Saturday, February 21, 2009

Si Oman dan Si Budin..

Salam..

Oleh kerana anak anak aku ramai yang kena Chicken Pox maka minggu ini aku tersadai lagi tak ke mana mana. Oleh itu, jangan jemu membaca entry entry yang dipostkan dalam blog aku dan jangan sekali kali cuba untuk datang ziarah rumah aku melainkan kalau nak kutip derma Virus Chicken Pox ini....

Don't worry, kesihatan anak anak ini Allah yang jaga kerana Allah lah Maha Penyembuh dan kita hanya layak berusaha cari ubat sahaja...


Oh ye..entry kali ini aku nak ceritakan kisah si BuDin dan si OmAn..

Siapa mereka..ha ha ha
Dua adik lelaki ku. Dan inilah sahaja adik adik lelaki ku.

Aku tak nak cerita zaman mereka dah dewasa. TAK BEST!!
dah tuo tuo ni masing masing dah buat hal sendiri..
dah ada keluarga sendiri..
pandai pandai la kan..


Aku syok nak cerita zaman deme kecik kecik. Zaman deme kecik, aku dah beso sebab aku kakak deme! Untungkan jadi kakak..boleh 'kerjakan' adik adik..Itulah advantage jadi kakak yang lebih besar. Bukankah selalunya begitu? yang besar menindas yang kecil? he he he...

Adik aku si Oman sekira kiranya sebaya dengan sorang blogger yang dalam senarai kunjungan aku. (Brahimnyok, hang lahir 1971kan?..Kira sebaya ngan adik aku, Si Oman)
Manakala si Budin pula lahir dalam tahun 1977...wayyy..lebih muda dari aku. Beza umur 10 tahun.

Oman anak no 3 kiranya lepas aku, dia lah.
manakala Budin anak no 4, lepas si Oman.

Waktu Oman lahir, aku memang tak ingat sebab aku pun kecik gak lagi. Dia lahir bulan sembilan 1971 manakala aku pula lahir bulan 12 tahun 1967. Tapi yang aku ingat tentang si Oman ini ialah waktu dia berumur 5 atau 6 bulan, mak ada bawa dia masuk satu pertandingan bayi comel montel. Sewaktu kecilnya, si Oman ni memang gebu dan comel. Dalam pertandingan itu, adik aku ni tak menang..(rasanya la..) tetapi jadi 5 finalist yang terpilih. Suspen juga waktu tu. Aku pun turut sibuk sibuk juga nak tau siapa pemenangnya.Yang tu masih ada dalam kepala otak aku..
Lepas tu pulak, masa aku darjah dua, aku biasa bawa adik aku si Oman ni datang sekolah. Habis geng geng aku kerumun dia sebab aku berani bawa adik tumpang sekaki. Sehari je mak benarkan dan sekali itulah sahaja...
Mak memang sayang beno si Oman ni..sebab anak lelaki waktu tu sorang tu lah sahaja..
Lama juga si Oman ni jadi anak bongsu. Sekira kiranya sehingga umur 6 tahun.

Sewaktu Budin lahir, si Oman ni nampak macam jauh hati jer dengan semua orang..Ya lah..dah agak lama bermanja manjaan. Tapi aku seronok dapat si Budin sebab waktu tu si Oman pun dah beso. Dah tak baby lagi..Waktu Budin lahir, umur aku sekira kiranya hampir 10 tahun.

Mak mengandungkan si Budin terlebih bulan. Hampir hampir 11 bulan dalam kandungan. Hebat juga si Budin ni dalam kandungan mak. Tak nak keluor keluor..Hinggakan mak hampir hampir kena bedah. Dah masuk operation teater pun waktu tu. Di Hospital Taiping..Tapi oleh kerana kecut takut dibedah, mak teran juga bagi si Budin ni keluar..akhirnya keluor lah Budin dengan kelahiran biasa walaupun selepas tu mak sakit agak teruk kerana kekejangan.

Bila dah agak beso, si Budin ni mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dia memang budak kecil yang keletah. Jadi penghibur gaya tersendiri. Dulu dulu, aku memang suka menyakat dia..memang si Budin tak senang duduk dengan aku. Lepas aku usik dia sampai dia menangis, aku pujuk dia...Lepas tu aku usik balik, nangis..aku pujuk semula. Macam hiburan pulak bagi aku..Mak memang le tak larat nak marah. Kui kui kui..

