Thursday, January 08, 2009

Kenangan bersama mereka..

Salam,
Entry aku kali ini akan menyentuh tentang mereka yang pernah berlabuh dalam kenangan hidupku. Mereka ini bukanlah dari bangsa keturunanku. Mereka adalah orang asing tetapi kehadiran mereka di dalam hidupku tetap akan kuabadikan dalam hatiku..
Gambar di atas ini adalah Ilham Djavid dan juga Atefeh Djavid.
Dua anak perempuan Iran yang begitu rapat denganku sewaktu di Chicago.
Ilham ,sewaktu aku meninggalkan Chicago dalam tahun 1990, berumur lebih kurang 11 tahun manakala adiknya pula lebih kurang 5 tahun lebih.
Sewaktu aku meninggalkan Chicago, ibunya mengandung dua bulan dan sekira kiranya anaknya yang ketiga itu sebaya dengan anak sulungku yang lahir dalam tahun 1991.
Ilham dan Atefeh adalah anak kepada pasangan Forough dan juga Muhammad Djavid.
Muhammad Djavid merupakan pelajar yang menyambung Phd dalam bidang 'Soil' ntah...something to do with Civil Engineering...di tempat aku belajar.
Manakala isterinya pula, Forough, menjadi suri rumah sepenuh masa sewaktu suaminya belajar tetapi merupakan seorang guru untuk pelajar 'DEAF and DUMB' ketika dia di Iran.
Forough dan keluarganya terlalu istemewa buatku. Mereka sering menolong aku sewaktu aku dalam kesempitan. Keluarga ini tinggal satu blok apartment denganku. Aku tinggal di tingkat 3 manakala mereka pula tinggal di tingkat 9. Sebenarnya blok yang aku maksudkan itu adalah blok apartment yang disewakan khusus untuk pelajar sarjana dan yang berumahtangga sahaja tetapi oleh kerana sukar untuk menyewa rumah maka suami Forough, Mr Muhammad, telah berjaya mendapatkan aku sebuah apartment studio dengan menggunakan nama pelajar Islam yang sedang menyambung MASTER.
Aku tinggal di apartment ini (menggunakan nama pelajar, Abu...apetah nama dia..tak ingat dah) bersama sama dengan seorang pelajar dari negara China, Danping Yang.
Sebelum aku tinggal di apartment ini, aku menyewa bersama rakan rakan dari Malaysia di luar..di kawasan BAHAYA yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Dua orang rakanku juga telah menyewa di apartment serupa menggunakan nama student Malaysia yang buat MASTER sedangkan aku tertinggal seorang..
Nak berkongsi dengan mereka, apartment itu hanyalah sebuah studio yang sesuai diduduki oleh 2 orang. Kalau diisi 3 maka akan menjadi sempit sementelah pula rakanku yang seorang ni mengambil bidang ARCHITECTURE jadi barang barang dia seperti drawing table dan perkakasannya yang cukup banyak membuatkan apartment studio menjadi sempit.
Lantas aku mengambil keputusan untuk mencari apartment dan roomate aku sendiri walaupun begitu sukar..
Mujurlah ada insan seperti Forough sekeluarga..
Hubungan aku dengan keluarga ini menjadi lebih mesra selepas aku berpindah ke bangunan yang sama.
Forough sering menghantar makanan seperti chicken sandwichnya yang begitu sedap, nasi Irannya yang begitu lazat dan cheese macaroni yang sungguh enak takkala aku kekeringan wang poket menunggu wang biasiswa di hujung hujung bulan.
Moga Allah mengurniakan rezeki kepada keluarga ini..
May Allah bless them always..
InsyaAllah.

