Salam,
Terdorong aku untuk menulis ini adalah kerana desakan seorang teman.
Yang bertanyakan formula untuk anak anak mendapat kejayaan yang cemerlang.
Yang bertanyakan rahsia.
Yang inginkan tips.
Siapalah aku untuk memberikan itu semua?
Aku hanyalah seorang cikgu yang tadika yang beranak sembilan.
Yang KECEPUH KECEPAS ke sana ke sini seperti seekor sotong KURITA "bertangan" dua terputus enam yang lain.
Aku tiada formula kecemerlangan.
Aku tiada tips kejayaan.
Aku tiada rahsia tersembunyi.
Seperti ibu ibu yang lain, aku hanya ada harapan.
Harapan yag ku bisikan dalam hatiku.
Harapan yang kupanjatkan dalam doaku.
Mungkin sedikit keilkhlasan.
Dan mungkin ianya dimakbulkan..
Dan aku tiada daya melainkan pemberian yang ESA.
Kiranya ingin berjaya dunia dan akhirat,
pesanku:-
1) Pastikan niat.
2)Tahu arah dan tujuan.
3)Usaha dan matlamat.
4)Mohon doa.
5)Peka pada suasana.
6) Ketertiban dan disiplin beragama.
sekian
No comments:
Post a Comment