" Nanti berapa ramai nak dijemput ?" aku tanya mak soalan berkenaan dengan perancangan kenduri adik bongsu aku pada hari raya ke lima ( 23 Ogos 2012 ) nanti, InsyaAllah.
" Lebih kurang seribu le kut " mak aku jawab.
" Tapi kali ni kita buat nasi putih dan lauk kampung jer. Sebab orang baru lepas raya...jemu tengok ayam, daging "
" Masak apa mak? " aku tanya mak.
" Nasi putih dengan ikan keli goreng cili. Sayur gulai terung ikan masin. Lepas tu pakcik kamu tu nak sembelih lembu juga dengan kawan kawan dia. Mak pun tak kisah ler...Dia nak masuk sup dengan kawan kawan dia. " ujar mak lagi.
" Berapa banyak ikan keli nak masak tu mak ooi...Seribu jemputan tu...!! Boleh ke demer buat?" aku tanya lagi...sangsi memikirkan kerja kerja yang banyak dan bertimbun semasa kenduri.
" Dah kita berjanji dengan orang kontrak macam tu. Pandai pandai demer le. Demer sanggup. "
" Kenapa mak tak suruh masak gulai lemak nanas dengan ikan masin jer? " aku komplen..hahahah..peminat gulai nanas ikan masin la...KUNUNnya.
" Terung pun takper " jawab mak ringkas.
" Lepas tu sambal belacan dengan ulam timun "
" Daun daun ulam lain mak.? Ulam raja, pucuk jagus, petai ke???.."
" Tak payah..."
Aiseh men...
" Wali siapa mak? Budin ke Oman?" aku tanya siapa yang nak menikahkan adik ku itu.
Ya la.
Abah aku kan dah tak der lagi.
" Budin ler...tapi si Budin tu boleh tak ingat masa dia nikahkan si budak Sha dulu tu" jawab mak.
Eh budak BUDIN ni!!
Apa yang dia ingat?!!!
hahaha
Dia ingat masa dia berkejor kejor dalam masjid Shah Alam dulu tu jer kuttttt...
UNTUK DINIKAHKAN!!
wakakakakakaka
Budak Budin senyum senyum kambing kat rumah kakak dia sebelum malam akad nikah!!
31 OGOS ye!!
Err..entry ni nak cerita pasal perancangan kenduri ke atau pasal nak mengata si BUDIN?
.
.
.
Ampun beribu ribu ampun wahai Budin yang Budiman....
Okay, aku rasa aku kena le jemput kawan kawan blogger aku yang tak seramai mana tu.
Siapa yang tak keberatan jemputlah ye, TAS, Nizam, KOG, Tijah, kakpah, Gurindam Jiwa, Zafi ( kalau boleh terbang dari UK sana nu ), Mamaazfar, Azani, Encik H...sekeluarga..(yang bujang datang sorang pun takper).. ke teratak bonda aku nanti.
Yang mana aku ada phone nombor you all, aku sms remindkan nanti. InsyaAllah.
sekian
4 comments:
uish lauk kampung sedap tu. raya taun ni insyaallah balik penang. akak buat kat mana tu?
kat kampung Gunung semanggol..rumah mak.nanti akak sms direction..bila dekat dekat harinya nanti, insyaAllah.
gunung semanggol..?
u mak ai.
jauhnya kak.
hehe.
.
Allah..kalau dari Teluk Intan tu takder nyer jauh!!
.
.
.
.
PERAK juga.
.
.
.
.
.
Errr..kalau kamu balik Teluk Intan lerr
Post a Comment