Salam,
Makcik aku Yan, kakak aku Yong dan aku Nin, adalah gambaran 3 budak perempuan yang sering merayau di kawasan pekan Batu Gajah, macam kanak kanak terbiar pada zaman awal tahun 70 an dulu.
Makcik aku yang aku panggil Kak Yan itu (walaupun dia makcik aku) adalah adik mak aku sendiri. Dia dibela oleh mak aku semenjak berumur setahun lagi. Mak aku adalah anak perempuan pertama dalam adik beradiknya. Beza umur mak aku dengan Kak Yan kira kira 18 tahun. Setelah mak aku berkahwin di waktu umur 17 tahun, dia mengambil dua orang adiknya iaitu Kak Yah dan Kak Yan untuk dijaga. Mak aku dari keluarga yang ramai adik beradik serta agak susah, jadi dia mengambil keputusan untuk membela dua orang adik perempuannya ini.
Beza umur Kak Yan dengan umur aku hanyalah dua tahun. Walaupun dia makcik aku, aku rasa macam dia kakak aku jer..
Kakak seibu sebapa aku ada sorang jer. Aku panggil dia Yong. Kami orang Perak . Jadi anak sulong kalau perempuan biasanya dipanggil Yong. Sebenarnya seingat aku, mula mula aku panggil kakak aku ni, 'Tak'-sebab aku masih pelat,'KAK jadi TAK'. Entah bila gelaran 'Tak' tu telah bertukar menjadi Yong, aku pun tak ingat. Yong aku ni beza umur dari aku setahun sebulan sahaja.
So umur kami ni berturut turut. Sorang lahir 1965, sorang lahir 1966 dan sorang lagi iaitu aku, lahir 1967.
Kami bertiga ni amat rapat macam 3 stooges masa kecil dulu.
Sewaktu kami tinggal di pekan Batu Gajah, Perak, kami berkongsi keriangan bersama sama. Pekan Batu Gajah adalah tapak rayau kami. Tempat kami menyebarkan tenaga kinetik dan mengisi ruang otak dengan segala jenis maklumat.
Masa tu kami tak pernah risau pasal makan, kerja sekolah, tuisyen ke apa ke..Kami tidak tahu makna perkataan pencolek atau perogol. Pencolek atau perogol kanak kanak tidak ada dalam kamus fikiran kami. Tiada apa yang perlu kami risaukan. Celik mata jer..kami akan turun ke tanah. Bermain!
Bermain adalah matlamat utama kami. Permainan galah panjang, batu seremban, konda kondi, aci nyorok, polis sentri , kejar mengejar adalah permainan yang tak memerlukan belanja langsung dan dimainkan di luar rumah. Kami gembira bermain dipagi hari meskipun masih belum mandi atau tidak bersarapan lagi..
Ibu aku sering berleter panjang sebab kami keluar main dalam keadaan tidak mandi dan bersarapan. Seringkali leterannya itu akan disusuli dengan aksi kejar mengejar sekeliling rumah dan diakhiri dengan kami bertiga mandi bersama sama dalam satu bilik air...( ish ish ish)
Semasa di Batu Gajah ini , kami semua cukup ramai kawan. Ke mana sahaja kami pergi, ada saja tempat kami menyinggah. Kadang kadang kami keluar rumah dari pagi sehingga petang. Makan dan lepak di rumah kawan kawan kami. Memang muka tak malu langsung! Ini yang menyebabkan mak aku sering meleteri kami bertiga.
Kami sering keluar rumah apabila ibuku keluar berniaga Tupperware. Sebenarnya Kak Yah, adik perempuan ibuku yang 10 tahun lebih tua dariku ditugaskan menjaga kami bertiga...tetapi kami sering melanggar perintahnya..he he he..
Mula mula kami akan katakan yang kami hanya bermain di bawah rumah. Kemudian, SLOW SLOW akan bermain di rumah sebelah..Selepas itu kami akan LESAP terus dari pandangan.
HA HA HA..
Trick yang cukup bagus diamalkan.
Hei...kami kanak kanak!!
Tidak sepatutnya kami TERPERAP sahaja di rumah.
Tidak BERCAMBAH minda nanti.
Ada satu ketika kami merayap hingga ke sebatang sungai yang berdekatan dengan lombong. Di kawasan Batu Gajah terdapat banyak kawasan lombong bijih timah sewaktu itu. Kehadiran kami ke sana telah dilihat oleh salah seorang kawan ayahku. Ayahku memang ramai yang mengenalinya kerana beliau adalah seorang guru sekolah menengah ketika itu.
Apa lagi, malam itu kami teruk dimarahi bukan sahaja oleh mak tetapi abah juga.
Kami hanya hadir di situ melihat budak budak China mengail dan menceduk ikan...bukannya MANDI MANDA pun.
Air TASIK LOMBONG DALAM!!
Itu kami tahu benar...
.
.
.
dan aku harap kanak kanak di luar sana pun SEDAR BAHAYA AIR DI MUSIM MUSIM PERAYAAN INI. Jangan mandi manda di LOMBONG, TASIK, SUNGAI, LAUT dan seumpamanya tanpa pengawasan dari ibu bapa!!
sekian
4 comments:
seronok kalau ada kakak atau adik. Aku ada kakak sorang tapi beza umur 10 tahun. adik takdak. So, main sengsorang jelah kat rumah.
tapi luar ramah.. keh..keh..
waktu sebelum sekolah saya main dengan makcik dan kakak.
Bila dah masuk sekolah rendah, oman dah boleh bermain bersama. Budin dan saya jauh beza gak..10 tahun..masuk sekolah menengah, GILIRAN saya memebulinya..
ha ha ha..
adik adik yang lain perbezaan umur sangat jauh.
Tak cari buah teratai ke kak?
Rebus, sedap tu..
Nizam,
Tengok orang mengail pun dah kena marah..nak mencari teratai pulak. Itu NAHAS namanya!!
Post a Comment