Sunday, January 18, 2009

Peluang pekerjaan..

Salam,

Kelmarin anak aku yang sedang menunggu keluarnya keputusan SPM, mengisi borang mohon kerja di 7 eleven yang tak jauh dari rumahku. Nak isi masa lapang katanya. Dah boring sangat duduk rumah menjaga adik adik yang kecil kecil dan kuat meragam ini.

Dia juga nak jadi personal tutor kepada mereka yang memerlukan khidmatnya. Aku tanya siapa yang nak khidmat tutionnya kalau mereka yang dah graduate pun banyak yang menawar khidmat demikian di Bandar Baru Bangi ini? Antara budak yang menunggu result SPM dengan budak yang dah grad tapi tak dapat kerja lagi, siapa yang orang akan lebih percaya?

Aku tanya dia..
Dia diam. Bukan aku nak memperkecilkan kebolehannya tetapi dia harus tahu keadaan realiti.

Kalau dia nak mengajar, ajarlah adiknya yang terkial kial dalam Tahun 6 tu. Dia diam..Kalau dia serius nak mengajar, dia kena mula dengan adiknya dulu. Ajar adik yang memerlukan khidmatnya. Tanpa gaji..kan lebih mulia begitu. Bayarannya adalah kepuasan hati bila melihat adik sendiri yang pandai!
Dia diam lagi..

Bagi pendapat aku menjadi tutor memang satu pekerjaan yang mulia. Memandaikan orang..Berkhidmat memandaikan orang. Tapi bukan beerti seorang itu harus berebut rebut ingin menjadi guru tutor disebabkan ganjaran wang yang diperolehi. Itu bukan lagi satu keikhlasan. Bahkan merosakkan imej profession seorang guru.

Kadang kadang aku bimbang trend yang melanda kebanyakan guru di luar sana. Guru yang menambah pendapatan melalui tution ini ghairah dalam bertuition sehinggakan mengabaikan tugas sebenarnya di dalam bilik darjah. Seolah olah yang di bilik darjah itu bukan lagi tugas utama. Seolah olahnya yang di dalam bilik darjah itu bukan lagi muridnya.

Aku faham tugas utama guru ialah memandaikan budak. Aku juga faham betapa guru juga perlukan mata pencarian tambahan tapi aku kira kesungguhan seorang guru untuk mengajar sepatutnya di curahkan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Tution atau back up class pula adalah untuk mereka yang benar benar memerlukan .Contohnya ialah bagi mereka yang jauh ketinggalan sewaktu di dalam bilik darjah itu.

Sewaktu aku bersekolah dulu, tak pernah aku bertution. Segala ilmu dikutip terus menerus dari guru. Kalau tak tahu, cepat cepat aku ke bilik guru untuk bertanya. baik sewaktu di sekolah rendah maupun di sekolah menengah.

Di sekolah menengah contohnya aku mempunyai seorang warden yang juga guru Matematik Tambahanku. Kalau ada kemusykilan, pintu bilik warden akan aku ketuk tak kira waktu. Cikgu Masriah Tasripin bersedia berkhidmat tak kira waktu. Betapa mulianya hati guruku itu...( semoga Allah memberkati jasa guruku itu) Begitu juga dengan Cikgu Wong dan Ustaz Mala. Mereka juga adalah warden di hostel pelajar lelaki tetapi selalu ada di bilik guru sewaktu prep petang. Mereka juga boleh ditanya bila bila masa apa apa jua soalan yang anak murid mereka musykilkan.

Ramai juga guru guruku yang stayed back sewaktu kami ada prep petang. Cikgu Haron, guru kimiaku. Cikgu Tan Ka Chai, guru fizikku. Cikgu Halim guru Biologiku adalah mereka yag sentiasa memberi ruang masa untuk anak anak murid mereka bertanyakan soalan.
Bagi aku memberi ruang masa untuk pelajar bertanya adalah satu keperluan.

Beginilah juga caranya aku belajar di unversiti dulu. Pensyarah mesti menyediakan ruang masa untuk mana mana pelajar bertanya dan berjumpa dengannya secara personal. Aku tak tahu cara belajar di universiti tempatan bagaimana..tapi aku kira mungkin ada juga! Oh ye..selalunya di muka pintu bilik pensyarah akan diletak jadual ruang masa itu dan pelajar bolehlah mengisi appointment mereka pada masa yang sesuai. First come, first serve basis..pepandailah rebut!

