Assalamualaikum,
Ada kekecohan telah berlaku di suatu tempat di kaunter orang memasuk dan mengeluarkan duit..
Tak payah la aku mention di mana tapi aku tengok ketidakadilan kepada tuduhan yang dikenakan oleh pelanggan yang terlibat.
.
.
.
" Macamana boleh tak ada duit dua ribu tu...bla bla bla! Sekarang ni semua orang tak boleh dipercayai. Entah dilesapkan masuk poket sendiri!!" suara pelanggan itu boleh didengari oleh semua orang di ruang tempat keluar/masuk duit di premis berkenaan.
Hmmm...
Aku lihat pekerja yang melayani karenah pelanggan itu hanya sabar sahaja. Dia meminta bukti dokumen yang diperlukan dan menerangkan sebaik mungkin.
" Encik suruh saya check, saya dah check...tak ada" katanya
" MANA BOLEH TAK ADA!!!..SAYA DAH MASUKKAN cek berkenaan...bla bla bla..Macam ni kita ambik quran buat sumpah...bla bla bla..." pelanggan itu bersuara keras dan lantang seolah olah mula naik angin.
Aku tengok semua pekerja di kaunter sudah memanjangkan tengkuk dan mula masuk campur.
Pakcik guard pun sudah datang ke kaunter berkenaan.
" BIAR betul dia ni?!!" aku berkira kira dalam hati sambil melihat angka giliranku dan mengharap supaya cepat aku selesaikan urusanku di situ.
Hmmm..
Inilah satu karenah di premis yang mengada servis.
Semua pekerja itu HANYALAH PEKERJA!
Dan aku lihat pelanggan itu tidak patut membuat tuduhan melulu kepada pekerja yang bekerja di kaunter. Dia hanya seorang kerani di kaunter. Dan apa yang disuruh oleh pelanggan itu HANYALAH MEMERIKSA SAMADA di dalam akaunnya telah ada wang rm2000.
Entah masuk ke tidak cek yang dikatakan dimasukkan itu?
Entah betul ke dia masukkan?
Entah betul ke dia masukkan nombor akaun.
Di mana bukti resit yang sepatutnya dia simpan?
Mesti bukti bukti tu ditunjukkan dahulu barulah boleh tuduhan dibuat ke atas premis berkenaan.
ADA FAHAM???
Aku dengar itulah yang dicakapkan oleh kerani itu kepada yang berkenaan.
Dan yang berkenaan pun harus faham. Duit takkan lesap begitu sahaja....
Dan duit pun takkan senang senang dimasukkan ke dalam sesuatu akaun melainkan ada BUKTI RESIT.
...lainlah kalau orang ini pun NGOK mangut jenis pembohong dan pelakon BESAU yang nak menipu JUGA.
KALAU AKU JADI KERANI KAT KAUNTER TU, aku cakap je...
" Saya pun perlukan bukti juga, tuan sebab sekarang ni berapa banyak bank yang dah kena tipu dengan adegan macam ni..."
errrr....
tetapi disebabkan aku bukannya seorang kerani di situ maka selesai sahaja urusan aku maka aku pun belah dari situ cepat cepat.
BUKAN APA...kang dia mengamuk keluarkan parang ke, golok ke...aku tak nak jadi saksi..
MALAS aku nak NAIK TURUN MAHKAMAH!
hehehehe
sekian
3 comments:
salam hajjah A
rasanya PDIM boleh bantu kot?
hmmmm....
live in denial org tu!!!
amn,
hmmm entah la..boleh kut
zafi,
wallahualam...tapi kut ye pun tak yah dia MENGAMUK ala ala MENURUN pulak depan kaunter tu..seolah olah macam kerani kat kaunter tu yang lesapkan duit dia
Post a Comment