Thursday, June 28, 2012

Kemaruk cinta bintang..

Assalamulaikum,

Kira kira beberapa dekad yang lalu, dia sering dipuja puji oleh seorang gadis pinggitan. Gambarnya yang terpampang di dalam sebuah majalah pernah dikoyak dan diseludup keluar dari sebuah perpustakaan hanya kerana cinta kemaruk gadis itu terhadap dirinya.

Kemudian gambar PIN - UP itu menjadi paparan hiasan loker baju gadis itu di asramanya.

" Hahhhhh..jadi jadi la letak gambark tu! Tarak dia kenai hang...Toksah la dok kemaruk bekenan kat orang terkenai tu...Hang ja kenai dia, puja dia....Tapi hang tak termasuk pun senarai orang yang dia kenai.." ucap seorang kawan kepada gadis itu.

" Aku peduli apa aihhh dia kenai aku ke tak....Janji aku suka tengok dia..Hensem oooo.."

" Pooodahhhh...Dok pakai seluark tak tutup aurat. Kaki pun berbulu..Tu pun hang nak letak gambark dia kat loker..Woiii.....malaikat rahmat tak masuk... woooiii!!"

" Ngeh ngeh ngeh...."

Setiap hari dia akan memperkatakan tentang kehenseman pemuda bintang sukan terkenal itu. Tentang gayanya di arena. Tentang kehebatannya di stadium dan gelanggang. Kemenangannya dalam satu perlawanan yang unggul menyebabkan bertambahnya lagi rasa kasih dan sayang gadis itu terhadapnya.

" Hang ni kemarukkkkkk laaa!! Nyer habis gunting gambark surat habark aku yang aku nak baca ni... Haihhhh..... Buang masa la dok kutip gambar dia!'

" Orang minat! Orang punya suka laaaa! "


Dan tahun demi tahun berlalu.
Si gadis tetap terus menerus mengambil tahu  perihal bintang sukan pujaannya itu sehinggalah pada suatu hari......

" Kah kah kah...ni bintang pujaan hang nak kahwin dah ni ooooiii!! Dengan seorang pramugari kapalterbang...Jumpa pun dalam kapalterbang...NGEH NGEH NGEH...
Woiii...tu la aku kata...toksah dok puja puji sangat haihhh...
Dia pandang had orang lawa lawa setaraf paramugari jaaaaa...
Baru padan ngan dia..Hehheheehhehe.."

Kawan yang sama yang sering mengkritik pemujaan gadis itu terhadap bintang pujaan menunjukkan satu kolum gossip dari senaskah surat khabar.

" Hmmm..ada ka aku kata aku nak kahwin ngan dia??? Hang tok sah dok perangat aku..." sahut si gadis biarpun hatinya agak terguris apabila membaca tajuk kolum tersebut.

" Dak aiiihhhh...Tapi gaya hang dok puja dia tu macam hang nak jadi bini dia la pulakkkk...Kah kah kah"

" Chesssss....tarak aku ambil hal laa.."

Tak lama setelah berita desas desus itu keluar maka perkahwinan bintang pujaan dengan pramugari kapalterbang tersebut menjadi kenyataan.
Lantas si gadis merasa agak sepi dan merasa jauh hati dengan bintang itu.
Tidaklah diambil peduli lagi tentang apa yang berlaku ke atas bintang tersebut.
Dia mengasyik maksyukkan dirinya dengan dunia pembelajarannya.

" Lantak le ko..."

Gambar gambar PIN-Up bintang tersebut diturunkan dan direnyukkan ke dalam tong sampah.
Hatinya renyuk dan berkedut sama seperti gambar gambar di dalam tong sampah itu.


Tiada lagi pengumpulan gambar gambar pin up.
Tiada lagi cinta kemaruk puji pujian.
Hanya sekali sekala menonton perlawanan bintang itu di TV.
Itupun disebabkan cintanya terhadap sukan yang ceburi oleh bintang berkenaan.

.
.
.
.
.
.
.
Akan tetapi....
tup tup semalam.......
Errrrr keluor pulok satu berita kat TV.

Aikkkkk????
Awat la hang ceraikan bini hang yang lawa dulu tu?
Ishhhhh...
.
.
.
.
Hmmmmmmmmm.....
Innnalillahi wa inna ilaihirajiun.
Nak kata apa lagi kan?
28 tahun tu lama tau!
Bukan mudah nak survive those long years of marriage..
Hmmmmmmmmm.....
.
.
.
.
Sekian

5 comments:

ibundo said...

Tu namanya dah takde jodoh.
Aku dulu pun suka ngumpul pinup artis pujaan aku. Err..Donny Osmond hehe.. Ada dia kesah?

Gurindam Jiwa said...

Haha...

kucingorengemok said...

abang dia hensem lagi skit, kak, tapi tak tinggi ;)

ASH said...

ibundo,
mak aii!!..minat orang putih ghupernye...

GJ,
ngeh ngeh

KOG,
abang dia dulu kan MOHICAN...tu yang tak minat tuu...

zafi said...

hahahahhahaha adakah gadis itu anda? :P hehehehehe