Saturday, February 28, 2009

Betul telahan suamiku..

Salam,

Bila pengumuman TOL untuk 5 lebuhraya akan dinaikkan 1 March, aku pun sembang sembang le dengan suami aku.

"Amboi..dalam tengah ramai orang dok kena buang kerja ni bang, rajin pula deme ni nak naikkan tol. Tak mikir orang ramai ke. Dah le perjanjian tol tu berat sebelah," aku kata kat suami.

Suami aku jawab,"Tengok le..kadang politik trick jer tu.."

Aku garu garu kepala,"Apasal pulak tricknye?"

"Tengok je le nanti," sambung suami aku.

Bila suami aku kata mcam tu, otak aku pun berputar memikir. Iya tak ye jugak..TAKKAN lah BODOH sangat si AYUTNATLA nak naikkan TOL sebelum PILIHANRAYA kecil di tiga BUKIT. Itu namanya menjerut leher sendiri.
Lepas tu sebaik sahaja mengumum kenaikan tol 1 March itu dibuat, aku tengok berita pada malamnya..

Ha ha ha..habis SEGALA pak MENTERI mencacai dan menentang kenaikan TOL itu.
EH! EH! sejak bila PAK PAK MENTERI ni BERANI jadi PEMBELA RAKYAT dan PENENTANG DECISION MAKER??!!
ha ha ha..Macam kelakar pula la..

Hari tu yang MINYAK naik berkoyan koyan rega tu, tak dak siapa pun nak TOLONG MENJERIT minta diturunkan melainkan pihak pembangkang.
PULAK tu ketika pembangkang menjerit di merata tempat, HABIS PULA disembur dengan GAS pemedih MATA..di perembat dengan cotar..dikejar tak cukup tanah nak lari..

Tup tup kali ni pak Menteri pun dengan rasa berdukacitanya merasa PENDERITAAN rakyat...
HA HA HA..aku rasa nak TERGELAK BESAR!
lawak lawak lawak..
Memang pak Menteri ni pandai buat lawak!

Maka BERMUSYUARAT lah segenap memikirkan apakah patut atau tidak dinaikkan TOL!!

oh..tetiba TAK JADI la pulak....
Dan BERSORAK SORAI lah kita si RAKYAT kerana SEMEMANG PAK MENTERI BENAAAAAR BENAAAARR JUJUR keperihatinannya!!

YE KE TU???..apasal aku macam was was jer..ha ha ha

(Hmmmm....sebelum ni depa mesorat gak tapi kenapa tak boleh buat the same decision? dan bila pengumuman pasal TOL tu naik , apa jadi kat saham syarikat syarikat lebuhraya? SIAPA yang UNTUNG?? .....)

6 comments:

Brahim Nyior said...

Dalam politik Kak, macam-macam..

Ari ni, cakap lain, esok cakap lain.

Kata arwah ayah saya, cakap orang politik ni kalu bercakap, petang dah takleh pegang cakap pagi tu..

Dengan kata lain, banyak belitnya. hehehe..

MAKLUMAN: Tol tersebut bukan dibatalkan, tapi ditangguh..

..diulang, DITANGGUH..

..diulang, DITANGGUH...

Paham-paham je lah..

Hamirdin b Ithnin said...

Nak tanya sikit:sidang tergempar DUN Perak yang dipanggil speaker tu agak agak jadi ke dak?

DAMAI said...

salam singgah...

suka baca entri2 di sini...simple tapi menarik ^^

ibundo said...

wahai rakyat jelata, pandai-pandai le buat pertimbangan.

Muhajirah said...

salam acik ashley! (glamer nama :P)

tekejut saya dpt hw tag. hehehe. nnt2 sy buat ye! aah, artikel ni best, simple aje tapi menarik ;) and oh btw, lawa gambaq baru laut tu sangat cantikkkkk subhanaLlah!

ASH said...

Brahimnyok,
akak ni hanyalah orang pompuan yang agak lama terperap dalam rumah...
tak rajin nak lepak kedai kopi sembang pasal politik..
susah gak nak faham situasi politik sekarang ni..
dan akak hanya sekadar memikir sikit sikit jer..
diulangi..SIKIT JER..
sekali lagi ulang..SIKIT JER..

Dr,
saya ni tengah pikir..lama juga memikir ni..
sekarang ni rasanya apa apa hal tentang politik, yang jadi HAKIM PENENTU macam sorang je dahhh..
(jawapan tak de kena mengena ngan soalan doc)
eh eh..dah macam biasa kulihat jer..apakah ada tangan tangan KEDUT yang menari di belakang tabir?
Yang memegang puppet ini supaya menjalankan sekali lagi STAIL PEMERINTAHAAN KUKU BESI?
Aku seperti terasa BAHANG nya..

Damai,
seperti yang acik kata..
Blog ini Hanya Persinggahan..
Hidup ini begitu sementara..
Jadi simple itu menggambarkan tuannya..
smile..
and thank you sebab singgah.

Kakpah..
ye saya juga berseru mende yang sama..fikir tuan tuan..apa nombor kereta ini?..eh datang mana pulak le teka teki si NIZAM ni..he he he

Muhajirah..
Glemer lagi NAMA SEBENAR acik tau!
Gambar tu diambil kat Pantai Balok tempohari..
terima kasih. Nah sekupang. Pi beli cekelat..
smile...