Salam,
Aku sudah berada di rumah di Bandar Baru Bangi ini.
Perjalanan yang telah mulakan pada hari Ahad lepas berakhir semalam.
Setelah selesai solat hari raya, kami menuju ke destinasi kami ke Utara Semenanjung.
Ke bandar Ipoh...Kampung Tengku Husein Baru.
Kami tidur di rumah ibu mertuaku selama satu malam sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya ke utara lagi, ke Gunung Semanggol..rumah peninggalan ayahanda yang kini didiami oleh bondaku dan suami barunya!
Setelah melabuhkan diri selama satu malam, keluarga kami menuju ke selatan Kedah. Ke Sungai Petani, rumah ayahanda suamiku pula...berjumpa dengan adik beradik sebapanya serta anak anak buah suami.
Hari Rabu, kami kembali semula ke Gunung Semanggol dan merehatkan diri untuk semalam lagi. Kami sempat berjumpa dengan ibu saudaraku, Kak Yan, yang datang bersama keluarganya.
Hari Khamis, kami bertolak balik semula ke Bangi setelah singgah sebentar di Ipoh.
Selalunya beginilah perjalanan dan persinggahan kami saban tahun.
Dulu selalunya kami bermalam di lima buah rumah.
Di Ipoh, Perak ( rumah ibu suami)
Di Trong, Perak (rumah datuk suami)
Di Semanggol, ( rumah ayahbondaku)
Di Sungai Petani, Kedah ( rumah kedua dua ibu tiri suamiku)
Jadi cuti hari raya kami berkitar di rumah rumah ini sahaja.
Apabila ianya diulangi saban tahun, timbul rasa keletihan mengangkut anak ke hulu ke hilir. Tambahan pula anak anak semakin bertambah. Semakin jua banyak karenahnya.
Setiap kali persinggahan, ada ada saja yang tak kena.
Baju tertinggal..
Kasut hilang..
Tudung salah letak..
Pin, serkup, handphone, charger... etc etc etc..
Baju tak basuh pula semakin banyak..
BERTIMBUN! Berplastik plastik.
Hendak membasuh pula terpaksa bergilir untuk menggunakan mesin.
Nak sidai kena asing asingkan takut bercampur dengan keluarga lain.
Kena pula kalau singgah di Semanggol, hujan memang dah menjadi satu kemestian.
Cukup leceh nak menyidainya di luar rumah.
.
.
.
Dan ITU membuatkan kami terpaksa LIMIT kan persinggahan kami!
Memandangkan rumah datuk suamiku telah dijual maka kami tidak lagi ke sana untuk bermalam. Sekiranya ada masa yang terluang sahaja, kami akan menziarahi sanak saudara suamiku di sana. Sekali sekala...
Kami jua agak jarang mengunjungi ibu tiri kedua suamiku. Selalunya ibu tiri kedua ini sibuk dengan sanak saudaranya jadi sekali sekala sahaja kami berkunjung ke rumahnya.
.
.
.
Kalau ada rumah kawan kawan yang tinggal di sekitar highway PLUS, kami akan cuba hubungi untuk singgah dan ziarah. Kiranya mereka bersedia menerima tetamu, kami akan singgah. Jika tidak, perjalanan kami akan diteruskan.
.
.
.
...kami juga takut kalau kalau persinggahan kami menyusahkan orang lain. Kami ramai. Adakalanya tuan rumah tidak bersedia untuk menerima kesebelasan kami. Tidak semua orang berupaya menerima tetamu yang berkeluarga seramai kami.
.
.
.
hmmmmm...
sekian
4 comments:
ashley..kesebelasan...berapa kereta?
anyway selamat kembali ke BB, open house sampai bila?
azani,
kami hanya mempunyai dua pemandu. aku dan suami..
bawak satu kereta jer.
oleh kerana kami semua 'COMEL-COMEL' belaka maka muat laaa..
susunan
4-4-3
atau pun
4-5-2
ataupun
5-4-2
he he he
"Kalau ada rumah kawan kawan yang tinggal di sekitar highway PLUS, kami akan cuba hubungi untuk singgah dan ziarah. Kiranya mereka bersedia menerima tetamu, kami akan singgah. Jika tidak, perjalanan kami akan diteruskan."
Tak berkesempatan singgah rumah saya di Kamunting itu jangan lak dikira tuan rumah tidak sudi. Line Celcom 24-Sept-09 itu teruk betul!
Suruh hubby jenguk blog izzuddin8084 saya untuk berita dan gambar rerakan yang hadir.
Lukmanw
Lukman,
memang line celcom sungguh horrible hari tu.Keinginan kami untuk singgah di rumah seorng kawan di Tapah juga terpaksa dibatalkan..
.
.
.
well, itu namanya tak dak rezeki nak jumpa.
Post a Comment