Salam,
Siapa tak suka petai angkat tangan???
ha ha ha ha
Tak per..aku tak marah.
Tapi jangan marah pada mereka yang ada NAFSU makan bila nampak petai. Pada suatu hari, aku dan suami dapat jemputan pergi rumah seorang staff dia di Negeri Sembilan.
Lokasi kediamannya aku tak ingat tetapi ianya sebuah rumah yang didiami oleh sorang nenek bersama cucunya.
Staff suami aku ni adalah seorang gadis yang dibesarkan oleh neneknya.
Dia menjemput kami sekeluarga bersama sama dengan 3 keluarga yang lain untuk makan tengahari di rumahnya.
Menu?
So simple..Makanan orang kampung.
Nasi putih berlauk masak lemak..yang PODAIH..tetapi ada ikan masin goreng, petai bakor, daun selom serta kacang botol disempurnakan dengan sambal belacan yang PERGHHHHH menggaru hidung!
Aku tengok masak lomak tu nampak sodap sangattt..tapi sebab sebelum ni aku dah biasa TERKENA dengan acik NOGORI yang pure..bubuh kuah tak HENGAT dunia pastu tak tahan pedas meleleh air lior tepi singki. ha ha ha...kelam kabut tuan rumah rasa bersalah.
So aku berhati hati kali ini.
Aku cedok sikit jer kuah. Ambik ikan masin dan ambik petai bako, calit sambal sikit.
Mulanya aku rasa rasa dulu.
Lepas tu MEMANG sedap ditambahkan pula ada petai bako maka aku mula tak sedar diri.
Makan...ambik petai...makan ambik petai...makan ambik petai..
Orang lain tak usik pun petai bako di talam mereka.
maka pakat hulur pada aku...
BERANTU betul aku makan..
sedar sedar aku dah empat kali tambah. Orang lain semua dah berhenti makan.
Suami aku macam nak terbeliak mata tengok kulit petai tepi pinggan aku!
ha ha ha..
TAK BOLEH JUMPA PETAI BETUI BINI DIA NIH!!!!
sekian
p/s gambar di atas ialah petai jeruk yang kami adik beradik PANTANG jumpa! SEMUA AKAN JADI HANTU PETAI...
28 comments:
Adik beradik JADI HANTU PETAI...?
Tolong list down 7 org tu mengikut tahap minat mereka terhadap petai itu...
(berdasarkan pemerhatian anda)
hahaha
tak pe makan petai untuk kesihatan,tapi saya rase mesti ayu je muka kak ASH nie,sebab suke ulam ulaman..
wooo. wooo. petai adalah setappp. bakar ker. rebus ker. buat sambal ker. gulai ker. malah sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa...
GPI,
ha ha ha..kalau jumpa PETAI JERUK
nak aku boh kamu no 1 ke?
yuyee,
aku memang suka ulam ulaman..that's for sure...
awet muda? tak der lah..
salam ziarah dan salam ukhuwah...
hai makan petai dah tak ingat kat ummi ek
AKu suka petai...
Orang Cina pun suka petai...
Satu hari tu, aku singgah Bidor nak beli petai. Ada satu Ah Pek, dia kata ' Petat maaanyak baguuih, moleh kasi angkat-angkat '...aku tak faham, tapi aku beli jugak setandan.
Tak lama lepas tu, aku terbaca, petai adalah afrodisiak, baru aku faham... hahahaha
ha ha ha. Kelakor lak kak gerau baca. Memang demam petai la awak hari tu ek.
walaupun dah masuk dua tiga kali baca n3 ko, aku tak ngomen. Aku baca je. Bila baca aku pun sebak. aku pun tak sangka gak ramai kengkawan bloggers yang datang. cuma rasa ralat tak dapat nak melayan dan berbual2 dengan diorang.
.
.
AKU SUKA PETAIIII!!!!
Kite suke petaiiii jugak!!! hehehe
Me too. Petai lover.. =D
akak nampak tangan sapa tengah masih dok lambai² tetinggi ni? heheh :|
aku dedulu makan kak, tapi la ni asal makan badan berangin di tahap dewa. tapi sebijik dua tu aku cekik juga. he he.
