Salam..
Kiranya kita melihat seseorang yang berkereta besar, berumah besar, berbelanja besar, apakah yang terlintas di hati kita?
'Eleehh..kereta hutang bank. Rumah tak cantik pun..tepi bukit, tah ke tak tahan lama..runtuh baru tahu!..Belanja jer besar tapi pakai kredit kad...Hutang bertimbun!'
Kenapa itu yang terlintas di hati?
Tidakkah itu menunjukkan tanda sesuatu yang sakit.
Tidakkah boleh kita bersangka baik?
' Cantik kereta si polan..Untung untung boleh ditumpangkan aku suatu hari nanti. Bagus lah..senang dia pergi kerja, tak susah susah rosak tengah jalan. Kan bagus berkereta baru. Cantik dipandang, selesa pulak tu..InsyaAllah, kalau diberi rezeki aku pun akan sepertinya nanti'
'Besar rumah tu..moga moga penghuninya pun selesa dan dirahmati Allah sepertimana cantik dan besar rumah itu'
'Murah rezeki orang ni. Moga moga rezeki aku pun Allah akan kurniakan semurah dan seberkah seperti si polan ini..'
Dan kalau kawan kita diberi bonus lebih, dinaikkan gaji lebih, tak boleh ke kita redha mana yang kita dah dapat?
...............bukankah rezeki ini Allah yang berikan?
Adakalanya kita dapat rezeki yang tak disangka sangka..
Adakalanya kita dapat rezeki yang memang kita boleh jangka..
Adakalanya kita dapat rezeki yang memang kita harap harapkan..
Dulu sewaktu aku di Chicago, waktu mula mula kahwin, puas suami aku mencari kerja.
(setelah graduate dan berpindah dari Boston ke Chicago).
Waktu tu, aku masih lagi meneruskan pengajianku sedangkan suamiku telah tamat pengajiannya. Beratus ratus resume yang dihantarnya kepada pelbagai syarikat dan jawatan tetapi panggilan temuduga hanya dua kali. Itu pun mengecewakan..
Sewaktu dia di Boston, dia telah mempunyai pekerjaan yang bergaji sekira kiranya okay buat yang foreigner dan fresh graduate macam suami aku tu. Tetapi oleh kerana dia lebih suka tinggal di Chicago untuk bersama sama denganku sebagai pasangan suami isteri maka pekerjaannya di Boston itu dilepaskan.
Apabila di Chicago, wang biasiswa aku serta wang simpanannya ( yang diperolehi sewaktu bekerja musim panas) itulah yang digunakan untuk menampung keperluan kami suami isteri. Apalah sangat duit biasiswa aku yang US450 itu..Sewa studio apartment sahaja dah menelan belanja US375 sebulan..lebihannya adalah untuk belanja groceri. Mujurlah segala bill eletrik dan gas telah termasuk dalam sewaan apartment itu. Kami berjimat cermat dalam pengunaan telefon. Hanya panggilan yang benar benar perlu sahaja yang boleh dibuat.
Tapi aku tak mengeluh..Cuma kadang kala timbul resah di hatiku melihat suami yang sentiasa meninjau ninjau iklan kalau kalau ada kerja yang layak buatnya. Perasaan bimbang membuatkan suami ingin kembali ke Malaysia setelah hampir 6 bulan di Chicago.
Apa aku nak kata..
Sebelum dia kembali, dia telah mengirimkan resumenya kepada ayahandanya di Alor Star. Dia meminta tolong ayahnya menghantarkan resume kepada mana mana syarikat yang perlukan pekerja.
Ironinya..
sebaik sahaja kaki suamiku menjejak di bumi Malaysia, ayahanda suamiku memberitahu bahawa Tan Chong Motor telah sudi mengambil suamiku bekerja di kilang mereka sebagai Personnel Officer.
Hah!! REZEKI..Alhamdulillah..
Kini setelah 19 tahun berumahtangga, Alhamdulillah rezeki di rumah ini baik. Sesungguhnya rezeki ini adalah kurniaan Allah. Ia milik Allah. Kita hanya diberi amanah untuk menjaganya..
Jadi kenapa perlu irihati kalau melihat orang lain diberi rezeki yang lebih dari kita??
Apakah terjaga segala amanah yang telah diberi ini??
TIDAK PUAS LAGIKAH KITA??

4 comments:
salam ahsley...memang semua tu dah di takdirkan oleh allah swt...dulu akak pun tak merasa nak makan yang sedap-sedap...nak buat kek dari cheese cream pun tak mampu..gaji hb seciput...cukup setakat membayar duit sewa rumah dan makan kami berlima..kenapa berlima..sebab menanggung adik ipar...
baru nilah dapat merasa tu semua...
Orang yang berpenyakit mental ni banyak kategori. Yang layak masuk tanjung rambutan tu memang dah sahlah mentalnya sakit. Yang kadang-kadang kita tak nampak ni mereka yang punya hati hasad dengki tak boleh tengok orang lain senang sikit.
Diorang macam ni ada yang berani main bomoh. Eee... takut aku. Aku pun baru sekarang la dapat rasa senang. Dulu masa anak-anak aku kecik-kecik, husbnd kutip orang yang pergi keje kat KL. Guna van yang ada tu la. Sekarang van tu dah guna pegi pasar dan hantar barang daycare je. Alhamdulillah atas pemberianNya.
ckLah beli kereta bayar cash ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kereta sorong baby ckLah!!!
kak ina,
alhamdulillah..ada masa kita susah, ada masa dipermudah..
Kakpah,
berakit rakit ke hulu,
berenang renang ke tepian..
sambung sambung sambung...
Cklah,
Aku beli cash jer rumah..
.
.
.
.
.
.
...
.....
......rumah ikan!
oooo telah masuk solat subuh bagi kawasan Bangi dan sewaktu dengannya..Chow.
Post a Comment