat makcik makcik menuang kicap ke dalam botol dan menutupnya. Kami merayap melihat tempayan yang berisi kacang soya yang diperamkan.

Sebenarnya di kawasan itu terdapat rumah kawan makcik aku jadi bila sudah ke sana kami singgah masuk meninjau ninjau cara mereka membotolkan kicap. Aku tak tahu kenapa kenangan sebegini yang masih terlekat dalam memori aku. Kenangan mengenai sesuatu yang begitu baru bagiku waktu itu. Seperti juga memoriku terhadap lawatan bersama abah.

Apa yang aku teruja waktu itu, akan dapat kukenang sehingga kini. Satu lagi contoh ialah semasa lawatan ke RTM di Kuala Lumpur. Masa itu yang terkenal sebagai pengacara TV ialah Taufik Latif. Beliau sering membacakan intisari rancangan jam 5.00 petang sebelum siaran TV bermula. Aku memang sering melihatnya di kaca TV kerana selepas intisari rancangan itu ialah rancangan kartun selama 20 minit. Taufik Latif dikenali kerana senyumannya yang mesra.

Sewaktu aku ke RTM, kami sama sama melihat dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Waktu tu aku tengok muka Taufik Latif SELOPONG kena BEDAK...

'Mak aiii',' aku kata dalam hati. 'Kenapa dia pakai bedak banyak sangat?'

Mana aku tahu bab bab masuk TV ni..dan mana le aku nak tahu yang LELAKI pun mesti dibedak TEBAL sebelum cahaya dan kamera disuluh ke muka. I have no idea whatsoever.
...ha ha ha..
Aku betul betul pelik waktu tu..Tertanya tanya apa pasal la si Taufik Latif ni kena MAKE UP, bedak SELOPONG macam Tepung GOMAK...

Masa tu mana ada siaran rancangan kanak kanak yang menerangkan bab bab macam ini. Mana ada internet yang boleh jawab soalan kita serta merta. Aku tak tahu jawapannya hinggalah dah beso beso...
...bila dah ada rancangan cerita pasal make up artis dan sebagainya..
Oh begitu hal nya mereka yang dalam Show BIZ ini...aku kata akhirnya.

Sekian..habis cerita..

5 comments:

ibundo said...

ada memori jangka pendek. lama lama kita lupa. ada memori jangka panjang yang kita simpan dalam-dalam. yang ni sampai bila-bila pun kita tak lupa.
.
.
dulu masa kpah sekolah hishamudin kat kl masa drjh 6 sekejap, kpah berclassmate dengan Rashidi. Lepas tu masa tingkatan satu kpah tengok muka dia kat tv buat rancangan kanak-kanak. heboh satu kampung kpah jaja dia tu "kawan den maso kek kolumpo marin"...

ASH said...

Kak Pah,
Rashidi?
he he he..
Rashidi mana kak pah weh?
Dulu Rancangan Hiburan Kanak kanak, saya kenal Pakcik Jamal Pendek jerr..

Nizam.Ariff said...

Saya sokong Kicap Tamin! Baru org Perak piaww! Aku beli kicap tamin masa tu harganya masih 80sen. Lepas tu, dia perkenalkan Tamin Kicap Istimewa harga RM1.10. Sekarang? Huh, dan dekat RM3 sebotol. Tapi, aku tetap beli. Sebabnya, Kicap Tamin sesuai untuk buat masak Semur, dia tak manis dan tak masin. Boleh buat kuah banyak-banyak...

Aku dulu masa 4 hn belajar kat Tronoh, malam-malam selalu merayap ke pusat-pusat Snooker kat Bt Gajah. Walau dalam poket ada RM20 je, main mesti jadi, sarapan esok pagi lain cerita...hahaha.

PerantauSepi1306 said...

ye, masa dok Ipoh dulu dari 8 - 12 tahun, kicap tamin ajelah peneman nasik ngan sambal telor... terigt dulu masa umur 10 tahun pi Batu gajah.. masa tu ada satu taman kat situ.. apa tah nama, tapi siap ada naik kuda, naik space ship.. ala2 fun fair la jugak.. dan juga ada mini zoo.. ada lagi ka taman tu la ni?

Kenangan Terindah.. haruskah dilupakan??? ;D

ASH said...

Tahu taman tu..apa ke namanya. Tak ingat...
Time tu akak dah sekolah menengah dah so terpelanting ke PEGHELIH ..tapi mak ngan adik adik ada pergi..
Sekarang dah tak da, rasanya laa..