Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Menjawab TAG dari Kakpah

Salam,

Dah lama ooo tak kena TAG...
TUP TUP mimpi apo tah kena pulok kali ni...AIHHHH.
Tapi bagus juga.
Daripada buat entry kisah silam sepuloh tahun yang lalu, baik jawab TAG kan??
hahahaha
Thanks Kakpah.

1. Gambar kesukaan anda :-

Sebenarnya aku terlalu banyak gambar pemandangan yang aku suka.
Tapi kira ini yang paling aku suka sebab...errr...sebab...errr..sebab bila aku tengok jer aku gian nak nyanyi lagu 'MATAHARIKU'.
Amacam alasan aku?
2. Adakah anda rasa anda hot?
Ya...sebab tu aku tengah berkemban sekarang...toooottt...alangkah tak sensert nya. Sebab tu jangan tanya banyak sangat soklan pesenel!
3. Cerita pasal gambar.
Gambar ini mengisahkan tentang suka duka satu waktu yang bernama 'SENJA'. Bila mana sang mentari mula menyembunyikan diri, maka SENJA seolah olah menjerit kepadanya...'DENGARLAH MATAHARIKU, SUARA TANGISANKU..'...ngeh ngeh ngeh.. begitulah kisah seadanya.
4. Bila kali terakhir makan pizza.
Hmmm rasanya ada sekali dalam bulan ramadhan hari tu kut..ntah.. lupo la pulakkk..tak silap la..Pizza DOMINOS..order..sebab tak larat nak masak!
hahaha
5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Balik sekolah tadi kat dalam kereta, lagu peberet pengantin dan yang dah lama kahwin, "JANGAN PISAHKAN" -deddy dores dan mayang sari.
Kebetulan pulak Si EBI FANA kat SINAR FM tu pot pet pot pet pasal ada bekas suami yang tak bagi nafkah anak anak dengan bekas bini pertama dan dia pulak dapat jodoh untuk berkahwin lain. Nafkah anak yang ada tak diberi sekian lama TUP TUP kahwin lain dan hantaran pulak SEPOLOH RIBU untuk isteri baru..
ISH ISH ISH! BAGUS KAN LELAKI?
MANTOP punya TANGGUNGJAWAB!
Sila amalkan ramai ramai..
6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
Apa aku nak buat lagi? Jenoh kepala otak aku memikiorkan jawapan.. ishh.
7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa.
BANYAKKKKK...antaranya, 'Ummi' oleh anak anak, 'Tak Nin' oleh adik adik, 'Hidayah' oleh rakan rakan, 'Sayang' oleh siDIA, 'ASH' oleh bloggers.
8. Tag lagi 8 orang.
Lama dah tak perkena orang ni. Weiii..hampa buat nuuu!
1. Nizam
2. TMerah
3. Tijah
4. KOG
5. DrSinga
6. DrSAM
7. GPI SKSV ( dah sibuk baca kan...)
8. Cikgooden
hehhehehehehehe..aku tak banyak CHOICE kan??!!!
9. Siapakah orang no 1 kepada anda?
Wei Nizam, hang adalah seorang rakan blogger. Betui dak?
10. Kata sesuatu tentang orang no 5.
Dia adalah wanita, ibu dan doktor yang garang. haha
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
No 3 mempunyai hubungan baik dengan no 4..AKU AGAK LAAA..mungkin satu sekolah! No 4 aku agak agak adalah senior kepada no 3. MAYBE! hehehe..
BETUI DAK JAH? Tapi No 3 memang kenal dengan kebanyakan nama dalam senarai aku tu sebab dia adalah TIJAH LAWA!
12. Bagaimana pula dengan No 4.
Nombor 4 adalah DUTA RESTOREN SANASINISINUN!! Kalau demam dan tak der selera nak makan, sila jengah blog dia!
14. Pesanan kepada orang no 6.
No 6, sihat? Tak der masuk hospital ke apa ke SYAWAL baru baru nih?
15. Kata kata cinta untuk no 2.
CAYOOOOKK...I leb you babe! MANA KEPALA BOYA AKU? HAHAHAHAHAHAH
16. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan.
YUP...Dua dua jantan. Dua dua cikgu! Dua dua 'deen'.
17. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda :-
1) Dia boss TADIKA
2) Dia suka masak
3) Dia suka fotogerapi.
4) Anak dia ramai.
5) Dia suka jenjalan dan sopping sopping especially kat TESCO!
18. GAY or LESS...
soklan ni buat aku macam terkedu..kemedian aku rasa aku nak tiru je la jawapan kakpah.. Korang baca kat blog dia. Itu la jawapan aku!
sekian terima kasuttt...

Wednesday, October 14, 2009

Menjawab TAG dari Yuyee Cap Limau..HADOI!!

Salam,

Yuyee..bak mai minyak Yuyee CAP LIMAU tu satu. Akak tengah pening pening ni, ko bagi tag pulak dah.
Akak tak berapa sihat lagi ni jadi akak jawab ringkas je lah ye..Jangan marah pulak.

1) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG DIRI ANDA.

Saya seorang wanita.
Saya seorang isteri.
Saya seorang ibu.
Saya seorang cikgu.
Saya anak kedua.
Saya berumur hampir 42 tahun.
Birthday saya Disember 25th. ( Sila catit dalam diari masing masing..ha ha ha)
Tapi dalam kad pengenalan hari lahir saya 26th sebab ayah saya report lambat!
Jadi dah sama taraf dengan TSUNAMI's day...2004
Saya orang Perak.
Saya bersekolah rendah di Perak.
Saya bersekolah menengah di Perlis.
Saya sambung belajar di Shah Alam dan Chicago.
Sepatutnya saya jadi engineer atau architect tapi entah kenapa tak jadi pulak...ngeh ngeh ngeh..
Saya jadi HOME MANAGER agak lama sebelum saya diambil bekerja di TADIKA!!
Tapi saya tak kisah kerana bagi saya setiap detik dalam perjalanan hidup saya, samada pahit ataupun manis semuanya satu PEMBELAJARAN yang menarik tentang hidup!
.
.
.
okay..? cukupkan 15 perkara!

2) NYATAKAN 15 PERKARA TENTANG SI DIA

...ha ha ha...aku jarang nak cerita hal SiDIA..okay, tak per ...tak per....

Dia anak sulung.
Dia tunggal kalau dari ibu bapa yang sama.
Dia ada 2 adik seibu.
Dia ada 5 adik seayah.
Ibu ayahnya berpisah sewaku dia berumur 3 bulan.
Dia dibela oleh datuk dan neneknya.
Dia bersekolah rendah di Perak.
Dia bersekolah menengah di Perak dan di Kuala Lumpur.
Dia sambung pelajarannya di L.A dan Boston.
Dia mejadi suamiku pada 25th of Dis 1989.
Dia suka menonton segala jenis sukan terutamanya bola sepak.
Dia gemar membaca tetapi tidak gemar menulis.
Dia tidak suka cakap banyak tetapi a good listener......hmm....hhuh huhh....hmmm...haaa..( itu responnya...baguskan??? ha ha ha ha)
Dia anak yang baik, suami yang baik dan ayah yang baik.
Dia sayang keluarganya...dan sentiasa membahagiakan orang yang dicintanya! ( NGEH..NGEH!!..sila jeling jeling..)

3)PANDANGAN ANDA TENTANG CINTA DAN BERPASANGAN.

Cinta itu satu anugerah dari Allah untuk hamba hambanya....( ulang ungkapan ini berkali kali kerana itu benar) Tanpa cinta, dunia ini akan dipenuhi dengan rasa kekejaman. Salurkan rasa cinta itu pada tempat yang betul..

Berpasangan?...Hawa dicipta untuk Adam. Bumi dengan langitnya..Malam dengan Siangnya..Mentari dengan Bulannya..setiap benda ada pasangannya jadi ianya satu FITRAH yang tidak dapat dipisahkan.

4) CINTA PANDANG PERTAMA?
lupa kan saja..

5) PUTUS CINTA?
hmmm...malangnya saya tidak pernah bercinta dengan lelaki...cuma TER ADMIRE tu ada la..tak tergolong dalam I Lop you, You lop me!! ha ha ha..

6) POLIGAMI?
ho ho ho...ini kena tanya BAPAK MERTUA saya sebab dia PENGAMAL nya..
Tanya anak dia? hmmmm...hmmmm..hmmmmm.... hanya mereka yang boleh berlaku adil saja yang layak. Bagi siDIA, dia takut TIDAK BERLAKU ADIL so..better not! ( or NOT YET!!)

7) PERKAHWINAN?
...on the 25th of Disember 1989 ( aku umur 22 tahun)

8) PERTUNANGAN?
..on the 16th of January 1989

9)BILANGAN ANAK YANG DIINGINKAN?
sebenarnya MOLA MOLA dulu ingat takat 4 ja. pastu kut lajak pun takat 6 atau 7.
sekali dah terlajak sampai 9. cukup la kuuuuuttt nuuuuu!!

10)CINTA YANG DIHARAPKAN?
tiada yang membenci aku...!

11)TEMPAT YANG DIINGINKAN BERBULAN MADU.
...tempat yang boleh melelapkan mata berdua duaan tanpa diganggu! Ada bunyi air mengalir, burung menyanyi dan haruman bunga yang semerbak...( ha ha ha ). Aku nak sebuah tree house yang exclusive terletak tinggi di mana aku boleh nampak pemandangan yang cantik..menghijau saujana mata memandang..serta aku boleh lihat air terjun yang mengalir turun dari pergunungan..
ha ha ha ha....kat mana tu?

12) IMPIAN HIDUP
Hidup aku bahagia setakat ini...alhamdulillah! dan aku harap kebahagian yang aku kecapi ini berterusan hingga ke akhir hayat terutamanya di hari hari tuaku. Aku juga ingin melihat anak anakku gembira dan bahagia! Kebahagiaan mereka adalah kegembiraanku..

