Saturday, June 16, 2012

Aku seorang cikgu tadika..

Assalamualaikum,


Selesai perjumpaan dengan ibubapa pada hari ini, seakan satu bebanan dari bahu telah diangkat.
Setiap kali perjumpaan sebegini  diadakan, satu gumpalan kegelisahan akan ada dan berkecamuk dalam dada guru tadika kecil seperti aku.
.
.
.
Kadang kadang walaupun pertemuan ini  dianggap tidak berapa penting bagi sebahagian ibubapa, tapi ianya penting buat aku.
.
.
.
Aku perlu menerangkan kepada mereka yakni para ibubapa sekelian tentang peranan mereka dalam menyediakan anak anak untuk ke sekolah.
Aku perlu memberitahu ibubapa mengenai prestasi anak anak mereka dari A hingga Z.
Sebelum ini anak anak mereka TIDAK TAHU APA APA....diajari sehingga kepada anak anak mereka merangkak rangkak dapat mengenal ABC....dididik sehingga kepada anak mereka merangkak rangkak dapat membaca dan menulis.
.
.
.
Ada di kalangan ibubapa merasakan pertemuan ini tidak penting.
Ianya TIDAK setaraf pembelajaran atau pencapaian di peringkat UNIVERSITI.
.
.
Aku sangat maklum tentang itu.
Tapi ketahuilah kalian semua bahawasanya dari asas sekecil inilah anak kalian akan melangkah setapak demi setapak hingga ke menara gading
.
.
.
Aku tahu aku hanyalah cikgu tadika yang tak punya apa apa.
tapi aku tetap mempunyai harapan sebesar gunung dan doaku bak banjaran UHUD!
.
.
.
kerana bagiku anak anak kalian adalah anak anakku jua...

p/s
 huwaaaaaaaa...aku penat ni!



... dah nama pun cikgu tadika...nak bertolak ke ARAFAH pun,  boleh dok ber peace lagi..
keh keh keh!!


sekian

6 comments:

Abu Ikhlas said...

Wahdah semangat blogging....keep it up

Abu Ikhlas said...

Wahdah semangat blogging....keep it up

Nizam.Ariff said...

sempat lagi tu tunjuk 'peace' keh keh keh keh.....

Tijah said...

makbapak patut berterima kasih lebih pada cikgu tadika ni. sbb diorang la yang dulu discover masalah anak2 yang makbapak tak tau seblm ni. contoh dyslexsic, austisme, etc.

takanang juo said...

kehkeh.. Kita guru tadika yang ada ijazah.. Ada orang kesah? Haha..

ASH said...

Abu Ikhlas,
ya..keep blogging for you too..

Nizam,
peace yo!

Tijah,
yup..thank you kerana memahami..

kakpah, ( bilo masa pulo 'tokonang' ni kuor? )
tak kesah laaaaaaaaaaaa....
hahahahhahahaha