Friday, June 15, 2012

Longgor...

Assalamualaikum,

Aku tengok budak AI berdiri di depan pintu tandas.
Kakinya terkepit kepit.

" Hah..kenapa ni?" aku tanya AI.
" Nak terkencing, ek? "

" Hmmmm...dah terkencing dah tu. Tengok seluar dah basah. " sahut cikgu Y.

"  Laaaa...dah dok depan pintu bilik air dah. Kenapa yang tak masuk dalam jer kalau dah rasa nak terkencing sangat...HAIIIH..budak ni laaa...Bila la nak pass gi toilet ni?"

Aku suruh AI masuk toilet dan menanggalkan seluar yang telah dicemari dengan air kencingnya itu.
Aku suruh dia bercebok dan letakkan ke dalam sinki seluar tadi sementara aku mencari seluar gantian untuk dipakaikan kepadanya.

" Udah tak ada seluar yang saiz dia nih. Mana pergi seluar lagi?"

Budak AI ni memang selalu kencing dalam seluar.
Seluar 'spare sekolah' yang aku gantikan pada dia jarang dibawa balik semula kepada aku.
Haaaiiih....

Yang ada hanyalah seluar SPARE yang bersaiz besar.
Aku pakaikan juga kepadanya.

hihihihi...

" Udah longgor le pulak!!"

Cikgu Y dan cikgu T tersengih sengih.

Aku melipat seluar tu di bahagian getahnya tetapi masih agak longgar.

" Takper le AI. Kita dah nak balik dah. Nanti beritahu bibi awak yang awak dah terkencing dalam seluar. Pastu hari Isnin bawak balik seluar yang besar ni ke sekolah semula, TAU?? TAU??"

AI angguk angguk. Entah dia faham ke tidak. Bukan boleh pecaya sangat budak ni.
Berapa banyak dah seluar yang tak dikembalikan semula.
Aku nak kena beritahu pada bibi nya juga.
Bibi pun kadang kadang aku tengok agak  BLUR juga.
Kena dipesan dua tiga kali.

Haihh...

Seluar AI meloghoih sikit, Cikgu T tersengih.

" Kut meloghoih lagi, meh kita ikat ngan getah ler kut...Buat macam seluor budak kampung dulu dulu. Kita buat bonjot jer.. "

" Hah, orang tuo kat kampung, kalau pakai seluar dalam yang tak dak getah.. dah longgar, dia ikat gitu la. Tak pun dia bubuh pin" kata cikgu T.

" Kak T!! Boh pin kat seluor dalam?!!"

Kah kah kah...bior bebenor!!

" Sungguhhh..."


hehehehehehe

"Jom kita balik lekaih ler Ai. Karang meloghoih lagi seluor kamu!!'

hehehehehehe..


sekian

2 comments:

Nizam.Ariff said...

ikat dengan tali rapia je aku dulu-dulu...

ASH said...

Nizam,
buat talipinggang kan?
.
.
.
ada gambor tak?