Tuesday, January 27, 2009

Sepatah dua kata..

Salam,

"Sesudah lebih kurang enam tahun sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, memang banyak boleh ditulis sebagai 'memoirs' tetapi kesuntukan masa tidak mengizinkan perkara ini terlaksana. Insya Allah, sekiranya keadaan mengizinkan, hasrat ini akan saya tunaikan di masa masa akan datang ini."

...........begitulah petikan kata kata yang diambil daripada majalah pertama sekolahku, Puteraindera. Kata kata ini adalah penulisan Pengetua sekolahku yang bernama En Abdul Rahim Abdul Majid yang kini telah bergelar Dato'. Majalah yang pertama kali dikeluarkan dalam tahun 1981 itu masih elok dalam simpananku. Ia adalah sebahagian 'memoir' yang begitu berharga bagiku.

Kini Dato Abdul Rahim Abdul Majid melalui alumni sekolahku ingin meminta kerjasama dari bekas pelajar SMTSP untuk mencoret sedikit sebanyak peristiwa berkenaan guru guru bagi menjadikan impiannya seperti di atas sebagai satu kenyataan.

Jadi mungkin entry aku yang berikutnya akan cuba mengumpil kembali kenangan bersama beberapa orang guru...dicatat khusus untuk permintaan itu..

Pun begitu aku tidak mengharap ianya tercatat masuk ke dalam buku 'memoirs' bekas pengetuaku kerana mungkin ada nukilan yang lebih bermutu daripada penulisan aku.

sekian

3 comments:

CatlinaFly said...

blog walking ...salam ziarah :)..nice blog!

ibundo said...

kakpah pun banyak memori tentang cikgu-cikgu yang mengajar. Suka, duka, kelakar...tanpa mereka ni sapalah kita.
Ada satu cikgu kat jb dulu kitorang panggil dia miss zero zero one. Dia pun tak tau dia kena panggil macam tu. (nama dia miss ooi) hehe..

ASH said...

Catlina fly, welcome to my blog. Enjoy the view..okay..

KakPah, OO1??he he he vs zero zero seven.