Mula mula ingat nak coret coret pasal dua ahli PKR di negeri Perak yang dikatakan meletakkan jawatan ADUN tu tapi aaahh..leceh lah. For sure, ramai yang lebih arif akan mengutarakan itu ini....begitu begini....
Kemudian aku teringat gambar snap snap snap yang aku ambil pagi tadi di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi ini...dan aku nak tulis cerita bola ni walaupun sebenarnya aku tak berapa layak menulisnya..
he he he..(sibuk norr la)
Aku tak berapa minat sukan ni sebenarnya...Kurang mengambil tahu..Jarang jarang menonton melainkan sekali sekala sahaja...Itupun sekadar nak jadi peneman 'sara rumah tangga' yang tercinta itu.
Di rumah ini, yang rajin mengikuti perkembangan bola sepak terutamanya Liga Inggeris ialah siapa lagi kalau bukan yang disayangi 'sara rumahtangga' itulah.
Pun begitu selalunya kalau menonton siaran bola sepak Liga Inggeris ini , 'sara rumah tangga' aku yang dikasihi itu tidaklah keseorangan kerana ada seorang anakanda aku yang agak menunjukkan minat dalam sukan ini. Oh ye, bukannya si Muhammad yang baru berusia 3 tahun itu tetapi kekandanya yang sedang berada di dalam tingkatan empat sekarang!
ha ha ha..( oh ye..'sara rumah tangga' aku ni juga rajin pergi stadium bersama 'adik yang ingin kusekeh' tempohari tu kiranya PERAK kejor yeop kejor masuk final dalam apa apa pelawanan sekali pun...dengan memakai jersi PERAK..wahhh..)
Pagi tadi setelah selesai, walking walking...oh ye nak jonnggingg jonngging agak malas sebab tak pakai kasut sukan..(errr... anakanda aku yang meminjam kasut sukan aku waktu 'road runner' sekolah tempohari tak reti nak membasuh kasut umminya semula!) Jadi dengan bersandal, aku berdating dating dengan 'sara rumah tangga' sambil menyenap nyenap gambar seawal 7:30 pagi tadi. Gambar gambar sewaktu suram suram sebelum matahari betul betul terbit tu aku reservekan dulu....sebabnya aku nak cerita pasal gambar gambar yang aku post di entry ini.
Setelah selesai memusing sekali dua di taman ini maka suami aku pun ajak menyinggah melihat beberapa pasukan kecil yang comel comel sedang memulakan sessi latihan sukan.
Setelah menegur sapa seorang bapa, suami aku bertanya siapakah kanak kanak kecil yang comel comel menyarung jersi bola pelbagai warna itu.
Rupa rupanya mereka adalah anak anak penduduk sekitar BBBangi berumur antara 7-12 tahun yang telah berjaya menyahut seruan persatuan IBUBAPA dan Guru Guru Sek Keb Jalan 7 untuk menubuhkan pasukan bola mereka sendiri dan akan berentap dalam Liga mereka sendiri. (nama Liga aku tak tau sebab segan gak nak sesibuk menyampuk cakap 'sara rumah tangga' dan kenalan barunya itu..). Aku lantas menegur ramah isterinya yang sedang duduk duduk di tikar.
Kenalan 'tanpa diketahui' nama itu tinggal di Seksyen 4, mempunyai 5 orang anak. 3 yang pertama adalah lelaki. Kata si bapa, anak mereka ternampak iklan tentang liga JUNIOR itu tahun lalu lantas merayu kepada mereka untuk turut serta. Tahun lepas yuran penyertaan ialah RM150 dan penyertaan tidak seramai tahun ini. Tahun ini yurannya ialah RM180 dan pasukan dalam liga ini telah meningkat penyertaannya atas daya usaha seorang bapa di SKJ7. Beliaulah yang mencetuskan idea LIGA Junior memandangkan kanak kanak terutamanya di kawasan bandar semakin kurang berminat berada di padang dan bermain bola.
Ini adalah antara punca mutu bola sepak kita semakin merosot. Kita tidak dapat mencungkil bakat bakat yang sepatutnya dicambah dan dikenalpasti sejak kecil.
Anak anak di bandar sekarang sering disibukkan dengan TV, komputer, PS dan indoor games hinggakan terperap dan jarang sekali mahu keluar bermain dan berpeluh seperti anak anak zaman dahulu.
