Salam,
Aku bagi soalan pasal Tupai dan Tupai-tupai hari tu..
Kak pah response dengan memberikan soalan ni pula :-
kalau sebut sekali, boleh dicapai oleh kita..
kalau sebut dua kali, jauh sangat..tak tercapai..
Aku memikirlah juga jawapannya.
Hmmm..
Langit dengan langit-langit?
Tapi kalau sebut 'Langit'- sekali sahaja. Yang ni yang jauh dan tak tercapai..
Kalau sebut dua kali, 'Langit-langit'. Yang ini yang tercapai..
Errr...kak pah bagi soalan betul ke atau kesilapan teknikal????
Okay,aku nak ulas juga perkataan 'Langit' dan 'Langit-langit' tu..
Langit semua orang tahu..yang tinggi membiru di atas sana tu. Membiru takkala mentari memancarkan sinarnya. Pun begitu langit juga akan kelihatan kemerahan atau juga kekuningan dan keorenan takkala sinaran matahari petang dan senja..biasan cahaya pada sudut sudut tertentu.( ni bagi yang belajor FIZIK boleh ulas panjang LEBOR le niii...come on NIZAM, Muhajirah?)
Manakala bila sudah ketiadaan mentari maka langit yang membiru akan bertukar menjadi hitam pekat...
namun tika malam, di langit sana kelihatan kerdipan bintang bintang yang cukup indah menghiasi dadanya..
eh!eh!..dah bersastera le pulak..
Perkataan 'langit -langit' pula mengambarkan salah satu anggota badan yang terdapat pada bahagian dalam mulut manusia. 'Langit-langit' begitu berguna ketika mana ianya mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan. Bagi mereka yang mempelajari ilmu tajwid al-Quran, kedudukan lidah pada langit-langit akan mempengaruhi sebutan huruf huruf tertentu. Contoh yang paling ketara ialah huruf lam dan ra'.
Ada orang cakap pula, lengkungan langit-langit ni mempengaruhi 'pitch' suara seseorang..lagi dalam lengkungannya, langit tinggi pitch suara..
YE ke?
..hah..apa lagi suluh tengok la, dalam atau tidak lengkungan langit-langit anda..
he he he..
sekian..
4 comments:
hehe..kesilapan teknikal. soalan kpah terbalik. Aduyai... sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula selalu terlekat di langit-langit.
Podeh..podeh.. sebab banyak makan cili api. he he...
wah bermain bahasa kita.
kalau kita lengokkan kepala melihat langik (dgn mulut terbuka), orang pun boleh nampak langit-langit kita kan.
Eh, dah jawab dah?... laaa...
Kak Pah,
Soklan soklan ni banyak diberi teka teki oleh cikgu dan kengkawan dulu dulu..
Dr Sam,
Yang ternganga tengok langit tu mesti nampak UFO tu...
Nizam,
soklan kacang..sesambil makan kacang boleh jawab..
Post a Comment