Salam,
Hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Syawal.
Keindahan Eidul Fitri dimulakan dengan takbir di subuh hari.
Solat subuh jua diakhiri dengan takbir di serata pelusuk tempat.
.
.
.
Solat sunat Eidul Fitri disusuli khutbahnya mengingatkan kita pada perlunya meneruskan ibadah kepada Allah sebagaimana pengibadahan kita sepanjang bulan Ramadhan.
Sebagai contoh perlunya kita mengimarahkan surau dan masjid di waktu solat fardhu sebagaimana kita mengimarahkannya di waktu solat sunat Tarawikh dalam bulan Ramadhan.
Satu Syawal tidak sepatutnya dicemari kerana kita telah melalui intensif course selama sebulan di 'universiti' Ramadhan...
.
.
...begitulah sebahagian isi khutbah yang telah disampaikan di surau berhampiran.
Kami sekeluarga bergambar di kedai selepas selesai solat fardhu.
Inilah pertama kali kami mengambil gambar di kedai.
Keadaan sungguh kelakar kerana Muhammad memang sukar diambil gambar. Pelbagai aksi dibuatnya.
Mujur kami adalah keluarga kedua yang beratur untuk diambil gambar di kedai itu.
.
.
.
Selesai bergambar, kami baru berkemas kemas untuk bertolak ke Ipoh.
Bertolak dari bangi lebih kurang 11.30 am dan kami tiba di Kampung Tengku Hussien (baru) ini lebih kurang 2 lebih.
Selesai makan dan solat, kira kira pukul 4.30 petang kami merayap ke rumah kak Maria ( kakak tiri suami aku) dan ke rumah nenek saudaranya di taman Meru.
Malam ini, adik ipar aku jadi Chef, menggoreng mee dan kue tiaw untuk anak anak sedara dan cucu sedaranya yang seorang itu.
.
.
Kami makan ramai ramai...
sekian
2 comments:
pagi ni aku balik melaka. round melaka sampai malam. jangan aku terceret-ceret udah... hehe..
selamat hari raya.
weh.. bila pasang nufnang tu.
kakpah,
Nufnang tu dah ada agak lama..
sepanjang bulan Ramadhan dah ada dah..
Post a Comment