Tuesday, January 06, 2009

Jangan Kau Lupakan Daku..

Salam,

Tengok betul betul.... butiran butiran halus yang bertaburan menghiasi sebuah 'tongkol' putih tidak bernyawa bernama SINGER di bawah. Tongkol putih itu tidak lain tidak bukan adalah sebuah mesin jahit pembelian seorang suami yang bersifat penyayang kepada seorang isteri MITHALI. Harapan si suami agar si isteri dapat menggunakan nikmat yang Allah telah kurniakan sebaik mungkin. Betapa mulianya hati si suami itu..

Ya lah...aku tahu. Tak baik tau kufur nikmat!
Eh...Siapa kata aku kufur NIKMAT? Aku tahulah menggunakan MESEN tuu..
Dan aku ada le SEKALI SEKALA, dua kali dua kala menggunakannya SEKARANG!!..

tapiiii....
dulu memang aku SERING menggunakannya tau!

tak caya??





Buktinya... hah! Lihatlah betapa berserabutnya tongkol tongkol benang yang menunggu untuk digunakan semula. Semuanya terdapat dalam peti ajaibku ini..he he he..



Pun begitu malam sebelum anak anak aku ke sekolah, peti ajaib yang setia menanti tuannya ini, tiba tiba sahaja berfungsi semula. Alangkah seronoknya peti dan si tongkol putih ini seumpama sepohon pokok yang kehausan disirami air segar..
'Yeah!! Aku berjasa! Aku berjasa!' kata si tongkol putih bernama SINGER itu.





Keesokan harinya, tersenyum riang dua orang kanak kanak, megah terJAHIT di kerudung putih mereka, nama dan lencana yang melambangkan insitusi pengajian mereka..
he he he..tak le kena sekeh ngan cikgu displin kalau tak de nametag!
Dan akhirnya si tongkol putih bernama SINGER membisikkan seuntai madah...
'Jangan lupakan dakuuuuu', ala ala senikata nyanyian Broery Marantika.




2 comments:

ibundo said...

Sekolah dah bukak baru hang teringat name tag anak belum berjahit?hehe..

ASH said...

Kakpah,
Sebab saya Ibu Mithali lah saya jahitkan nametag anak anak. Orang lain silap haribulan, dia gi kedai..
he he he..