Menyentuh semula isu anakku ingin bekerja tadi, aku kira terlalu banyak peluang pekerjaan yang boleh diisi. Cumanya 'odd jobs' ini bukanlah perkara yang boleh dipilih pilih. Macam suamiku dulu pernah bekerja sebagai pencuci pinggan di cafeteria universitinya di Boston...Ha ha ha..Tapi ia pekerjaan yang mulia. Mencuci sesuatu yang kotor bukankah selaras dengan kehendak Islam? Why not?

Seperti juga seorang kawanku yang bekerja sebagai penjaga KHUTUB KHANAH di unversiti tempat kami belajar..SUSUN BUKU!! Seperti juga geng geng yang rajin kerja di Student Center macam Razif (senior buat CE), Fadhil ( senior buat ARCH),Zul (senior buat ARCH) semuanya jadi KULI mengangkat itu ini untuk mencari duit poket tambahan sewaktu belajar !

Aku pula sering menjadi baby sitter kepada anak anak Arab yang mak diorang rajin buat jamuan..Dapat upah tau. Tak banyak la..US3 per hour jer..Tapi duit tambahan juga kan? Siapa nak bagi duit senang senang?

Bila dikenangkan kerja jadi baby sitter inilah, aku rasa lucu pula..aikkk..sampai sekarang aku dok jadi TINY WEENY sitter?? Ha ha ha..

Dah aku rajin sangat melayan kanak kanak, sampai waktu MISG (Malaysian Islamic Study Group) convention, (time - time aku nak kahwin tu ..) ada mak Arab ajak ikut pi ISNA ( Islamic Society of North America) convention. Suruh aku baby sit anaknya..Weeehh aku nak kahwin laaa..mana rajin nak pi ISNA convention pulak.

Tapi bayaran mahal. Dia nak bagi US250..kus semangat. Banyak tu..Seminggu dapat US250. Aku bagi kat kawan aku sebab aku nak kahwin time tu! Kalau dia offer time lain, aku sapu..Tak kisah. Jaga budak pun tak per..Aku ngam ngan anak anak diorang. WALAUPUN anak anak Arab ni lasak lasak! ( di manakah mereka..Usamah, Aisyah, Muna, Syaima', Muhammad, Laila, Bandar etc etc..anak anak Arab dari Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Syria yang pernah bermain dengan aku dulu..)

Kelakarnya dulu, dah tak tahu lagu apa aku nak nyanyikan diorang, aku bantai nyanyi lagu Melayu!! Lagu negaraku pun diorang ikut..
Kah kah kah..
Habis ikut aku nyanyi sama! Adui..aduii..kelakar bila ingat kembali.

Oh ye kat mana aku tadi?? Oh pasal si anak sulung aku yang cari kerja..

Kesimpulannya aku cadangkan pada anakku, grab jer apa apa pekerjaan yang dilihat baik (kalau dapat ler) as long as ianya halal dan selamat ( safety mau kira jugak). Kadang kadang tak semua pekerjaan halal itu sentiasa dalam air con. Kadang terpaksa berjemur..macam orang nyapu sampah kat jalan tu..Mulia kerja mereka tu. Lebih baik dari mereka yang kerja jual diri!

Hatta zaman zaman angkut dulu, kerja angkut tong berisi najis itu pun kerja yang mulia kerana menjaga kebersihan..Bayangkan dulu, kalau geng angkat tong najis ini mogok dan tong di jamban yang dah penuh tak diangkat angkat?? Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Sekian...

16 comments:

ckLah @xiiinam said...

ckLah tengah boikot semua premis sekutu YAHUDI...termasuk seveng eleveng...

ibundo said...

usen yang tunggu spm kerja kat petronas. Tiga hari je!!! Dia kata boring. Umm ala hai...

Kat mana-mana skang ni memang trend anak pegi tusyen. Adik (yang bongsu) cikgu tusyen datang ke rumah sejak tahun lepas. Bukan apa, malas nak pegi hantar dan ambik malam-malam. Lagipun one to one rasanya lebih baguih lagi. Adik cakap belajar dengan cikgu tusyen lebih paham daripada belajar dengan cikgu kat sekolah. Camno tu.. Tapi mahai yang amat. Sejam 35 hinggit. Patutlah cikgu-cikgu berebut-rebut buat duit tambahan.
Mintak maap ye ckLah, he..he..

Hamirdin b Ithnin said...

lain kali buat posting pendek pendek la. eden tak do maso nak baco yg panjang!

