" Assalamualaikum Puan, saya bapa L ni. Nak tanya.... hari ini perjumpaan ibubapa dengan guru sampai jam berapa? " satu suara menelefon aku sebaik sahaja aku telah bersandar sandar di sofa rumahku sambil menikmati angin sejuk dari kipas yang berputar laju di ruang tamu.
" Perjumpaan tu dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. "
" Bukan sampai jam 1 ke? " tanya si bapa lagi.
" Maaf Encik, hingga jam 12 sahaja "
" Jadi macamana nak jumpa cikgu ni? Tadi saya ada kursus haji di Masjid Hassanah dan hari ni kursus yang terakhir jadi tak boleh la terlepas " sambungnya lagi.
" Hmm..takper la, Encik. Nanti kita jumpa hari Isnin sebab saya pun sudah di rumah ni. Kalau ada apa apa hal kita bincang Isnin nanti "
Mujur la bapa budak tu tak minta aku ke sekolah juga. Kalau tidak, malas le pulok aku nak bersiap dan berkejar ke sekolah...tambah tambah pula perut dah bernyanyi nyanyi minta diisi dengan sajian tengahari.
Hati aku berdetik ketika dia menyatakan bahawa kelmarin adalah hari terakhir kursus haji di Masjid Hassanah, bandar Baru Bangi.
Hmmmm...dan aku terkenang kembali detik detik di mana aku menghadiri kursus yang sama setiap Sabtu tahun lalu.
16 minggu lamanya.
.
.
.
Hari demi hari di dalam debaran menunggu untuk keberangkatan ke tanah suci.
Oh, jika aku dapat gambarkan bagaimana gembiranya perasaan aku itu...
.
.
.
.
dan aku sungguh teruja kerana ada juga dari kalangan ibubapa muridku yang mendapat panggilan TERAGUNG itu, tahun ini.
Berdoalah kalian semua, semoga dapat menjadi TETAMU ALLAH walaupun sekali dalam hidup!.
Labbaikallah hum mala baik...labbaikala syarikala kala baik...
.....kalau pergi dengan Muassasah macam aku ni, boleh dapat roomates ramai.....
Yang pakai dua nametag, tali ijo ngan tali merah tu sebab kena lantik jadi ketua darjah!!
hehehehehehehehehehehehe
* YO LER TU!!
sekian
No comments:
Post a Comment