Salam,
Ingat kut aku nak pergi 'jalan makan angin' dah kat mana mana..Bukan jalan jalan physically. Yang itu aku dah pergi Kuantan dah tempohari. Letih dah aku ni..Takkanlah baik sangat si Dia tu hari hari nak berjalan jalan. Bila nak bekerjanya? CARI ONGKOS? Tambah tambahan pula sekolah nak buka ni. Duit?? ai cek mak…lajuuuu le sangat keluarnya..( sebenarnya aku 'terpaksa tak jadi' nak beredar dari blog kesayangan hamba ni sebab…sesangat sayangnya aku pada kengkawan)
Oh ye sebut pasl yuran..aduhai..
Tahfiz 3 orang sekolah rendah pun dah RM 704.50. Mujur le untuk 3 orang sahaja..
KATANYA sekolah rendah ngan sekolah menengah TAHUN ini tak de YURAN?? Ye kerr…macam tak percaya juga telinga aku ni mendengornya..Tapi tunggu le buka sekolah ni. Memandangkan si Huda yang comel tu masuk Aulad juga maka sebagai ibu yang bekerja di situ dapat le staff rate..KUSS semangat!! He! He! Kali ni aku nak tengok si Huda tu rajin ke tidak macam kakaknya Raudhah.
Oh ye..Sebut pasal si Huda, rasa macam ada KARMA pula si Cklah. Hari tu syok syok jer aku menggelakkannya bila dia cerita pasai bibir dia yang telah di'BOTOX'kan oleh sang cermin menjadi secantik dan selawa bini Brad Pitt…
KUI! Kui! Kui!
Aku tergelak gelak di depan computer hinggakan suami aku pun berkerut kerut memandang isterinya yang terkekek kekek.
Buang terbiat?? Eh takk..suami aku tak seburuk itu menyangka yang bukan bukan. Malah dia pun tergelak bersama bila aku bacakan kisah bibir Cklah yang di'botox'kan itu!
Oleh kerana seronok sangat dengan cerita Cklah gamaknya, semalam si Huda yang comel itu telah menyebabkan aku kerisauan. Dia pegang calendar baru 2009..Bahaya calendar ni ialah besi penyangkut kertasnya itu yang cukup tajam. Setajam pisau aku kat dapur tuuu..maka dihirisnya hujung jari telunjuk si Huda lalu menangis nangislah anak aku tu dengan darah di jari. Darah itu pula sukar nak berhenti sebab dia meronta ronta..
….nama pun budaakk..jenuh pulak aku merawat sambil memujuknya.
Orang jarang sakit..tu la pasal!
Hmm nampak gayanya buka sekolah Isnin ni, Huda akan ke sekolah dengan jari telunjuk yang masih berbalut!
Sekian…
Oh ye…
Regards,
Ashley Patterson
( yang fasih berbahasa MELAYU tu )
5 comments:
Salam
Itu dipanggil near miss incident, boleh melarat jadi accident.
Mcmanapun Slmt berblog dgn rumah baru. Ada bintang berkelipan lagi. Siap sambut Raya Cina ke?
Lukman
Salam,
Dearest Lukman..
This background is not permanent.
Poning juga kepala den nengoknya..
Saja nak try, test, tengok jer.
..and I am not as glamourous as the starry background.It it just not me. So nak kena tukar le..
salam, ashley!
tak yah tukar kak..biar berpinau teman nengok..ha ha ha.
betul..yuran takyah bayar sehingga bulan 6 ja...sekolah tak dibenar kutip..
Cikgooden,
thank you for the information. I really appreciate it...bernafas le sikit poket suami tercinta tu.
hah! dah tukag sikit warna kat rumah ni...sikit jer.tak tahan kelip kelipan bintang tuu..letih mata den ni hah!
Selamat bertarung dengan budak-budak besok pagi.
Post a Comment