Salam,
Malam tadi elok je tengah tengah azan Isya' kat surau, aku dapat message..
"Buka posa apa hari ni"
Datang dari nombor yang tak ada dalam simpanan premium aku.
Mulanya aku syak kawan kawan aku yang aku terdelete nombor mereka atau pun yang dah tukar nombor lain meng sms aku di waktu itu.
Aku sebenornya tengah kelam kabut nak kejor Si Mawaddah.
Nak bawak gi toilet.
Basuh uh uh....
Pastu ingat nak solat Isya terus tarawikh.
Malas le aku nak jawab yang aku makan pizza lak kelmarin.
Order je pizza DOMINO's. Tak buat pun sebab semalam pergi KL..
Sibuk sikit untuk main masak masak.
Dalam hati aku tertanya " Sapa pulak la sms tanya buka posa time dah Isya' tuu"
Hmmm..oleh kerana nak cepat, aku jawab, " Nak gi solat, isya' dah masuk"
.
.
.
Lepas tu, bila dah selesai segala solat semuanya. Dalam pukul 11.20 pm cam gitu, seorang anak nak pinjam handphone. Sekali dia tengok ada message.
"Ummi ada message," katanya.
Aku pun tengok message tu.
"Ok. selamat hari raya" bunyi message itu.
Kesian la pula..siapa la gamaknya kawan aku nih.
Macam merajuk jer.
Aku pun tanya,
"Siapa ni sebenornya?"
Sekali, dapat message jawapan..
"Mari main teka teki. Sy hari2 perhatikan anda"
Cisssss..aku kata. Ni budak hingusan mana cuba mengorat anak aku nih!
Ohhh ye..untuk pengetahuan semua....telefon aku kerapkali menerima panggilan yang tak bersuara.
Ada kalanya dapat sms cintan cintan dan nGURAT nGURAT dari kengkawan different JANTINA anak anak aku.
Lantas aku pun tanya anak anak...
" Nih kawan siapa no SEKIAN SEKIAN nih?! Nak main teka teki dekat tengah tengah malam pulak.."
semua tak ngaku..
lantas tangan aku dengan selamba menaip..
" GET LOST.."
Aku tak mahu ada 'SHAH' Jehan yang buat sms time memalam pulak..
Ingin mencari Mumtaz?
Ohhhh..no way bro. Not yet..
ye lah..jadi mak ni kena jaga jaga juga kan?
"ha ha ha ha...Garang eh kak Ashley ni" bunyi sms seterusnya.
Sudaaaaahhhh...aku kata...sah lah ni kawan blogger. Eh, mana lak demer dapat nombog aku nih.
Maka aku teringat Syirah dan Cikgooden. Hanya mereka berdua so far di kalangan blogger yang ada nombog aku.
TM kah?
Sian dia..
Nizam?
Hmmm....
Yuyee?
aduilah..kang sentap pulak adik adik nih.
Aku balas lagi..
Dia pun jawab " Oi kak. Tijah lah ni. Den mintak kek kpah. Saja nak ngurat ko tp xjd la. Garang na..ha ha ha"
OOOOOOOO KAKPAH OOOOO
.
.
.
ko balas dendam ke kat aku?
mana aci..
hari tu aku kabo yang si Syirah mintak no ko!!
.
.
dan pada Tijah lak..aku tak tau samada aku patut kesian ke atau MEMADANkan muko ko..
hehehe..
Selamat Hari Ghayo..maap zahir batin!
sekian
10 comments:
hahaha... sian dak tijah tau. dia dah la lawa. mana bulih buat org lawa gitu kak. hehehe..
tij, kau tak nk msg aku tij...? he he.
.
TM,
ha ha ha..
dia nak main teka teki lakkk...
kena le seROUND.
.
.
teki tekuk le nampaknyer.
wakakakaa.
sebagai balasan...den nak tampal la no ko kat tiang2 letrik kat senawang ni kak.
tijah,
tak po..
nanti aku hired demer jadi cleaner kat tadika!
Hahaha.. Kelakor..kelakor..
Ada ke patut akak syak saya? Tak de keje saya nak hntr sms misteri nusantara. Kekeke.
lain kali kalu nak mesej kenal
perkenal diri dulu..kalu tak
maunyer kena hembur sedas dua....haha
saya takut...lariksssssssss
hehe......
Elok panjang2kan silaturahim. Sok2 kita buat lah gathering kat bangi ni.
Jah, ekau memang goma buek oghang tokojut kan?
Insyirah,
akak tak syak..cuma tekenang jer.
Yuyee,
relaks laaa..
akak ni kena main peranan Omak garang sekali sekala..
ha ha
kakpah,
kiter buek kat Tasik Chempaka pun boleh ape..menikmati pandangan tepi sungai tu..walupun tak seindah mana
ha ha ha...
aku tak tokojut kakpah, cuma was was..
kak ASH yang disayangi,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
esok pagi-pagi lagi nak balik..takot tak sempat nak wish..
yuyee..
selamt berangkat..eid MUBARAK!
Post a Comment