13) TAG 4 orang?

hadoiiiii...aku nak tag sapa ek?
okay , GPI SKSV, 4 bersaudara..lagi dua aku hold dulu sebab TAG ni ada sikit BERAT laaaa.

sekian

Monday, May 04, 2009

Siapa yang baca..semua kena!!

Salam,
Oleh kerana dah dekat dengan 'HARI ITU' maka siapa yang dah jadi ibu atau ayah YANG BACA ENTRY AKU NI..maka SEMUA KENA TAG ngan AKU!!
No EKSEKIUS!! AKU KEJAM..ha ha ha..
( aku boleh trace gak tau siapa yang VISIT blog aku niiiii...dan kegiatan tag ini berlaku adalah ekoran dari ilham yang aku dapat setelah mendengar siaran radio SINARFM pagi tadi..sementara dalam perjalanan ke sekolah yang 10 / 15 menet jer tu )

1. SOALAN pertama : Anak pertama pompuan ke lelaki?
AKU : Pompuan

2.SOALAN kedua : Kenapa anak tu ditaruh nama macam yang dia dapat tu?
AKU : sebab aku ambik sempena nama Isteri Rasulullah yang cerdik lagi bijak.

3. SOALAN ketiga : Adakah pasangan anda menemani anda sewaktu saat kelahiran bayi pertama ini?
AKU : tak pun....aku keseorangan dan dikelilingi oleh mak bidan dan staff nurse jer!!SIAN TAU! Suami aku kat KL. Aku dihantar rumah mertua..di IPOH.

4. SOALAN keempat : Apakah kenderaan yang membawa anda / pasangan anda ke tempat kelahiran bayi pertama?
AKU : kereta datsun 12oY jiran sebelah rumah mak mertua aku. Tak silap aku warna kuning. Pastu enjinnya pulak diubahsuai oleh menantunya yang sorang tu..Eksos dipasang ala ala kereta lumba camtu...ha ha ha..mengaummm bunyinya bawa aku ke spital besar IPOH!

5. SOALAN kelima : Adakah anda cukup berani melihat saat saat kelahiran seorang bayi?
AKU: Ha ha ha..aku golak jer..9 orang anak dah aku lahir dan rasanya setakat ni jelah kut..Umur pun dah melebihi KUOTA...tapi aku tak berani le nak nengok budak keluor dari U-KNOW-WHAT (tempat keluar baby) tuuuu...lagipun heyyy..aku sendiri pun berhempas pulas sakit. TAK de MAKNAnya nak menengok nengok!!!

6.SOALAN keenam : Apa reaksi anda dalam keadaan 5 itu?
AKU : Aku tak dapat jawab sebab aku sendiri yang beranak. Tapi melihatkan suami aku yang biasa menemani aku pada kelahiran anak yang kedua, ketiga, keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan...
DIA TENANG, TABAH DAN VERY SUPPORTIVE!!
..he he he..
tak pengsan atau termuntah..atau pitam macam setengah setengah suami tuuuu.

WEH haiii..oooo mak nyer ko kerjakan EKK!! Pastu buek buek LOYA pulak yek! Banyak CANTIK!


ITU jerr soalan soalan BONOIH dari aku..

selamat jawab!

wassalam

Wednesday, February 25, 2009

Menjawab asignment dari Kak Pah..


Salam..

Ni kerja yang aku dapat dari kak Pah..

kerja ni kacang jer..he he he..


Instructions :-

Go to your photos folder in your computer

Go to the 6th folder of your photo

Go to the 6th picture in that folder

Put the picture on your blog and description of it.

Invite 6 friends to join the challenge

Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Keterangan bagi gambar di atas ialah :
1) Kerja tangan aku dan rakan rakan pada bulan Disember 2008.
2)Mural yang masih separuh siap untuk dinding Aulad Perdana.
3) Geng yang tolong lukis dan warnakanya adalah aku, cikgu Aizazura yang kini masih dalam proses nak jadi Ustazah. Seterusnya si Nani, juga seorang bakal Ustazah, dah balik negerinya ke Kelantan. Turut serta dalam kerja MURAL ini ialah Kak Tie, Ina, Cikgu Yati yang waktu tu baru masuk dan Cikgu Wani. Tidak berkecuali yang datang menolong sekali sekala ialah anak anakku, Husna, Zainab, Aisyah dan Rahmah.
habis cerita..okay sapa nak kena ngan aku pulak ni?
Hmmmmmmmmmm
Panjang Hmmmmmmm tu...
1)Lukman...(since hang pun rajin ambik ambik gambr ni kan)
2)PerantauSepi ( ni pun rajin boh gambar dalam blog)
3)GPI SKSV (nah! ambik assignment ni)
4)4 bersaudara ( amacam anak sedara... boleh?)
5)mak Qaiyum..he he he.. ( lama tak dengar cerita..)
6)......oohhh ya.. MUHAJIRAH..( okay sila buat asignment dari achik!!)
he he he he....