Salam..
LETTTTIIIIHHH!!
Ingat nak sambung cerita pasal marketing strategy yang dibuat oleh satu IPTS terhadap anak aku yang dah diceritakannya pada entry sbelum ni. Tapi hmmm..memandangkan dah dua hari sekolah dan dua hari terpaksa "BERTARUNG" dengan anak anak yang 'turun naik minyak', maka kisah aku kali ini bersekitar tentang anak anak di AULAD.
Semalam, balik sahaja dari sekolah, aku terus terjelepuk kat kusyen..ZZZZ..letih wehh! Mujur le sang suami masih bercuti dan dialah yang melayan karenah anak anak yang ada kat rumah dengan dibantu oleh anak sulung dan anak kedua yang masih tak perlu pergi sekolah lagi.
KISAHNYEERR...Pagi pagi lagi, aku disambut dengan keadaan yang bercelaru di Aulad...Dah le nak tinggalkan Huda di Aulad Center, dia menangis..( tak nak sekolah kat situ sebab nak ikut ke Perdana..nak jumpa kawan lama..)
Keadaan celaru, haru biru tu bukan apaa..mak ayah yang buat pendaftaran last minit ni. Dengan nak bayar itu ini hari pertama sekolah tu lah jugak nyerrr. Kita ni dah buka Aulad sepanjang BULAN DISEMBER untuk pendaftaran dan pembayaran tapi first day tu lah juga yang dia nak datang bayar itu ini! Mak aiiii..tapi buat cam nooo terima jer lah...
Lepas tu pulak, ini perkara lumrah..dah jadi asam garam dah ni..Masak dah aku! naik rentong pun ye jugak..
Anak anak menangis...wwwaaaaaa ( macam aku dulu dulu tu)
Tapi yang aku tak larat betul tu ialah anak anak yang nangis jenis 'turun minyak'. Ronta ronta..ngamuk ngamuk! Aku tu yang tak lalu tuu weh aih..
Sakit badan dibuatnya. Bedebab bedebub aku kena..Ish..sabor je le..
Okay..Baca fatihah..tarik nafas..
Baca ayat Kursi..tarik nafas..
Baca selawat ..tarik nafas..
...ish budak ni nak kena penampor kang!! he he he..acah ajer..
( tarik nafas tu bukan apa..petua dari CKLAH tuuu..nak hilangkan tension. he he he)
Kalau first day macam ni lah keadaannya. Kalau tak ada budak yang nangis ronta ronta, ngamuk ngamuk ni senang le sikit nak berkenal kenalan. 'Breaking the ice' kata orang putih tapi kalau laungan ' waaaa ..waaaaaaaa ..waaaaa' sahaja yang memenuhi ruang lingkup kelas... hmmmm... maka cikgu yang sebijaksana sebijaksini mana pun takkan dapat berfungsi dengan baik!
Dengan cikgu cikgu sekali rasa nak guling guling, nangis nangis sesama!!
keh keh keh..aduuuii..
Okay okay..habis tu konklusinya ( eh ada ke perkataan ni? perkataan conclusion yang di bahasa Melayukan)..hari pertama sekolah telah berlalu diikuti dengan hari kedua dan nampak gayanya anak anak 5 tahun aku kali ni cergas cergas belaka walaupun kebanyakan mereka bersaiz kecil kecil...err berbanding tahun 2008.
Namun anakkubernama Q ( mak dia masuk baca blog aku..aku tahu..) perlu lebih bergaul dengan anak anak yang lain dan mengatasi masalah 'phobia kepada orang ramai' supaya penglibatannya bersama sama kawan kawan akan mematangkan lagi minda dan meluaskan daya fikirnya..
sekian.....
2 comments:
He..he..mak Q dah masuk nih. Nak mintak tolong cikgu jampi2 sket suh mesra alam sikit..he..he..mmg kat umah & sblm g tadika pun duk pujuk2 selalu, bg motivasi sket tp nampaknya masih 'tanak ramai' lg. Hopefully akn berubah sikit masa lg. Risau jgk ummi dia ni.Maybe sbb dia sorang je, so agk manja tu. Biasanya kalau nak tackle kena pujuk2, puji2 sket..he..he..tp ummi pun surrender kalau pujuk2 buat dunno je (mood k.o la tu). Anyway nak ucap byk2 tima kasih kat semua cikgu2 kat Aulad esp. Cikgu Hidayah yg akn mendidik dia secara langsung thn ni. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya..
P/S: Sorry buat krgn la pulak :)
Nik Ha,
Tak da masalah buat karangan panjang panjang..Cikgu cikgu BM ramai kat sini.
Insya Allah, I'll try my best! Semoga Q menjadi anak yang mesra dengan rakan rakannya serta dapat menimba ilmu dengan baik.
Post a Comment