Monday, February 23, 2009

4 jenis masakan.

Lokasi rumah sewa ialah di hadapan Stadium'lama' Chicago White Sox (sukan baseball)
(waktu aku nak balik Malaysia, depa nak runtuhkan Stadium ni..so tak sempat tengok stadium baru)
Tinggal bersama kawan kawanku,Lin,Sha dan Adik.
Salam,

Saja nak cerita sikit waktu kat US dulu. Masa mula mula menyewa di W33rd Street, Chicago, Illinois.

Waktu tu aku tinggal bersama sama dengan tiga orang kawan lain yang sebaya. Seorang dari Selangor. Sorang dari Melaka. Seorang lagi pula budak dari Johor.
Aku pula..mana lagi kalau bukan dari Perak. Kami semua ni sudah kenal di antara satu sama lain semenjak dari Malaysia lagi sebab sama sama dalam program MUCIA-KPP/ITM first batch.

Yang menariknya keempat empat kami ni idak le gheti sangat masak. Tambahan pula dah dok merantau ni. Waktu kat Malaysia, sonang je. Makan pergi cafeteria atau kedai atau beli je kat pakcik makcik yang jual depan hostel kami tu...Tak main le nak rajin rajin masak.

Kat kampung pun, sudah memang terkenal, aku idak le handal memasak. Kalau aku masak pun setakat masak tumis tumis pedas jer. Macam sambil tumis ikan, sambal tumis ikan bilis, sambal udang..sebab itu antara makanan kegemaran aku. Tak pun aku buat sup jer sebab sup memang senang nak buat. Kalau nak menggulai ke, apake, mak aku yang masak.

Ayah aku cerewet lah juga bab rasa kri ni. Maklum le, orang PENANG. Kalau aku masak kari CHEROI ( makna perkataan cari sendiri), nanti dia KOMPLEN pedih telinga. So waktu aku anak dara, memang aku tak rajin la nak masak kari..Tapi bukannya aku tak reti nak buat..Tahu sebab dok tengok mak buat selalu. Cuma tak mau buat pasai tak mau kena komplen.

Lagipun kalau kat kampung nak mengKARI ni lceh sikit. Mula mula kena kupas NYOK. Pastu kena KUKOG NYOK. Pastu kena PERAH santan...STEP STEP tu memang meletihkan...Aku selalunya ambik bab KUKOG NYOK ja..Bab kupas NYOK ngan PERAH santan aku malas. Sayang kulit tangan...he he he. Mak aku kalau kupas NYOK sekali kupas 10 biji. Aku nak kupas sebijik pun, terkial kial...ha ha ha.

Okay..( tinggai bab kupas nyok tu)

Bila pi USA..he he he ke empat empat anak dara yang TAK BERAPA nak RETI masak ni dapat satu akai!
Kami bergilir gilir masak. Ikut hari.
1) Kawan aku yang PAKAR masak DENDENG akan masak ituuuuuu jer bila sampai gilirannya.
2) Kawan aku yang dari Melaka cum negeri 9 ni pula akan masak LOMAK CILI PADI jer.
3)Kawan aku yang dari JOHOR suka bebenor la masak asam PODAS.
4)Manakala aku yang separuh PENANG ini masak KAAAAARI ce kari, nasi kandar papadom!

So..masing masing tak suspen dah dengan masakan masing masing. Kalau aku yang masak, orang lain tak payah tanya lah..ERRR masak apa hari ni? ha ha jawapannya mesti kari!!
Kalau kawan aku yang Jawo Selangor tu masak pula, jangan tanya la..Jawapannya mesti dendeng! Begitu lah bagi yang Melaka dan Johor tu!

kemudian seteah agak lama, masing masing dah jemu masak mende yang sama maka kami pun cuba bertukar tukar masakan. Aku masak lomak. Kawan aku pula masak kari. Orang lain pula masak dendeng dan asam podas. Memang la kureeeeng sikit tapi dari situ kami belajar masak. Tapi SOBONARNYA aku masih jug tak pandai pandai lagi nak masak ASAM PODAIH ni.

Kawan aku pun asyik komplen jer kalau aku masak..
Bila dia komplen, aku kata..E nanti engkau masak je lah asam podaih. Aku makan....he he he...
Sebab tu lah sampai sekarang aku masih BLURRR nak masak ASAM PODAIH ni...
Jangan marah..

Habis cerita..

10 comments:

DrSam said...

kalau campur keempat-empat menu tu sure jadi menarik resipi tu :)

kalau makan kari, tak berpeluh kepala tak sah.

ASH said...

Dr Sam,
kari saya tak la sepedas masak lomak cili padi kawan yang dari Melaka tu..
Ternganga dibuatnya..
Berdengung sampai ke telinga...
kemudian dia terpaksa kurangkan pedas so that kawan dia yang tak tahan cili padi ni boleh jamah masakannya.

Nizam.Ariff said...

Isteri yang kusayangi org Melaka piaw... assam pedas melaka dgn ikan parang juga piaw! tangkap leleh kuah dia baru best, jilat dari pangkal siku ... hahaha

ASH said...

Nizam..
ha ha ha.
memang sedap ikan parang masak asam podaih!
aku tukang makan jer..
jangan suruh aku masak!

ibundo said...

aku dulu tak pandai masak. masak kari jadi asam pedas haha...pecaye ke..

ASH said...

Saya mungkin percaya sebab saya terkenangkan kisah kak Pah goreng daging sejibik macam saya goreng tu...ha ha ha

NJ@Goboklama said...

salam balas,nanti NJ post resipi step by step masak asam pedas ek? ;)

ASH said...

Nj,
Boleh ajer..Tapi kalau saya buat, saya yang makan..kira sedap belaka..he he

PerantauSepi1306 said...

asam podai sonang by 2.. nak resepi 3 minit masak asam pedas.. meh email kat ai.. hehehehe

btw, best nye dapat merasa dok di perantauan kan..

hehehehe CHEROI a.k.a nipis.. santan kurang / ayaq banyak ;p

ASH said...

perantausepi,
nak kata best sangat tu tak la..ada suka ada duka..ada susah ada senang..more or less macam hidup kat sini juga sebonarnya..

CHEROI? he he he..BETUI la tu..