5 'so' bersaudara... said...

nak tak? dok rmh mak njang? ada bnyk keja nak kena buat ni... cukup bulan... dapat duit..

Unknown said...

salam ashley..biarlah anak kamu merasa mcmmana susahnya nak cari duit...anak akak semuanya buat kerja part time bila cuti...selalunya yang perempuan jadi cashier kat petronas..seorg anak lelaki ni part time hari sabtu dan ahad di peri-peri..

biar mereka mengeluh penat..tapi puas hati dengan titik peluh mereka sendiri ...

ASH said...

Cklah kena boikot GOOGLE, yahoo jugak tau!.

yahoo ni pun yahooodii..
TESCO ( teresa cohen) yahudi..gak tu.( jangan shopping kat situ)

Nestle jangn beli!
....wehh pendek kata macam macam Yahoodi dah masuk. Dalam spaghetti ada Yahoodi. Dalam bank ada yahoodi. Dalam pampers ada yahoodi. Jangan tengok TV siaran kartooon, siaran omputih..ada yahoodi

........mereka menguasai pasaran GLOBAL sis! Antara Chinese dan yahoodi, Yahoodi lagi dahsyat cara perniagaannya.

Habis habisan..!! Buka buku ekonomi..nama yahoooodiii jer jadi penulis buku...AMACAM?

Kakpah,
It is a matter of choice...
Dah anak anak kak Pah suka belajor cara macam tuu..tak pe ler. Mak ayah pun mampu..
cuba hantar anak kakPah dok kat ulu tembeling ke..jadi anak angkat orang sana. Dok sana, buat stail orang sana..amacam?

Doc,
Tak de masa, tak baca..
tak de masalah..

Ayah-bonda,
Maknjang nak bagi kerja apa?
Berapa gaji? ha ha ha...

kak Ina kl,
saya bagi dia kerja..no problemo.
dia tengah cari ler tuuu..
kalau dapat duit, simpan untuk nak masuk IPT...

ibundo said...

Aku tak leh boikot tesco lah. Macamana nih... Minggu-minggu kena cari tesco gak.

ckLah @xiiinam said...

Tumpang lalu untuk KakPah;
ckLah tak pernah buat tusyen.
Anak2 ckLah pun tak pergi tusyen.
Anak2 murid ckLah pun,ckLah berani jamin,tak ade yang pergi tusyen SEJARAH, sebab cikgunya dah cukup bagus....Buat apa perabih duit untuk ckgu tusyen...sedang yang free dah ada..kadang2 mak bapak je yang kepoh, tengok anak orang lain tusyen, dia pun nak anak dia tusyen...cukuplah gaji gred DG44 yang aku terima tu..tak payah berebut2 hok 35 hengget tu...memang marah ni. Tapi takpe,kita bermaaf-maafan sempena raya cina!!!!

ibundo said...

Keh..keh..berasap telinga ckLah. Cikgu tak sume sama ye. Macam cgu tadika gaklah. Tak semua berdedikasi macam kpah dan ashley ni keh..keh..

ASH said...

cikgu cikgi sekelian,
bapak bapak..
ibuk ibuk..

entry ini umum!
no hard feeling ekk ekk.

lol

doublea said...

'dulu waktu tokwan ada sekolah..mak uda tlg ngajo...lps spm tlg ganti kelas tokwan ngajo darjah 1 kat sekolah makpah....seminggu kelas dah takde suara...biasala terpekik terlolong ngan bebudak...kalau tokwan...bab jerit dan jerkah perkara biasa...tu yang cucu kecuttttt....subhanalllah...hanya tinggal kenangan...alhamdulillah 'ala kulli hal...
Allahhummaghfirlahum...warhamhum..

ASH said...

wah..
doublea dah masuk ye?
Bila pula doubleA ni jadi mak uda kita..uh?

GPI said...

syoq.. kerja kilang Ohta Precision kat bangi.. Selaman Indutrial Park..

Baru nak keja 2 mggu dah kena masuk kampus...

7AM - 7PM... workaholics la masa tu kunun...

مسلمات فاريت said...

Salam...ecah, mai keja dgn mak long..jadi su politik ok???

5 'so' bersaudara... said...

Salam... wahh.. muslimat parit pun dah mula bagi komen.. makin fofular la. blok mak ngah kita ni... Kak Aisyah.. sambut lah pelawaan mak long tu.. berani?

Anak Perelih said...

ooo.. ni mesti sekolah syed putra ni... apm tahun berapa..>?