Thursday, November 12, 2009

Ambil mudah?

Salam,

Bila cakap soal harta ni memang NAMPAK macam rakus..

Alahhh..harta dunia.
Lama mana sangat nak pegang?
Tak kaya tara mana.
Tak papa tara mana.
kata sesetengah orang...

Tapi kita sepatutnya kena ambil tahu kerana disebabkan harta menda dunia ini lah..
persaudaraan mungkin terputus.
Disebabkan harta menda juga lah persahabatan mungkin terlerai.
Disebabkan harta menda jugalah..nyawa boleh melayang.

Sebenarnya kalau kita tahu hak masing masing ke atas sesuatu perkara, penyelesaian akan cepat berlaku.
Misal kata bila berlaku hutang menghutang, pemberi hutang tahu haknya dan sipemiutang tahu tanggungjawabnya..penyelesaian masalah akan lebih mudah.

Bila berlaku kematian misalannya, yang mati meninggalkan harta...sepatutnya hartanya dibahagikan mengikut bahagian pewaris maka semuanya akan berlapang dada dan selesai dengan mudah.

Masalah banyak berlaku apabila perkara tidak bersandarkan pada hukum hakam yang Allah telah tetapkan.
Si mati meninggal.
Pewaris berebut..menafikan hak orang lain.
Maka akan berlaku kekecohan, ketidakpuasan hati.
Berlaku tindas menindas.
Zalim menzalimi.
Rampas.
Boikot.
Tamak haloba dan akhirnya punah ranah segala hubungan kekeluargaan.
Ianya cukup menyedihkan...

Hak orang lain walaupun sebesar dua jari tidak boleh diambil mudah!
Harta orang lain walau sesen..hatta sebesar biji sawi pun bukan HAK KITA.
Kita jangan memandai mandai...

Aku selalu perhatikan orang yang kematian ISTERI.
Harta isteri adalah tetap harta ISTERI.
Bila si ISTERI mati meninggalkan anak maka sebahagian harta si isteri akan jatuh kepada anak.
Memang ada bahagian suami tapi TETAP ada bahagian anak.

Malangnya apa yang kita selalu perhatikan, ada kalangan suami yang LUPA bahawasanya bukan semua harta arwah isterinya itu BOLEH sedap sedap jatuh ke tangannya.
Dia sepatutnya mengambil apa yang menjadi HAKnya sahaja.
Oleh kerana dia merasakan simati ITU adalah ISTERINYA maka adakalanya si suami lupa bahawa HARTA ISTERI sepatutnya juga diFARAIDkan kepada anak anaknya.

Kalau si mati itu meninggalkan harta berbentuk wang simpanan di bank atau EPF, mungkin pewaris boleh mendapat HAK mereka tapi HARTA berupa HIASAN seperti emas selalunya diCEKAU oleh sang suami. INI cukup banyak terjadi dan si anak selalunya TIDAK BERANI bersuara kerana ITU AYAH mereka.

Lazimnya si suami akan mengatakan bahawasanya hiasan emas itu telah dibelinya kepada isteri DAN dengan itu beliau BERHAK mengambilnya semula.

Okay..sekiranya emas hiasan yang suami beli itu telah DIHADIAHKAN terus kepada isteri maka itu adalah termasuk HARTA isteri walaupun pada hakikatnya si suami yang telah BELIkan.
Jadi, apabila berlaku kematian ISTERI maka HIASAN EMAS ini juga termasuk dalam HARTA ISTERI yang wajib DIFARAIDkan.

BETUI DAKKKKKK????!!

fikir fikirkan lah....
he he he...cam TERA jer pulak kan..

p/s
..and don't assume SEMUA AYAH BONDA/ORANG TUA TUA tahu BAB FARAID ini sebab ianya salah satu ilmu yang semakin HILANG dan diangkat dari dada manusia....

.....bagi mereka yang sedang mempelajari dan mendalami ilmu ini,...SILA BERSUARA dan SEBAR SEBARKAN!! NYATAKAN hukum yag kamu tahu....

sekian.

5 comments:

cheryna zamrinor said...

kak..tadi masa menyapu laman, sha teringat benda nieh. tiba2 macam jiwang sket. sayu. teringat macam2...disebabkan harta nieh kadang2 org pentingkan bini baru dr anak. tp harta arwah bini punya.

hmm..harap tak jadi kat sha.

anjang said...

kalau ikut faraid semua masalah akan selesai. Masalahnya apabila duit atau peluang dapat duit ada depan mata faraid pun entah melayang ke mana-mana?

Nizam.Ariff said...

Kelabu mata menjadikan faraid = far aid.

uji6june said...

akak setuju ngan Anjang

sebenornya kalo kita ikot
faraid .. tak jadik masalah pon

yang jadik masalah
bila ketamakan dah mengelabui
bijik mata ..
menafikan haq pada orang yang sebagaimana sepatotnya dapat

*

ASH said...

cheryna,
kesalahan orang tua tua memang susah nak ditegur.kalau ditegur cam jadi anak derhaka...walhal dah salah, kena le tegur..kan?

anjang,
masalahnya faraid pun tak tahu..
dan tak nak ambil tahu...
kalau tahu pun, buat buat tak tahu..

Nizam,
farrrrrr from aid ek?

uji6june,
Ramai tak nampak keadilan Allah...ramai pakai kepala HOTAK sendiri..tu yang susah tu.