Monday, January 26, 2009

Kehidupan di celah kota..

Salam..

Kuala Lumpur ini dipenuhi pelbagai kehidupan.
Ada yang hidup senang lenang. Mewah. Dengan rumah besar. Dengan kereta besar. Dengan ISTERI yang berjumlah besar..walaupun isterinya tak le berbadan besar...

Ada pula yang hidup sederhana cukup untuk menjalani kehidupan hari demi hari.

Di celah celah kota raya yang BESAR ini juga ada yang terpaksa berhimpit himpit dalam rumah yang serba sederhana..

..dan semalam aku menyaksikan betapa biarpun berada dalam keadaan yang serba kekurangan, kehidupan yang dijalani oleh satu keluarga ini tetap meriah..









Aku ke Jinjang.
Menghadiri satu lagi kenduri.
Anak sepupu suamiku pula..
Biarpun kawasan perumahan ini agak sempit dan tidak selesa kerana jalan di hadapan kawasan perumahan ini sekadar lebih kurang 8 kaki lebar sahaja namun kendurinya tetap meriah!!
Gambar di bawah ialah seorang pesilat NUSANTARA sedang mempersembahkan bunga silatnya kepada kedua mempelai.
Aku sebagai mamarrazi yang pendek dan tak bertauliah sekadar boleh mengambil gambar ini di celah celah ketiak orang yang lebih tinggi..
he he he..
ntah sapa punya tangan le nak nunjukkan jamnye masuk dalam gambar ni..
lantaknye le..
malas nak edit.
Pengantin tetap disandingkan di atas pelamin yang serba sederhana..
Selamat Pengantin Baru...
ERR nama pengantin ni tak tau la!
Sebab suami aku ni kenal abang pupunya jer..anaknye tak sempat nak kenal..
ha ha ha.
Tahniah Abang Zain..
menerima menantu pertama.
dan aku, suami serta keluarga bergegas balik memandangkan hari nak hujan dan kasi ruang untuk tetamu lain pula mengambil tempat..
HMMMMMMM....






No comments: