Tuesday, January 20, 2009

Satu image..

Salam,

Imej ini tidak jelas...
Imej ini adalah seorang insan..
Imej ini adalah datukku..sebelah ibu..
....terlalu sukar untuk aku mengenang kembali saat bersamanya

hanya dua perkara sahaja yang mungkin aku boleh imbasi.

1) Imej datukku memikul seguni durian sambil tangan memegang kakakku dan berkata " Anak kome JE A ni kena demam campak. Aku nak ngator nye balik"...( waktu itu aku dan kakak sekitar umur 4 dan 5 tahun)

2) Imej mak saudaraku Nor Azian berlari menangis mengiringi jenazah yang diusung ke kubur dalam tahun 1972 dan aku pula melihat di jendela tanpa ada emosi..

Al Fatihah untuk datukku, Almarhum Hj Ibrahim b Mohd Zin...seorang guru Al-Quran...


3 comments:

GPI said...

Al-Fatihah untuk Tok kita..

Fakta.. dikatakan berasal dari Kg. Selat Pulau..nearby Pasir Salak.. sebelum berhijrah le Pasir Kubu..

**
pagi td terima SMS dr Yong..
anak perempuan kepada abg Syam anak nyah Salleh.. meninggal dunia. penyakit.. meningococcal septicemia

The only girl they had...passed away..

ASH said...

Innalillahi wa inna ilahu rajiun..

Tok itu dipanggil oleh cucunya yang berdua ini sebagai APAK...meniru panggilan yang dibuat oleh mak mak sedara dan pak pak sedaranya yang lebih kurang sebaya tu..

DrSam said...

Alfatihah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman.

teringat arwah tok dan tokki yang sebetulnya amat sayang padaku, walaupun selalu dimarahi.