Bunga Melor yang selalu aku temui berwarna putih.
Aku tak tahu spesis bunga Melor yang berwarna selain dari putih.
Mungkin ada...
Ianya kecil tetapi baunya cukup wangi terutamanya di malam hari.
Segar.
Dalam pengetahuan aku, daun daun pokok bunga Melor ini juga boleh digunakan dalam perubatan secara tradisional.
Nenek suami aku memberi petua supaya daun pokok bunga ini ditumbuk dan ditepekkan di dahi sekiranya ingin mengurangkan suhu badan yang panas.
Daun ini juga digunakan untuk mengurangkan bisa sekiranya ada bengkak bengkak di badan yang disebabkan oleh gigitan serangga.
Kaedah perubatan tradisional yang diamalkan oleh nenek mertua aku ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik tetapi sekiranya ada bahan ini di depan mata, maka aku tidak akan teragak agak menggunakannya sekiranya perlu.
Semalam aku melayari internet untuk mencari idea lipatan bunga.
Aku terjumpa kaedah lipatan untuk bunga melor ini.
Ianya boleh digunakan untuk melipat kain NAPKIN.
Sesuai benar kiranya untuk hidangan khusus buat pengantin atau mungkin juga inginkan satu kelainan dalam menyediakan meja bagi jamuan tertentu.
Yang aku lipatkan ini hanyalah kertas warna A4 yang dijadikan segi empat sama terlebih dahulu.
Kalau kain NAPKIN, bagaimana pula hasilnya...
Sekali imbas aku tengok bunga ini macam bunga Lawang..
hmm...
apa apa aje lahhh..
sekian
2 comments:
hehehe. pasni try bunga cengkih plakss...
Jah,
bunga cengkih kiut kiut gak kan?
Post a Comment