Monday, September 28, 2009

Hai kawan kawan..Dah posa nam?

Salam,

aku BARUUUU nak start posa nam. Ni pun tak tau boleh buat straight sampai Jumaat ke tidak. Selalunya seminggu dapat la 3 hari. Sambung pulak minggu depannya. Tapi kali ni aku nak try buat terus menerus sampai Jumaat. Pastu break dua hari sebab nak GODAM makan kat ghumah Kakpah petang Sabtu (sebenagnya ada mesorat AULAD)..lepas tu aku nak tinjau tinjau pi mana mana hari AHAD nih!!
.
.
Ke Senawang ke..
ke Damansara ke..
ke Melaka ke..
Mana mana lah!
.
.
.
Sebenarnya seronok puasa nam ni tapi cabarannya boleh tahan gak aa..Macm juga nak posa senin ngan khamis. Kalau tak betul betul mantop..terkujur lah posa tu.
.
.
.
Cumanya aku terkenang kakak aku. 2nd raya dah kobar kobar puasa. Sian abang Yeobnya..Bako ayam BBQ sambil kecur air lior..
Tapi demer ni mantop. Rasanya dah habis kut demer posa nam....KUT le..
Eerrr... dan aku teringat lak zaman di mana aku TER masuk kan SESUDU garam ke dalam mulut kakak aku yang sedang berposa..he he he..ampuuunnn..
.
.
Okaylah aku nak kuar sekejap. Cari laksa..habuan buka posa. Malas nak keluntum kelentam kat dapur....

sekian.

7 comments:

Norazah said...

Ash, kabare? Saya waras, cuma dah mula sekolah ni penatlah sikit. hari ni mula start semula posa nam. Baru 2 hari. Mmg bila nk buat posa nam ni kena tabah sikit. Nasib baik dh sekolah semula, jd lum gi beraya uma kawan2 lg. Cuma kalau ABC kena stop dulula.

ASH said...

Norazah,
he he he..bila berwaras waras nih..teringat zaman dulu dok bergurau ngan kawan...
(aku tanya dia : awat selama ni hang tak waras ka??? he he he..)
.
.
.
azah, sebab dah start sekolah la baru boleh nak posa. sibuk sikit tak la terasa sangat kan?

Brahim Nyior said...

Kak Hida,

Saya pon baru mola....

Harap-harap dapat habiskan seperti tahun-tahun lalu.

Moga-moga kita bertemu lagi Ramadhan tahun-tahun akan datang. Amin

ASH said...

Okay,
nanti dah habis boleh raya..

Insyirah said...

InsyaALLAH straight sampai Jumaat ni juga. Lepas tu dah boleh rayaaaa..! Yaahoooo..!!

tasekM said...

kak...... psssttt.... kak pah x buat open house ke? hihi.

ASH said...

Insyirah,
yang WAJIB nya ko kena tampung ke tidak?
itu YANG SUNAT jer baru tau!!
tak leh campur campur.jangan YAHUUU dulu.

TM,
kakpah sentiasa mengOPENkan housenya..errr..sebenanrnya dia sedang sibuk BAGAI nak ghak ke hulu ke hilir buat persiapan untuk kenduri anaknya.
persiapan untuk hari graduasi aulad.
persiapan untuk ke MEKAH serta persediaan nak tinggalkan segala URUSAN bisnesnya pada yang KENA tinggal nih!