Salam,
Hari Jumaat -
Selepas Jumaat menuju ke Bota. Rumah kakak di Titi Gantong. Selepas kenyang makan bihun soto, durian dan anika kerepek, menuju ke rumah Hinggap si Budin ( "hinggap" sebab Budin sendiri pun masih tidak tinggal tetap di rumah ini lagi atas sebab masih bertugas di luar kawasan penginapan)
Pagi Sabtu -
Sarapan di rumah Hinggap Budin. Yong sudah masak pulut dimakan bersama durian atau sambal ikan bilis. Tuan rumah bergegas ke tempat lain pada pukul 8 am kerana ada upacara korban bersama Oman (yang juga telah bermalam di rumah Yong).
Aku dan Budin sampai around 10 am ke rumah Yong.
Budin memenuhi masanya dengan bermain bersama anak saudaranya yang ramai itu.
Aku? Sekadar meninjau apa yang anak dara Yong tengah proses bersama ibu saudaranya yang masih bujang, Si Wi.
Ohhh..laksa masih dalam proses pemasakan!
Aku sekadar melihat adik dan anak sedara menyediakan masakan untuk hari itu.
Bior CHEF CHEF ni meneruskan karier tidak rasmi mereka..he he he..
Around tengahari mak, Oman dan isteri balik dengan membawa CRV Yong yang sarat dengan buah berduri itu. Ada seguni buah langsat juga.
Oleh kerana mereka telah penat bergelumang dengan pacat dan becak maka tugas aku ialah mengupas durian untuk dimasukkan dalam bekas.
Ada yang aku bawa balik dan selebihnya untuk PERKELAHAN cucu cicit, anak beranak di rumah Yong.
Mak sebenarnya telah membawa dua GUNI rambutan. Satu guni rambutan kuning dan satu guni rambutan merah dari Semanggol.
Maka tugas aku pula ialah KENA bawa balik semua buah buahan yang dah dikait dan dikutip serta dibawa secara BERSUSAH PAYAH itu.
1)Durian
2)Langsat
3)Rambutan kuning
4)Rambutan merah
Susah ke tugas aku?
AKU KENA BAWA BALIK HASILNYA sahaja..
Sabtu ( around 2.30pm)-
Bertolak ke rumah mak mertua di Ipoh.
Singgah bermalam.
Ahad-
Pagi ke pasar tani...tak ramai yang berniaga kerana peniaga masih mood raya!
Selepas selesai bersarapan dan berkemas bertolak ke Bangi semula.
Tiba di Bangi around 1 pm...jalan dah bnyak kereta tapi tak jammed.
Around 3.30 pm bertolak dari Bangi ke Lendu, Melaka...untuk hantar Kak Aisyah.
Perjalanan lancar. Kini driver telah bertukar. Aku yang bawa kereta.
Kami lihat kenderaan dari arah SELATAN merangkak dari Pedas-Linggi menuju ke KL.
Sebelum masuk ke kawasan kolejnya, kami pergi makan di Pantai Pengkalan Balak dahulu sebelum hantar kakak.
Dalam perjalanan pulang, kami tidak mengikut lebuhraya PLUS sebaliknya melalui jalan pantai. Kemudian singgah Maghrib di Masjid Teluk Kemang....ambik Highway Port Dickson ...exit LUKUT....terus ke SEPANG dan akhirnya exit semula di Nilai. Perjalanan kami lancar dan tidak menghadapi kesesakan lalu lintas. Tiba di Bangi around 9 pm.
sekian
6 comments:
salam..wahhhhhh time buah2an..bestnya.....eid mubarak
kami sampai shah alam 10mlm td.. sesak sikit2
bestnye durian! :)
arsaili,
musim buahbuahan..tapi nak berakhir dah!
gpi,
alhamdulillah..
cat,
tapi kalau banyak, pening juga!
sib baik ikut jalan biasa...
jemmmmmm........semalam....
ibusinga,
sebab dengar radio sinar..laporan TRAFIK!
Post a Comment