Saturday, January 17, 2009

Scanning..

Salam,
Aku tengah berkira kira melihat lihat, meninjau ninjau, mengenalpasti tingkah laku anak anak muridku yang 20 orang ini.

Aduhai..

Nampaknya kali ini anak muridku aktif aktif belaka. Bukan kategori slow and steady macam tahun lepas.

Bagi anak anak yang aktif ini, ada pro and kontra nya.

Yang bagusnya, kebanyakan anak anak yang aktif ini, otaknya selalu cergas.
Mudah faham. Mudah mengikut. Mudah mengenal dan menghafal dan mudah disuruh membuat kerja.
Yang kurang bagusnya ialah mereka juga mudah jemu dengan perkara yang diulang ulang. Membuatkan cikgu pula yang terkejar kejar mencari idea dan teknik baru untuk mengajar.

Bagi anak anak yang slow and steady pula, ada pro dan kon juga.

Yang slow and steady ni, perkara yang mudah mudah pun sukar dibuat sendiri. Memegang pensel mesti ditunjuk cara. Mewarna mesti ditunjuk warna apa. Nak warna bagaimana pun mesti ditunjukkan. Segala galanya memerlukan bimbingan hatta nak ke tandas pun perlu di tanya dan dibawa..kalau tidak, alamatnya banjirlah kelas.
Tetapi bagi yang slow and steady kategori ini, gurunya senang untuk kontrol anak anak sebab anak anak dengar kata dan duduk diam baik baik belaka. Hmmm....

Okay mari mengenal anak anak muridku dan dalam golongan manakah mereka ini..Aktif atau slow and steady?

1. Iwana - aktif, suka bercakap dan teruja untuk menjawab soalan cikgu. Suka ke depan walaupun adakalanya jawapan yang diberi salah..kerja yang disuruh cepat siap.

2. Dina - aktif bercakap dan menyanyi. Suka bercerita. Tetapi masih sukar untuk memegang pensel, menulis dan adakalanya terlalu dependant dan kurang self confident. Tidak mahu 'membuat salah' dalam kerjanya. ( bagi aku, it is okay for the children to make mistakes. It is part and parcel in learning process..Bukankah begitu? Kita semua buat kesalahan..RIGHT?) Selalu terpaksa dipujuk untuk membuat kerja dan sukar untuk menerima arahan guru.

3. Dhiya - pendiam tetapi jenis yang diam diam ubi. Memberi tumpuan ketika cikgu bercakap. Tumpu dalam membuat kerja. Response bagus. Mudah faham. Pelajar yang ada potensi untuk score.

4. Wani - pendiam, pemalu. kurang aktif. Memberi tumpuan pada guru tetapi masih terlalu takut untuk bergaul dengan teman temannya. Mempunyai bakat dalam mewarna. Kidal..( aku tengok budak ni macam gaya pelukis jer pegang pensel)

5. Husna - respon dengan guru amat bagus. Suka bertanya. Suka bercakap. Suka dipuji. Memberi tumpuan yang baik kepada guru. Kerja pun bagus.

6. Nazihah - pelajar yang memberi tumpuan penuh.Respon bagus. Kerja tip top. Agak advance dari orang lain. Another potential scorer.

7.Syafiqah - another advance student. Kiut..Ingatan bagus. Mudah menghafal. Mudah mengenal. Respon dengan guru amat baik.

8. Fariha - kerja penulisan bagus sekali. Tip top. tapi agak reluctant dalam response yang lain. Teragak agak untuk participate dalam kelas. Kurang bergaul dengan mereka yang tak dikenalinya. Agak pasif sedikit.

9. Hadif - pelajar yang aktif bercakap. Adakalanya mudah beralih pandang. Selalu kontra dengan cikgu. Cikgu kata hitam, dia kata putih. Cikgu suruh warnakan benda yang besar, dia nak warna yang kecil. Sengaja..Aku rasa anak ini minta diberi perhatian penuh padanya.

10. Rasydan - pendiam. tumpu pada guru. cepat dan tangkas membuat kerja walaupun tak cantik. mudah faham. a listener, ada potensi besar budak ni..

11. Syamim - agak merayau fikirannya. selalu kurang tumpuan. lain yang cikgu cerita, lain pulak responsenya..kadang kadang way...entah ke mana. masih perlu dilatih pegang pensel, mewarna dan sebagainya. agak dependant tetapi suka bertanya itu ini.

12. Nik - anak yang pada mulanya malu malu ini sudah agak bergaul dengan rakan rakannya. Response di kelas bagus. Kerja buat. Cuma tak boleh ditegur. Samada baik atau tidak kerja, jangan ditunjuk di hadapan kelas..Malu..

13. Haziq - beri tumpuan yang bagus cuma selalu terganggu oleh seorang rakannya, Furqan. kerja jalan. ada potensi budak ni.

14. Amin - kerja bagus. tumpuan bagus. respon pun bagus. mudah faham. mudah ingat. sorang lagi anak yang mudah di ajar.

15. Suhail- agak pendiam tetapi memberi tumpuan yang bagus bila belajar. kerja buat. ada respon walaupun agak perlahan tetapi jenis yang diam diam ubi juga.

16. Luqman - a talker. tetapi kerja bagus. suka dipuji. suka diberi perhatian.

17. Faiz- aaahhh..mak kena ikut dah sampai seminggu ni. Sukar membuat kerja. Agak terganggu kalau mak tak ada. Budak ni pandai tapi terlalu dependant. mak pulak tak berapa nak lepas anaknya..waduhh..sampai bila sih?

18. haikal..-minggu lepas sehari jer datang. mana pergi anak sorang ni. a talker. kurang tumpuan. suka main..penulisan masih way back. nak kena pegang tangan!

19. Furqan - a very active boy...aduii..ngaco orang pun ye jugak. kerja tak berapa nak buat. naik atas meja..cakap cakap dan main main jer kerjanya..AAAAAA...

20.....oooh sorang lagi budak pompuan yang aku tertinggal namanya, AISHAH. anak yang pendiam tetapi tumpu dalam kerjanya. Tak menimbulkan apa apa masalah cuma kena lebih aktif lagi!

Ini lah 20 anak anak 5 tahun...Kita tengok perubahan perubahan yang akan berlaku pada mereka nanti, okay! ...

9 comments:

ibundo said...

Laporan lengkap. tak payah lah aku tanya assessment report hang lagi no.

GPI said...

Agaknya kalau berada di kelas saya mcm ne ye? murid nya 50 org. Pelbagai background. Tentu ashley boleh tlg bagi full report mcm ni jugak...

ASH said...

Kak Pah,
Ni pre assessment. Cikgunya menilai sendiri camna nak tackle anak murid..
Nak goreng lagu mana. Nak rebus lagu mana..Nak tanak lagu mana..
Tengok..sapa masak ranum dulu.

GPI SKSV,
Cikgu sana kan lagi canggih. Kita ni ape le sangat..

Cikgu tidiker JERRRRR..

DrSam said...

salam,

Tahniah cikgu. bukan senang hendak mendidik murid yang datang dari pelbagai background.

Cikgooden said...

baik punya scanning...cuma jika disekolah cikgu kena jugak buat scanning, pastu isi kad 001, isi buku kedatangan, masukkan maklumat dalam fail sulit pelajar...dan satu kelas selalunya 30-35 orang.

sekian,

* aiseyyy..lupa pulak..aku dah tak ke sekolah dah..ha ha ha.

ASH said...

Dr sam..
Oh thank you for understanding.I really hope that every parents has the same thought as yours..

ASH said...

Dearest MY CIIIGOOODEEEN,

Do you think we don't do such work..HELLLOO..
Teaching is a profession!
Weather you teach in primary, secondary or TINKY TOTTY like we do!

Mak datuk..ko ingat aku pergi lenggang kangkung je ker ke kelas!

Ni aku nak marah ni!
Angkut tiga beg tau.

Meh datang kelas aku..kut la kalau kalau ko rindu nak ngajor sejarah atau BM. dan kalau kalau nak ajar lukisan..aku alu alukan..
jadi visiting teacher..

boleh tak kak Pah?..err he he he.

Nik Ha said...

Tabik spring kat cikgu yg nak kena tackle mcm2 characteristic ank2 kecil tu ya!Sy nampak Nik Abdul Qaiyum tu tak confident utk menonjolkan diri sbb malu amat.Kat kg nenek panggil dia ank dara sbb suka duk dlm bilik..he..he..kecuali kat kg abah dia sakan main kat lua sbb ada sepupu kamceng. Selalu jgk ajk dia masuk pertandingan mewarna masa family day ofis tp asik tak nak je.

Hr tu dia ckp Cikgu Hidayah 'cinta' kat sekolah. Ingat cikgu ckp sayang kat dia rupanya cikgu cerita, bercerita psl haiwan..he..he..ada lg yg pelat2 tu

ASH said...

Pn Nik Ha,
Tapi saya memang 'cintakan' mereka..
smile...