Salam..
Kisah dua orang rakan kamcheng. Dua dua kelas aku. Dua dua bagi poning kepala aku. Yang satu ni dah masuk lamooo dah. Yang satu lagi pulak baru masuk hari tu...Dari center. Kat center katanya menangis tak nak duduk..kerana ditinggalkan kawan. Bila kat Perdana ni nampak gayanya hepi kemain lagi...Wah tak dok diam juga. Kasi jege mato putih berpusing pun, selamber dek jer.
Rakan baiknya kepala dah diDOGOLkan oleh bapanyo. Bila ditanyo..apasal kepala kau dogol Jang..
"Saya main gunting kat rumah..Rambut dah tompok sana sini..."
...nasib baik kat rumah. Bukan kat sekolah rambut kau bertompok. Kalau tidak poning kepaler aku pulak nak menjawab. Ha ha ha..
Yang dogol kepalanya tu sikit hari ni asyik bersongkok aje ke sekolah. Hensem juga la..Kiut pun ada sebab badan nye kecil cili padi.
Hari ini pepagi lagi dua rakan karib ini sudah ada di sekolah waktu aku sampai. Mereka memang geng awal..Tetapi time kami semua sudah mula berhimpun kedua duanya hendak masuk toilet. Entah betul entah tidak dua dua nak 'UH UH'..
Sebonanrnya nak pergi 'sungai kecil' jerr..Kedua duanya pergi serentak. Aku kata cepat sikit la..Orang dah nak berhimpun. Mereka ke tandas di bawah. Dua dua nak masuk sesama..
HISSSHH aku kata! Sorang sorang la..
Dah aku suruh budak berhimpun, cikgu seorang tengok dua dua pakai seluar. Masing masing nak cepat...
Bila naik kelas, aku kata pada yang dah DIDOGOLkan kepalanya.
"Futan..angkat sikit seluar awak tu. Melondeh ajer..".Dia angkat.
Bila dah habis mengajar dan tunjuk cara bentukkan huruf Jim, aku perasan seluarnya terlondeh lagi. Kaki seluarnya dah labuh dan terkapar menjadi seperti seekor singa laut jer.
'Futan, Come here. Cikgu nak betulkan seluar awak."
'TU BUKAN SELUAR FUTAN LE CIKGU!!" kata sorang murid.
"Ye ker?"..mana le aku tahu itu bukan seluarnya.
"Mikey pakai seluar Futan. Futan pakai seluar Mikey"
ha ha ha..
aiseh man..Mana la aku perasan seluar Mikey dah singkat.
Padan la seluar Futan labuh meleret macam kaki singa laut jer..
terkapar kapar...
Lain kali jangan le nak masuk TOILET pun nak KAMCHENG sangat!
smile...
3 comments:
hehehe aku tersengih ni sebab teringat ada satu budak lelaki datang sekolah pakai seluar perempuan. Seluar lelaki dan seluar perempuan kan lain. Tak tau le cikgu mana yang dah terjual uniform salah seluar...
Aku sampai sekarang ni tak pernah gunting rambut aku kat kedai gunting. Tak pernah bayar org sebab gunting rambut aku kecuali sekali masa kat daftar Matrikulasi, pendaftar tu cas rambut panjang. Sampai sekarang ni aku gunting rambut sendiri. Kdg-kdg kawan guntingkan. Dah kawen, gunting sendiri tapi isteri gunting yg belakang. Jimat!
kak Pah,
Tapi kira seluar tu stail nye saja yang nampak cam lain. Warna tak de beza. kalau budak lelaki pakai seluarnya pun tak le nampak cam pakai seluar pompuan. Bukannya dia pakai skirt.
Nizam,
ERRR..kalau dogolkan rambut lagi bagus. Jimat SYAMPU!!
Post a Comment