Tapi si Budin ni memang jenis adik yang baik...tak dinafikan...ada kelebihannya. Si Oman juga ada kelebihan dan keistimewaannya. Dua dua aku sayang sunguh sungguh. Engko mana boleh beli kat paso malam adik adik yang berdua ni..Anak patung boleh ler.

Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah zaman si Oman nak ambik periksa penilaian darjah 5. Waktu tu si Budin dah 5 tahun. Si Budin ni memang cergas otaknya. Umur 5 tahun dah boleh membaca surat khabar..tapi tak la heboh satu Malaya pulak!

So korang nak tahu apa si Oman buat pada si Budin? Oleh kerana si Oman ni malas nak baca buku, dibuatnya adiknya ini sebagai TEKS READER dia..
Disuruhnya adiknya yang baik hati ini membaca soalan soalan dan mengemukakan jawapan dalam bentuk ABC atau D. Stail baca soalan kuiz..
...sambil sambil dia duduk duduk rehat atas buaian, si adiknya bacakan soalan soalan dan dia pula sekadar meneka A,B,C atau D untuk jawapan.
Itulah caranya adik aku si Oman studi dan resultnya heiii.. jangan main main...5A tau! dan aku harapkan adik aku si Budin tu dapat ganjaran PAHALA yang besar kerana menolong abangnya itu.

Adik aku si Oman tu otaknya datang dari planet mana tak tau...
lepas sekolah rendah adik aku si Oman dapat tawaran 3 tempat.
1. MRSM Melaka. 2. SMAWP 3. RMC.

Adik aku si Oman pergi ke RMC sebab abah kata kena ada anak jantan yang tahu pegang senapang...so pergilah dia berkelana di sana selama 5 tahun..

Si Budin pula lain ceritanya. Adik aku ni mak dan abah berkira kira nak jadikannya seorang HAFIZ. Memandangkan adik aku si Budin ni jenis anak yang tak banyak kesah dan ragamnya maka mak dan abah menghantarkannya ke sekolah pondok di Kedah. Adik aku Budin..engkao kena jadi Hafiz patutnya..tapi aku tengok hmmmm..rajin pula menghafal waktu siaran sukan.

he he he..

tapi aku kira kalau dah bidang agama yang adik aku ceburi ini, paling tidak..termakbul juga la hasrat abah nak kan anaknya PENYAMBUNG WARISAN..menjadi GURU AGAMA.

.....aku sebenarnya hanya seorang kakak yang menumpang seronok dengan kejayaan adik adik...
so for both of you, adik adik lelakiku..TAKE CARE!!

sekian

5 comments:

ibundo said...

seronok dengar cerita kakak boleh buli buli adik. aku tak de adik sebab bongsu. Teringinnya nak buli dan katuk katuk ...hehe..

GPI said...

tak pernah dgr pun nama Oman tu? rekaan? atau nama dulu2?

Budin? huhuhu.. dia tak dapat jadi Hafiz... tapi dapat kHafizah...

ASH said...

Kak Pah,
Aku memang suka menyakat..yang paling teruk kena sakat si BUDIN tu lah..(time tu dia je la yang keciknya pun..mana ada adik lain...)Setiap kali aku balik dari asrama, dia mesti susah hati..
Mula jumpa, aku sayang kemain. Beli ais krim itu ini. Masuk minggu kedua, BERBUNYI lah riuh rendah kat rumah kampung tu..
he he he..

GPI SKSV,
'Oman' tu nama gelaran baru untuk masuk dalam blog..nak boh nama 'Batur'..macam 'batuk' pula...
Nak boh nama 'hibah' macam baik sangat..so ambik nama ujung..
keh keh keh..

Tak jadi 'hafiz' tak pe..asuh anak jadi 'hafiz'.Bersungguh la sikit..Boleh aiiihhhh.

GPI said...

Tgh tggu komen dr abg Oman... bila la dia nak mai jengok blog ashley ni..

ASH said...

GPI SKSV,
Kalau dia jengah pun, mahu pening baca aku punya blog...

Where got time la brader..