Salam,
What is USUL FIQH?.....jom meng WIKIPEDIA kan..
Uṣūl al-fiqh (Arabic: أصول الفقه) (literally: the origins/fundamentals of the law) is the study of the origins, sources, and principles upon which Islamic jurisprudence is based. In the narrow sense, it simply refers to the question of what are the sources of Islamic law. In an extended sense, it includes the study of the philosophical rationale of the law and the procedures by which the law applicable to particular cases is derived from the sources.
Bahasa Melayu punya maksud pulak?
Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.
Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.
MENGISTINBAT???
wah...perkataan apa nih?
masuk SPM confirm aku boh blanko!!
okay ni kerja suami aku patutnya.
dia suruh cari maksud..
ish ish ish...
hmmm..boleh tolong cari jer laa.
sekian
9 comments:
Bukan ke itu perkataan arab yang di melayukan?
meng = kata membuat melayu
istibat = arab???
'istinbat' tu tak tahu ape mendenya..
istinbat: in simple word.. PENETAPAN hukum... berdasarkan kes semasa.. berpandukan dalil..
dah lama dah blajo takrif usul fiqh ni..1994-95..
by the way, bro. saif ni amik kos ape?
istinbat... nice word
istinjak... not so nice word
apa² tah aku... tak tau maksud, nak komen jugak :)
Vocab baru...meng-istinbat.
Suami akak ambil Islamic Finance ek? :)
GPI SKSV,
Dia kena buat Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) setaraf ngan MASTERS.
.....dulu belajor FINANCE sahaja..so bila masuk Islamic FINANCE banyak words yang masih tak familiar. VOCABULARY kena tambah lagi laaa.
KOG,
terlalu banyak bezanya antara ISTINBAT ngan ISTINJAK..
kah kah kah
jauh nooo la tu!
Insyirah,
yo lahhh..
antum belajar itu ilmu balaghoh lah pulok. ana punya arab sudah jadi kurma llah.
Dr sam,
ana rasa lughatul arabiah akhi saif ini pun sama jugak laaa..
Post a Comment