Monday, September 28, 2009

Yesterday's story..

Salam,
Dapat sms dari adikku Sha ( yang tidak ada pada raya kedua kerana dah CHOW balik ke LIPIS..). Dia dan keluarga nak datang beraya.

" Datang tengahari, boleh lunch sekali" aku jawab.

"Tengahari kat rumah abang, around pukul 2 boleh"

Hmmm..time aku nak mengholoh dia nak datang. Mana boleh kan? Akak kena charge bateri la time tuu... mana boleh tinggalkan I punya SIESTA. Nanti I takleh berfikiran waras. Lagipun I tak nak sambut tetamu dalam muka busan dan menguap nguap.

"Datang pukul 4"

Hah..aku set time. Senang cerita.

Pagi semalam aku kena layan Maryam yang nak balik Lipis. Pepagi terjah restoren untuk bawa dia sarapan dan pergi My Mydin kat seksyen 7. Cari biskur kering, sabun mandi, milo peket etc etc. untuk bekalan ke asrama.

Lepas tu balik sesiap. Tik tok tik tok dah dekat pukul 11. Tak dan nak masak masak bagi bekal dia rendang ke untuk dibawa balik Lipis.

Abah dia kata tak pa la. Kat Raub boleh berhenti cari makan. Pesan kat Abah dia, suruh tidur je Raub. Just in case kalau nak balik semula KL jem..Mana la tau kan? The last day cuti raya ni.
.
.
.
Lepas babai abah dan Maryam yang bertolak ke Lipis, kelam kabut di dapur. Siapkan nasi lemak untuk dimakan tengahari sekaligus masak lebih untuk bekalan kak Aisyah ke Melaka. Kakak akan naik kereta dengan keluarga rakan sebaya untuk ke KMM. Pakcik Azmi, ayah kawan dia tu pun bekas kawan sekolah abah di SMAWP juga. Member baik..Pernah satu ofis juga. Orang Bangi..
Alhamdulillah.

Siap nasi lemak, suruh kakak makan. Jam dah tunjuk pukul 1 tengahari. Suruh juga anak anak lain makan. Senang..nanti boleh sesiap untuk nak masak kat tetamu yang datang pukul 4 pula.
Lebih kurang 1.45 pm, peeeppp peeepp..bunyi kereta Azmi sampai untuk jemput kakak balik ke KMM.
Okay..babai kakak..
...maka aku pun boleh rehat seketika. Lagipun hujan dah mula turun. Sedap lolap mata sebentar. Dah kena nasi lemak, memang le mengantuk.
.
.
.
Dah recharge batteri maka aktiviti start semula pukul tiga. Baru ke kedai cari menda nak masak. Ingat nak men CHAR KOW TIOW sahaja tapi Kow tiow dah habis pula. Sambar mee. Buat mee udang la. Berkuah sikit makan petang petang. Sambar udang, sawi, telur dan taugeh. Lain lain bahan dah ada kat rumah.
.
.
.
Balik kelentang kelentung..siapkan kuah dulu.
Bila dah last minit nanti baru masukkan meenya.
.
.
.
Pukul 4.08 minit Sha, Hassan, kak chik dan F&N sampai. Elok 10 minit kemudian, Kak Yan ( mak sedara aku ni) dan Acik Man sampai bersama 3 orang anak mereka dari Putrajaya.
Jemputlah makan mee udang berkuah yang tidak sepertinya itu..
.
.
.
.....dalam pukul 5.30 pm mereka pun balik. Aku pun suruh Husna dan Jenab mengomas. Aku biasa la. Lepas Asar, LEPAK depan komputer.Ingat malam ni sure abang aku singgah tidur di Raub. Sekali dalam pukul 7 pm dengar...

"ASSALAMUALAIKUMMMMMMM.!!! "
.
.
.
.
TARAAAA..Mr Saif dah sampai semula dari LIPIS.
Alhamdulillah... jalan tak JEM pun.
Thank you Allah.

sekian

10 comments:

Anonymous said...

Salam

Rasanya nak mai beraya le dgn Saif pagi Sabtu ni.

Lukman + Dr Lukman + Zakir + Abu + Hamka + Cikgoodeen + dll

Lukman

tasekM said...

balik awal tu ada makna tuuuuuuu... hiks.

:p


.

cheryna zamrinor said...

mesti gumbira tgk dia dah balik kan?
(tgh dok bayangkan saif ali khan yang balik...ehehe)

bila akak kata SHA, sha yang ini jd terpaku kejap. (eh, aku ade akak ke?)

then baca lipis, ingat siti nurhaliza plak...lagi blur.

penangan isnin kot. LOL!:p

Nizam.Ariff said...

Kak,
TM komen lebih kurang sama kat blog aku. Aku rasa dia ni penuh dgn syak wasangka la kan... hahahaha.

kucingorengemok said...

kita orang balik dari johor jumaat malam lepas buka... musykil lah, jalan tak jem, in fact lengang! bila orang lain balik?

ASH said...

Lukman,
Sat..nak kira pinggan mangkuk ngan sudu garfu..he he ..DLL tu kena habark berapa orang...senang nak BUDGET!!
Sabtu kena datang pagi pukul 11.30 ke 1 tengahari..kira makan tengahari laa tu...

TM,
tak dak makna apa apa haihhh..dah jalan clear, balik laaa..

ASH said...

Cheryna,
Mr Saif ni kadang kadang memang suka buat surprise..
Sprinkle bunga bunga cinta dalam rumahtangga. he he he.

Memang anak akak tu terpelanting bersekolah kat MRSM di tempat SITI tu..

Nizam,
TM penuh firasat..stail cam ada Kashaf juga la..he he betui dak TM?

KOG,
orang balik beransur ansur..tapi ghamai yang dah kena kerja hari RABU. Depa yang tak dak cuti balik ke KL hari SELASA lagi.

Unknown said...

Mak - kawan dtg!

Kami dtg nak sembang aje - rasanya mungkin tukar venue ke restoran mak no 2 (mamak).

Lukmanw

Unknown said...

Mak - kawan dtg!

Kami dtg nak sembang aje - rasanya mungkin tukar venue ke restoran mak no 2 (mamak).

Lukmanw

ASH said...

Lukman,
tak aci..
dah kata nak mai, KENA MAI!!