Salam,
Blog ini seumpama jurnal.
Ia mungkin satu cetusan minda untuk fikiranku berputar mencari jawapan pada sesuatu persoalan.
Ia juga tempat aku meluahkan rasa yang kadang kadang tidak mungkin akan dapat kuluah dengan tuturkata. Terlalu sukar untuk berkata kata lantaran itu di medan kalimah bisu inilah tempatku adukan rasa hati.
Ia juga tempat kuukirkan detik wajah dan panorama...menyatakan sesuatu nota yang terselit. Kerana bukankan tiap wajah terdapat kisah yang tersendiri. Tiap panorama terdapat sejarah.
..namun bagi mereka yang menziarahi jurnal ini akan datang dan pergi kerana ini hanyalah sekadar tempat persinggahan. Tempat persinggahan cetusan minda, tempat persinggahan luahan rasa dan tempat persinggahan ukiran panorama..
dan bukan tempat aku mencari POPULARITI..
...kerana ITU BUKAN AKU!!
No comments:
Post a Comment