Sunday, January 18, 2009

Masak asam pedas CILOK!!

Salam,
Aku memang tak pandai masak asam pedas..dan aku pun sebenarnya tak da le gemar sangat makan asam pedas ni. Walaupun selang sehari aku dengar bunyi giling kat rumah sebelah aku ni..( pakcik dan makcik tu orang Melaka)..selang sehari isterinya menggiling cabai.

Hebat!
Eh, bukan senang tau menggiling giling ni. Sapa nak eksesais..hah giling le cabai! Baru kaw kaw asam pedas atau buat kari!

Kelmarin, oleh kerana teringin sangat nak makan ikan terubuk, aku beli lah seketul ikan terubuk masak asam pedas dari sebuah restoren. Mana lagi kalau bukan ZnI di seksyen 4 BBBangi. Okay je lah terubuknya. Tak la sedap sangat. Tapi tak la tak sedap. Tapi kuah asam pedasnya boleh tahan juga. So..aku boh kuahnya lebih sikit walaupun aku ambik seketul jer ikannya.

He he he..

Kemudian pada malamnya, aku rebus dulu ikan beberapa keping...kemudian aku masukkan baki kuah tengahari dan tambah sikit air dan sos serta garam dan gula secukup rasa. Maka jadilah ikan masak asam pedas CILOK..STAIL aku...he he he ...
jangan marah...

dah tak pandai masak..

buat cam ni lah kan...


9 comments:

ibundo said...

Macam ada yang tak kena je masak asam pedas hang ni ngeh..ngeh..jangan mare.

ASH said...

Nama pun CILOK!!
tetap habissss....

Gurindam Jiwa said...

Ni ada macam cerita orang bujang je ni.

Pi kedai mamak beli kari ikan bungkus. Itu kuah kasi bubuh lebih-lebih. Balik rumah, bila itu ikan sudah habis, itu kuah masih boleh pakai dua tiga hari lagi. Tambah je ikan yang beli dah dipersiang dalam freezer tu.

Dengar khabar Mawi memang suka masak asam pedas ni. Boleh lah bagi petua ni pada Ekin tu.

Cakap pasal menggiling pulak, teringat cerita student pi oversea naik kapalterbang bawak batu giling... Bukan main bersungguh lagi dia nak cari member nak join check in luggage sama-sama. Ingatkan apa pasal, rupanya supaya dia tak payah bayar lebih pasal luggage dia berat sangat.

Dah sampai US haram kot dia nak pakai batu giling tu. Pakat pi beli cili boh kat kedai Korea tu ja. Rupanya Mak dia yang dok paksa dia bawak batu giling tu...

ASH said...

Gj,
Itu bujang sudah kahwin anak 3 ka??
ha ha ha..

Yang bawak itu batu giling pun, sudak ada beranak 3 jugak ka?
ha ha ha..

Gurindam Jiwa said...

Eiii... tak de la. Bujang kat US mana ada kedai mamak. Balik bujang kat sini pulak duduk bawah ketiak mak bapak.

Yg batu giling tu, kita hampir jadi "mangsa" oleh pembawanya di lapangan terbang Subang.

Sejak bila pulak jadi Ashley nih? Ya la kan, Michael Jackson pun dah jadi Mikail...

Cikgooden said...

mana bunga kantan?..tak nampak pun..

ASH said...

Gj,
Bujang tu bujang la jugak.
(Bujang 3 slots lagi..)

Cikgooden,
Ini asam padas CILOK..
Bunga kantan terlupa nak petik.Masih dok kat pokok..

Gurindam Jiwa said...

"(Bujang 3 slots lagi..)"

!!!???

Tell you husband that laaa.

ASH said...

ha ha ha..
he knows what