Salam,
Ini adalah gambar gambar dan lokasi surau yang berada di dalam seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Bagi mereka yang melalui seksyen 3 dan ingin menggunakan kemudahan di surau surau ini, informasi di bawah mungkin dapat membantu anda.
Ini adalah gambar gambar dan lokasi surau yang berada di dalam seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Bagi mereka yang melalui seksyen 3 dan ingin menggunakan kemudahan di surau surau ini, informasi di bawah mungkin dapat membantu anda.
SURAU MADANI
Lokasi : hampir di hujung Jalan 3/3
Mempunyai kawasan yang luas.
Terdapat taman kanak kanak dan gelanggang badminton/takraw bersebelahannya.
Qariyah terdiri daripada mreka yang mendiami kawasan perumahan banglo, semi-d dan teres dua tingkat.
Terdapat pelbagai pengajian dan kelas agama yang dijalankan di sini.
.
.
.
SURAU SEMENTARA TTB3
Lokasi : Terletak di No 1 Jalan 3/42
Ia merupakan rumah teres dua tingkat (corner lot) yang telah dijadikan surau sementara.
Qariyahnya terdiri daripada penduduk di perumahan tersebut.
SURAU ABDUL RAHMAN A'UF
Lokasi : di Jalan Utama 3/1 dan 3/26
Terdapat Tadika Tahfiz yang berhadapan dengannya
serta
taska Cahaya Ummah di sebelahnya.
Berdekatan taman permainan kanak kanak juga.
Di surau ini terdapat kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun),
cawangan Abdul Rahman A'uf .
Bagi penduduk sekitar, surau ini juga mempunyai kelas kelas pengajian yang aktif dijalankan selepas Maghrib dan Subuh.
Qariyah terdiri daripada penduduk sekitar jalan 3/20 dan seterusnya.
Dikelilingi perumahan rumah teres dua tingkat.
SURAU BANGI PERDANA
Lokasi : di Jalan 3/1 dan berhadapan deretan Kedai Bangi Perdana
Mempunyai taman permainan yang selesa berhampirannya.
Solat Jumaat telah dapat diadakan di surau ini.
Surau ini masih memerlukan perbelanjan untuk menyiapkan pagarnya.
Qariyah terdiri daripada penduduk yang mendiami perumahan rumah teres dua tingkat di Bangi Perdana.
SURAU ASSOBAH
Surau ini adalah surau yang paling awal didirikan di Seksyen 3, BBBangi.
Ianya bermula dari surau yang kecil tetapi telah diperbesarkan dalam tahun 2004 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah.
Setelah surau ini diperbesarkan maka Solat Jumaat dapat diadakan.
Lokasi : di Jalan Utama 3/4 dan 3/5F.
Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Jalan 3.
Terdapat gelanggang badminton/takraw di sebelahnya.
Kelas Tahfiz Ummah (untuk kanak kanak 7-12 tahun ) terdapat di sini iaitu cawangan As-sobah.
Qariyah terdiri daripada mereka yang tinggal di perumahan rumah banglo, teres dua tingkat dan flat berhampiran.
sekian
12 comments:
ada di antara surau ni rasa macam aku pernah pergi
Anjang, surau mana satu tuh?
ai suka surau kat darul shifa tu. ada ekon kan? heheheh
Jah,
surau annur kat seksyen 1.ada dapat wifi lagi!!
surau assobah pun ekon gak Jah!
Kalau aku ke sana, aku nak tumpang sembahyang kat rumah akak boleh?
inilah indahnya bangi. rindu betul.
thanks for everything, kak.
selamat hari raya aidiladha:)
Nizam,
ha ha ha..
rumah aku beberapa langkah dari surau..
afdhal solat kat surau..
tapi nak solat kat rumah pun, no hal!
cheryna,
selamat hari raya to you toooo!!
kalau makan sodap sodap, ingat akak..
uuu..ley gune ni..mn tau akan2 dtg..ngee~ ^^
et,
ya la..kut kut nak berkunjung ke Bangi...kan?
Info Masjid sekitar BBB pastinya menyusul....
Masjid?
hmmmmmmm tak berapa banyak..tapi boleh la!
Post a Comment