(dulu cerita kartun lebih kurang 20 minit jer. Itu pun pukul 5 petang. Habis cerita kartun petang petang tu..tak tengok TV dah..MELONCAT ghaib bertandang rumah kawan..Main teng teng..Main aci kejar..Main konda kondi..tak sedar diri sampai dekat Maghrib!)
Jadi aku harap usaha seperti ini disambut baik oleh warga BBBANGI. Siapa yang ada anak lelaki, dok sekitar Bangi tak kira apa seksyen sekali pun..boleh joint. Best tengok depa berlatih..err..setakat ni dilatih oleh geng geng bapa yang turut sama kena KELUAG PELUH every weekend. Kalau nak joint anak kena 7-12 tahun. Kut tak boleh tahun ni, joint le tahun depan.
SELAMAT BERMAIN!!
# nak tengok depa berentap..nak kena tanya jadual perlawanan dan stadium mana..he he he..
10 comments:
Kak, bola ni memang sejagat, bukan lelaki jer minat. Pompuan pun minat jugak.
Saya ikut jugak perkembangan bola Perak, tapi pada saya, EPL lebih menarik. Of course, pasukan kesayangan tentulah Man U. Sejak sekolah menengah lagi, itulah pasukan saya.
Malam ni, Liverpool beats Chelsea 2-0, dua dua saya tak sokong,mmm.. sebab kedua-duanya saingan Man U, tapi Liverpool menang, ruang Man U lebih baik.
hehehehehehehehehehe
kakpah selalu gak tengok bola ni. Selalu tak maknanya suka kan. Saja nemankan orang sebelah. Kenal jugaklah nama-nama pemain MU tu.
Brahimnyok,
Dulu waktu Eric Cantona main, akak suka juga ambik tahu..Sekarang ni apasal nak berapa..Mungkin tak kenal pemain muda kut melainkan si Ronaldo tu.
(pssstt..Pemain Perak yang dulu nama Nizam Azhar Yusof tu sedara tu)
Kak pah,
Saya kurang minat nak tonton bola sepak luar negara ni melainkan kalau masa World Cup.Diorang main memang bagus cuma saya dah semakin tak kenal pemainnya sebab tak mengikuti dah. Yang dalam negara ni, kalau depa main bagus, saya semangat juga nak nonton..malangnya..malangnya..menghampakan!
Perak 2009 dibarisi oleh pemain kurang ternama...
setelah semua pemain sebelum ini lari ke negeri lain gara2 tidak dibayar gaji oleh PAFA. Itu semua mainan politik antara pengurusan lama dan baru..
Tak ape.. pesan kat 'sara rmhtgga'.. ada rezeki jom pi tengok Seladang Junior lawan..
salam kak..
saya ida nak reply pertanyaan akak mengenai baju muslimah..
saya hanya orang tengah yg letakkan gambo tu..sajer nak bagi orang muslim senang cari barangan muslim..
saya beli 159 (tapi tu saiz dewasa yg XXL). untuk kanak2 ada gak masa saya beli aritu.. harga mesti murah lagi kot.. apa2 akak bleh contact Asfa (penjualnya).. akak dok mana yer?
Asfa Zuhairen binti Hassan
D' Safa Distributor
Shah Alam Selangor.
Mobile : +6017 319 9479
Home : +6035 519 9479
Any questions? Just email me at:
i.swimsuit@gmail.com
GPI SKSV,
'Sara rumah tangga'ku memberitahu kiranya tahu bila, di mana dan lawannya siapa..just call.Dia on, insyaAllah.
Ida,
Thank you for the info.
uishhhh ni kalu anak saya tau ni... sakan la dia dok perosah ayah dia suh register kan dirinya.. hmmmm kalo time cuti, sanggup bangun kul 4.30am nak tgk MU lawan.. adoyaiiii baru darjah 4 tu :D
Perantausepi1306,
Try pergi ke Taman tasik Cempaka setiap Ahad around 8.00 am. Anak anak ni berlatih kat sana. Perlawanan mungkin buat kat padang sekolah SKJ7. Last week adalah latihan pertama musim ini...kalau minat boleh risik tengok. Anak saya semua pompuan melainkan seorang jer..so takleh joint!(yang menariknya ada anak MEXICAN yang turut sama tau!!)
menarik..camna buleh terlepas n3 nih...
nak pi round round la pagi ahad nih..he he he
Kut nampak makcik dan pokcik yang lengkang kangkung berat jer nak berjongggingg tu..tegur tegur le ye..nak nak makcik rajin pulok nok menyenap nyenap gambor..
kalau silap orang..nasib la kan..ha ha ha.
Post a Comment