Wednesday, January 14, 2009

Ke Petrosains KLCC

Salam,
Pada hari Sabtu lepas, suami, aku dan 4 orang anakku yang masih bersekolah dibawa ke Petrosains KLCC. Rahmah, anakku yang berada di dalam Tahun 4 beiya iya benar mengajak aku pada musim cuti sekolah yang lalu. Suamiku malas nak membawanya pada musim cuti sekolah kerana selalunya musim cuti sekolah, tempat yang kami ingin kunjungi ini terlalu sesak.
Mula mula kami ke TOY R Us dulu... Saja round round melihat permainan berjenama yang mahal mahal ini. Aku melihat lihat kalau kalau ada educational toys yang sesuai untuk kelasku..Errr..mahe..duit pulak tak keluarkan lagi.
Hmm.. tak de apa yang mahu ku beli selain pistol air yang Muhammad mahukan..
Sempat pulak mengambil gambar KLCC dari LEGO
dan
waaahh..STAR WARS!!..
( itu anakku punya expression!!..aku cool jer..biase lah bebudak)



Lepas tu kami semua masuk ke Petrosains. Sebenarnya ini dah kali ke tiga aku ke sini. Dah tak thrill sangat la..lainlah kalau anak aku si Rahmah dan si Raudhah. Kami sengaja tak bawa mereka berdua lagi..Al maklum anak ramai...kenalah gilir gilir!! (mak ngan ayah yang tak perlu gilir gilir.)
Ada wayang kulit lah!!



Sempat juga nangkap nangkap gambar atas trak lori yang tak berjalan ni!! Ni Husna dan Zainab..
yang dah kali ke dua ke sini.


Maknya yang tak mahu melepaskan peluang untuk menjadi kanak kanak semula....Apa ke tidaknya.. NUMPANG SAMA CEDUK PASIR TANAH GUNA BULLDOZER TAK GERAK TU..
Zaman aku tak de KLCC..Kome jangan mengater ngater...yek!!
PAKAI BAJU KURUNG TAU!!
NGOREK PASHIORRR!!







Posing jangan tak posing...sampai penat aku nangkap nangkap gambar..Ini hanya sebahagian saja.





Highlight of the day ialah kunjungan ke tempat pameran Dinosour. Tempat ni memang aku tak pergi lagi...At least ada benda baru. Kalau tidak boring jugak. Letih dah nengok barang barang sains tu buat kali ke tiga nya. Orang lain mungkin dah sampai ke pameran ni. Tapi aku belum..Lambat pun tak per. Asalkan tak berpusu pusu cium bau ketiak busuk orang. Aku suka nengok dalam tenang tenang walaupun dah agak ketinggalan...He he he..





Best gak tengok dinosour tipu tipu ni...Kalau ada MUHAMMAD mesti teruja!!












8 comments:

5 'so' bersaudara... said...

wahh.. best nya mak ngah.. naik mainan org kecil..

kakak pun nak pegi.. kenapa tak ajak.. boleh kakak main dengan raudhah, huda dan muhammad..

Lain kali ajak tau!

-sobihah-

ASH said...

Salam..
Ala kakak Sobihah ada keta Nissan baru tu..Suruh abah isi minyak.Tup tup sampai je kat Petrosains tuu. Oh ye..
Huda, Muhammad tak pergi lagi tau. Nanti beso sikit baru boleh bawak... Ni sains sains ni budak kecik pening lalat lagi. Belajo kat sekolah dulu lah yer..

Pandai sobihah berblog yer..

arsaili said...

salam...aihhh mengalahkan budak2 plak..ahahahah ...kiranya nak menebus balik la ye zaman yg hilang..ahahah

ASH said...

Arsaili,
Tak baik tau gelakkan akak..
Eh zaman akak lagi best tau! tak payah guna bulldozer bulldozer ni..
Korek guna sepuluh jari jer..
Pastu buncit kecacingan..
( sejibik macam Cklah)

BurungBelatuk said...

Mak budak mana plak kat superdig tuh...xpatah ke,kih3...sure hapening p sana kan...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

ASH said...

Ala..mak budak tu cute jer..Orang tak perasan.

DrSam said...

salam,

seronok kalau outing bersama keluarga dan tersayang. aktiviti sihat gitu.

ASH said...

dan lebih seronok lagi kalau si Dia yang belanjakan semuaaaa..
(he he he)