Wednesday, June 20, 2012

Sejenak di pantai..

Assalamualaikum,

Kadang kala apabila udara terasa sesak dan merimaskan membuatkan dirimu dan diriku seolah olah mahu berlari keluar ke alam bebas. Terasa diri ingin kembali semula kepada ketinggian 3 kaki dan dipanggil dengan nama kanak kanak.

Kanak kanak hanya tahu bermain, bergembira, berlari riang, makan minum pada hidangan yang tersedia. Mereka tidak perlu berfikir tentang turun naik ekonomi, pergolakan politik, perebutan kuasa, pertumpahan darah....yang berlaku di keliling mereka.

Aahhh......dan aku terasa ringan dan damai hanya dengan melihat telatah mereka!
Seolah olah dapat membaca apa yang bermain di fikiran mereka...





" Abang, jangan la pergi lagi! "




" Chat cilok at at...chak cilok kucing lompat..."







" Aiseh men...mana abang aku tadi.."






" Yo brader..best kan kat sini, jom terjun nak?"





" Wei...cuba tengok kat sana tu...lagi bestttt"






 " Ha ah la... apasal kita takder?"







 " Tolongggggg...tolongggg..."








 " Alaaaa.... takder sapa nak tolong ke?"






" Tu bapak dia ada kat tepi tu...sajer jer ngengada.."


Sepetang di Pengkalan Balak, Melaka.
Melarikan diri dari indeks pencemaran udara kota yang sedang mencanak!


sekian







No comments: