Assalamualaikum,
Suatu masa dulu, setiap hari Selasa pagi di kampungku, mesti aku pesan pada ayahanda.
" Jangan lupa kuih peria Makcik Banjar! "
Pekan Selasa adalah pasar lambak seumpama pasar tani atau pasar malam. Cumanya kalau di kampungku ianya diadakan sewaktu pagi.
Penjual ikan dari keturunan Cina sudah bersiap sedia di hadapan kawasan masjid pekan Gunung Semanggol sebelum masuk waktu subuh lagi.
Sebaik selesai Subuh, orang kampungku sudah mula keluar membeli ikan, sayur mayur, kuih muih dan pelbagai aneka barang keperluan lain.
Pukul 11 pagi, pasar ni dah berkemas. Tamat.
Dan kuih muih macam kuih peria kegemaranku ini pula, kalau jam 9 baru nak terhegeh hegeh ke sini. Alamatnya tinggal talam kosong je laaa...
.....selamat mengigit jari!
Err...aku wonder makcik Banjar tu masih menjual atau tidak lagi.
Kuih yang dalam gambar ni aku beli kat kedai makan jer..
Bukan kat pekan Selasa.
Yang makcik Banjar pekan Selasa tu jual, lagi sedap laa..Lagi UMPPPH..
Yang ini macam kureng sikit.......tapi boleh la.
Kat KL payah jumpa.
Tak pernah jumpa pun selama berbelas tahun aku dok di Bangi ni.
.
.
.
Makcik BANJAR ( atau keturunannya ), minta resepi....boleh?
p/s
TAS....ko pandai tak?
sekian
3 comments:
ye.. kuih banjar nih.
aku tau kak...
tau mkn je.
hehe.
.
ni bukan kira kuihh gulung yang intinya kelapa manis gula melaka tu ke?
aku suka yang tu. yang ni pun mungkin suka juga kut...
Tas,
yang itu aku pun tahuuuu..
Nizam.Ariff ( yang dah bukan AKU? )
itu kuih ketayap..inti sama..
kulit lain...ini dari tepung pulut.
kenyal kenyal..
Post a Comment