Wednesday, November 04, 2009

Pondok, gua dan Usin...

Salam,
Sekiranya anda pernah melalui Jalan Krian dari Taiping yang menuju ke pekan kecil Semanggol anda akan melalui satu jalan sempit. Jalan sempit ini dahulunya adalah sebuah bukit yang telah diPUTUSkan untuk dijadikan jalan perhubungan antara dua kampung.
Kampung Balik Bukit dan Kampung Gunung Semanggol.
.
.
Bagi orang kampung aku, mereka memanggil tempat ini Bukit Putus.
.
.
Di Bukit Putus ini terletaknya satu pondok...dan juga gua kecil berhampiran dengannya.
Oleh kerana rumah orang tuaku terletak di kampung Balik Bukit dan sekolah rendah aku pula terletak di sebelah kampung yang lagi satu maka setiap hari aku terpaksa menapak ke sekolah melalui jalan sempit ini.
.
Dan dengan itu setiap hari aku terpaksa menempuhi pondok dan gua kecil BERPENUNGGU itu.
.
.
Apakah misteri di sebalik pondok kecil itu?
Apa pula kaitannya dengan gua kecil tadi?
Siapa pula PENUNGGUnya??
.
.
Aku hanya mendengar ini dari cerita cerita orang kampung. Cerita cerita kawan kawan aku..
Jadi korang dengar sajalah yaaaa.....
.
1) Menurut satu sumber cerita, kawasan yang didirikan pondok itu merupakan kawasan tempat pertapaan seorang KRAMAT. ( entahlah benar ke tidak)
Keramat itu dikenali sebagai Keramat Serban Hijau.
Dulunya dia dikatakan sebagai seorang wali Allah.
Yang aku hairannya mende ni tak masuk dalam mana mana sejarah pulakkk...
so AKU tak de le percaya.
.
.
2)Ada cerita lain pula dari sumber kawan aku, tempat yang didirikan pondok itu adalah tapak rumah orang bunian....errrr..( kalau tengok kawasan bukit bukit ni, mungkin boleh percaya la...)
Tapi since aku lalu tempat ini setiap hari dan tak pernah ada masalah HISTERIA KE MENDER ke jadi aku IGNORE juga anggapan ini.
.
.
Yang pastinya, kawasan sekitar gua kecil ini adalah tempat yang teduh, sejuk dan sesuai benar untuk berehat sebentar ketika panas terik.
.
.
Baru baru ini, ada seorang rakan blogger bertanyakan tentang PENUNGGU tempat ini.
"Kak, awat aku tengok orang dok baling duit kat sini..lepas tu ada tukang kutip pulak tu?",
tanya rakan blogger ini.
.
.
Amalan melontar duit ini selalunya dilakukan oleh kaum China.
Sebab musababnya?
Aku pun tak tahu...
Mungkin nak dapat ONG lebih kut.
Atau nak minta hajat.... cara mereka.
.
Dan memang agak ramai kaum China yang datang ke sini minta NOMBOR.
Ramai kaum China yang kata tempat itu LUCK!!
BETUL ke?
Hmmmmm..aku geleng geleng jer!
.
.
.
.
KHURAFAT...
Disebabkan itu, ada masanya datang mereka yang meruntuhkan pondok kecil itu untuk mengelakkan perbuatan KHURAFAT ini.
Tapi ada pulak yang rajin, datang semula dan mendirikan PONDOK di situ...
.
.
.
Siapa pula penunggu yang rajin mengutip duit duit syling yang dibaling di tempat ini?
Oh ha ha ha..hampir saja aku terlupa...
Namanya USIN POOWEK!!!
Siapa USIN POOWEK?!!
he he he
nanti aku cerita kisahnya (yang ada berkait dengan aku) di episod seterusnya..
.
.
sekian

12 comments:

Unknown said...

salam ashley..akak tak sabar nak tunggu sambungan cerita usin poowek ni..


memang fofolur lagu tu..ahaks..ahaksss ishhhhh teringat kisah silam

yayayuyee said...

kak
malam citer cam gini rase tak leh tido dah nie..haha..nape kak ngn usin poowek tu??ade ape2 hub mesra ke??ke teman tapi mesra..hehe

GPI said...

kak,
usin puek..tu sama umur dgn paksu bakaq rasanya..

ape sambungannya ni?? bila nak post?

anjang said...

Selalu juga aku melalui jalan ni apabila nak ke bukit merah lake town resort

zafi said...

dulu2 pernah lalu jalan ni !!! :D

tasekM said...

aku mcm kenal je kawan blogger yg tanya tu kak. he he.


.

cheryna zamrinor said...

ayah dulu pernah tinggal taiping. dia pun ada cerita, arwah atuk pon ada cerita. tp kesimpulan sha tgk dr sini mungkin ini hanya satu cerita nombor ekor...sebab orang2 yang pergi semua nak nombor.

wallahualam...tak tau la betul ke tak.

ASH said...

kak ina,
budak seakrang dah lain lagu yang demer minat..he he

yuyee,
teman tapi mesra???
kusssss semangat.aku takut bila namapak kelibat dia!

GPI,
ha ah..dia sebaya paksu Bakag..kagum kan?


anjang,
bermakna kamu lalu jalan depan rumah mak aku!


zafi,
nanti boleh lalu lagi...kampung aku tuh!


TM,
ha ha ha ha...mana dier?
mesti berasap dengan exam..tak pun cabut balik dah!


cheryna,
macam macam kan cara nak kaya?

et said...

hoho..xperbah lalu, tp dr gambo nmpk cam spooky la jugak..ngee~~

ASH said...

et,
ha ha ha..
aku biasa naik basikal lalu tempat ni time dah senja....hooooo...baca qulhuwallah sepanjang jalan. dan tak pandang itu gua tau!

tasekM said...

kak, dia asal cuti mesti kelam kabut balik tepeng punya. balik baca yasinnnn... hehehehe....



.

ASH said...

TM,
......walaupun kat Bangi ni ada TOK GURU kan?
tapi bacaan Yassin secara berjemaah di Tepeng juga lebih AFDHAL!!
he he

......ni apa hal kutuk dia secara berjemaah pulak nih!!!
ha ha ha ha ha