.
hihihi...akak, patutlah suruh letak menu petai bakar ye! dun worry...kalau sha buat pon dah ada ala2 acik tuh buat sbb sha nieh pon hantu petai...and i'm from negri sembilan!
petai roxxxx!!!
Kat rumah agaknya ada bilik air yg exklusif kot. Yg orang lain tak boleh masuk.
Tijah,
best kan petai..apasal ek??
aku syak petai pun ada kandungan seakan akan ganja juga kutt...KUT la!
Ummi Humairah,
salam ukhuwah..memang seronok time makan petai cicah sambal..makan tak ingat orang lain!! he he he
Nizam,
aphrodisiak...hentam saja la.
beli setandan?
bawak S.A nak jual pasar malam ke?
ha ha
gerau,
pelikkan? aku kalau makan durian dan petai jarang demam..
dah sebati dari kecik kut.
tapi kalau makan kerang kerangan ada kebarangkalian terguling guling..atau tergaru garu..
ha ha ha
kakpah,
terharu kan...aku pun tak sangka..tu yang rasa THRILL habis tu.
cumanya acik 'lupakanajer' tak datang..
ingat nak berkenalan!
blogresepi,
hah nanti boleh reka resepi baru yang guna petai..
err kalau masak asam pedas Melaka, boh petai sedap tak?
Syirah,
weiii hang minat tapi..silap silap hari bulan cik abang tak makan tau!
cik abang aku ANTI petai...ha ha ha
KOG,
ko kena kibarkan BENDERA..
SAYA ANTI PETAI!!
ha ha ha..
abang ku punnn tak suka. jarang ada bekalan petai di rumah tapi bila pergi makan kat kedai...aku BANTAI..
TM,
berangin tu mungkin tak tahan le tuh..
aku selalu gi buat refleksologi..
sebulan sekali gi urut satu badan.
rasa sihat la sikit...
cheryna,
amacam, kalau jumpa boleh dapat petai bako tuh?
he he he
GJ,
jumpa petai sekali sekala je..bukan tiap tiap hari.
lagi pun malaysia kan kaya dengan ulam ulaman yang lain..ada timun,daun selom, pegaga, daun gajus, kacang botol,bunga betik,bunga kantan...etc etc..
lagipun TUAN yang makan tu yang membasuh TOILET...
hari hari pulak tu.
so..fair and square laaa..
he he
oh ye...yang pasal kelas PHOTOGRAPHY tu boleh sesiapa pergi ke..tak beapa nak faham nak replay macamana kat FB tu..very CONFUSING la!! tak berapa gomar nak guna FB
Mak pesan sebab nak buat sambal goreng Jawe... aku beli le seikat.
Masa tu baru RM18 je...
Apasal sambal goreng Jawa kakak aku tak der petai, eh?
Ni lain resepi nih...
nak kena suruh dia korek resepi mak mertua dia..ha ha
sure kencing piau bau petai...
kihkihkih...
saya pon makan petai gak
- sambal petai
- petai mentah cecah sambal blacan
tapi lom pernah cuba makan
samada bakar atau jerok
nanti bolehcubatraitesttengok !!
:)
*
ibusinga,
he he he he he he
itu TRADEMARK petai!!
uji6june,
ooooo petai bakor sedap..
petai jeruk mungkin ada yang tak gomar sebab ianya masin sikit ala ala lobak masin gitu..
Itu peview sahaja, PERCUMA. Tu yg kalau boleh, nak gi tu. ;-) Executive Diploma d UTM itu sendiri kena bayar. Preview tu Sabtu ini di Dewan Jumaah, UTM International Campus, Jalan Semarak, KL. Boleh jumpa fotografer lain borak². Kalau dapat pergi, pergi je la. No obligation. Saya pun tak tau dapat pergi ke tidak. Cuma kursus ni disediakan oleh anak-anak tempatan/watan. Baru ni Canon adakan Hall of Fame, semuanya che ye nun alif... :-P
GJ,
thank you for the info..
che ye nun alif tu alif pa?...
ha ha ha
gile petai jugak..hek3..sedap kan petai..uuu~~
ET,
kalau check gigi kat mulut orang yang baru makan petai camaner ek?
ha ha ha..
Post a Comment