'Tahniah! Aisyah ( tu nama anak aku yang sulung). Anda berpeluang utk mengikuti program IPTA luar negara dengan tajaan MARA ( jika layak). Anda bersama ibubapa dijemput ke Bandar Universiti Teknologi Mantin, NS. pd Jumaat, 2 Jan jam 9 pagi untuk sessi taklimat dan pemilihan tawaran BTEC-HND diploma atau degree UK...
.............' Begitulah SEBAHAGIAN dari sms dituruti panggilan telefon ke no handphone anakku..
Dengan GUMBIRAnya anakku pun mengforwardkan sms itu tadi tapi.....ibunya yang seorang ini agak musykil dan keliru dengan bunyi SMS itu.
Program IPTA ke LUAR NEGARA..TAJAAN MARA??JIKA LAYAK??...BANDAR TEKNOLOGI MANTIN???? chuupp !!
KAT MANA TU??
Program 'IPTA tu' yang betul betul menyangsikan aku. Ishh takkan tak dak iklan kut kalau berkenaan dengan IPTA. ..sebab aku dan anakku baru sahaja mengisi borang online fasa pertama untuk ke IPTA .
'Keluar negara'..jika layak...hmmm..
Waktu aku menerima tawaran untuk buat TOEFL sebaik sahaja peperiksaan SPM selesai, ianya datang dalam bentuk POS beserta dengan segala surat jaminan.. bla bla bla..and so on. Tawaran itu datang memanglah sebelum result SPM keluar berdasarkan result trial SPM yang agak OK serta juga kegiatan ko-kurikulum aku yang melepasi standard piawai masa dulu...dan juga jawatan jawatan yang boleh tahan pentingnya yang aku pegang di sekolah menengah aku tu..
TETAPI memandangkan anak aku yang sulung ni, pencapaian akademik di sekolahnya itu agak sederhana jika dibandingkan dengan puluhan kawannya yang lain dan keputusan SPM trialnya yang agak so..so..dan kegiatan ko-kurikulumnya tidaklah seaktif aku dulu maka aku jadi sangsi sikit dengan gaya bahasa sms itu..
Jadi sebagai mak yang aktif dalam dunia siber, aku layari beberapa blog dan web yang bercerita tentang IPTS di Mantin itu...aparah IPTA dengan IPTS tak leh bezakan kerrr??
Sebenarnya diorang ni nak pancing student maka atas dasar nak survey dan kebetulan pula suami aku tak bekerja; aku, suami dan anak sulungku pergilah ke IPTS di Mantin itu..
Sebenarnya kami boleh ke sana dengan jalan lama..tetapi suamiku mengajak untuk ke satu highway TOL yang baru, LEKAS.
....tengoklah..memang baruuuuuu lagi!! Bau kerusi dan cat masih sedap hidung menghidu..
Masih tak ramai lagi yag menggunakan lebuhraya ini sebabbbb baruuu lagi. Hmm...tengok, boleh tidur atas jalan, kereta tak ada!!
Kat R&R pun takdak orang...Errr orang yang jual pun ada satu gerai jer. Mujur boleh sarapan pagi tu.
Bab yang kami menjadi target marketing habis habisan oleh IPTS ni, kalau ada msa, aku ceritakan!!Ngantuk..esok nak sekolah..
SELAMAT GI SEKOLAH
cikgu cikgu da anak murid semua...sekian
4 comments:
IPTA...institusi pengajian tinggi awam...logik ka awam di luar negara?..
wah highway LEKAS...mmg kena nama dia..
Berhati-hatilah - skrg semua benda (termasuk orang) boleh dijual-beli.
Lukman
salams kenal... tak sabar juga saya menanti entry seterusnya sambungan cerita ni
saya pun baru dapat call untuk attend taklimat di usj21 28 Feb ini. Boleh percaya ke?
Post a Comment