Gambar gadis kulit hitam ini pula ialah rakan aku sekelas STATIC ku ...dan beberapa kelas yang lain. Dia merupakan seorang bekas rakan kelas yang masih aku hubungi sehingga kini melalui email.
Namanya Lenita Hunt.
Apa yang menarik tentang Lenita ialah jenaka dan keletahnya mengorat masakan kami, student Malaysia.
Setiap tahun takkala 'sekolah' kami mengadakan International Food Fest, aku dan rakan rakanku sering menggunakan kepakaran kami yang tak seberapa untuk menjual pelbagai jenis masakan Malaysia. Selalunya gerai kami akan laris berbanding dengan gerai gerai dari negara lain. Lenita ini pula adalah promoter gerai kami!! Dia akan mengajak kawan kawan yang tinggal di dorm untuk membeli makanan di gerai kami. Sebagai balasan kami 'terpaksa' menyimpan meehoon, karipap dari jualan kami untuk bekalannya di dorm.
Sebenarnya kami ada beberapa pelajar yang memang pandai masak termasuk pelajar lelaki..ala ala Chef Wan gituuu..untuk menyediakan masakan. Menu kami adakalanya simple sahaja tetapi disukai ramai..Nak tahu apa menu kami?? COKODOK!! he he he..Betul!!!COKODOK PISANG!
Mat salleh, minah salleh, pak itam, mak itam ni berebut rebut beli!!
(kawan aku kata..kalaulah deme ni tahu ghupa pisang yang digunakan untuk masak cekodok ni..tentu deme tak lalu nak beli..he he he..bukan aku buat tau cekodok tu..aku tukang jual jerr)
Lain lain masakan termasuklah satey, rendang, karipap, meehoon goreng, poppia..dan juga tempeyek!! Dahsyat tau..seingat ingat aku, international food fest ni adalah acara yang paling seronok sewaktu di Chicago bersama rakan rakan...
Gambar di sebelah ini pula diambil di rumah salah seorang Professorku. Beliau ialah Dr John Ivory. Dr Ivory bukanlah tenaga pengajar sewaktu aku belajar di Chicago tetapi beliau merupakan tenaga pengajar sewaktu aku di Shah Alam. Beliau merupakan professor Pyhsicsku.
Oleh kerana aku seorang pelajar yang agak rajin berjumpa dan bertanya soalan maka hubungan aku dan prof ini agak baik. Kebetulan pula beliau tinggal di Chicago dan aku menyimpan no telefonnya maka aku sering menelefonnya sewaktu aku di Chicago sehinggalah pada suatu hari beliau dengan besar hati menjemput aku dan rakan serumah serta mana mana pelajar yang mengenali dirinya ke rumahnya. Malangnya rakan serumahku sewaktu itu tidak dapat hadir maka yang dapat pergi hanyalah kami bertiga yang sebaya, aku, si A dan si B. Gambar ini diambil oleh isteri prof. Dr John Ivory yang berdiri di sebelahku. Manakala dua orang perempuan muda yang lawa itu adalah anak anaknya. Lelaki mat salleh itu pula adalah menantunya..
Nak tahu apa kami makan di rumahnya,,he he he,,Prof Ivory menyuruh kami membuat satey ayam sebab dia tahu kalau isterinya masak kami akan rasa was was jadi kami pun masak satey ayam hari tu,,tetapi isterinya tetap menyediakan salad buah buahan!
Seronok sungguh kenangan manis ke rumah Dr Ivory itu..
(walaupun aku rasa Prof aku ni berketurunan Yahudi sebab asal usulnya dari Jerman, moyangnya lari dari terkena tempias HOLOCAUST tuu..)
Well..bila melihat kebaikan dan layanan dari keluarga Dr Ivory ini, aku terfikir kenapa harus ada sengketa dan peperangan di Palestine...
Hmmmm...tension dibuatnya!!
....................sekian......................





6 comments:

Nizam.Ariff said...

Salam,
Nice story. Aku terasa terbuai-buai bila baca cerita ni. Story line tak tersentak-sentak, membuatkan aku bisa bayangkan suasananya walau pun aku belum pernah tinggal lama di luar negara, US lagi tak pernah sampai.

DrSam said...

salam,

thanks for the best wishes and dropping by at my blog.

Teringat shish kebab sahabat Iran masa kat UK dulu. sedap....

ASH said...

Nizam,
Apalah sangat cerita cerita di dalam blog saya ini dibandingkan penulisan anda di blog anda..
hmmm..

DrSam,
apo den nak kato heh..
hmmm..jarak umur kito namapaknya 2 minggu jer..walaupun lain tahun!!

itta said...

hi,
so i googled my name, hehe, and i found your blog.
my name is atefeh djavid, i am the little girl in the picture above, forough's younger daughter. i have another younger sister and younger brother now. i remember you, and i hope you are well. my mom says hello also. if you ever come to chicago, visit us! if we come to malaysia, maybe we can visit you!
love,
atefeh
wa'salaam

ASH said...

GREAT!!!
how's ELHAM! now???!!
oh myyyyyyyyy...I am really happy to hear from you!!

5 'so' bersaudara... said...

Praise be to Allah...