Salam,
Hari ini Huda pergi menjalani satu ujian untuk penempatan tahun satu 2010 di SKJ3.
Entah kenapa tahun ini sekolah yang baru dapat title ni buat ujian SARINGAN pula.
Kriteria Murid Tahun Satu 2010 ialah seperti berikut :-
Lulus Ujian Saringan : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
1) Bertulis - boleh menulis nama sendiri
2) Membaca - Boleh membaca buku cerita ringkas B.Melayu dan B. Inggeris
3) Lisan
4) Asas solat - solat dan fardhu Ain ( untuk murid Islam )
5) Asas nilai murni ( untuk murid bukan Islam )
6)Sijil Bakat ( jika ada)
mesti memenuhi empat dari kriteria di atas.
Hmmmm..bayangkan kalau budak yang tak pernah masuk tadika atau yang masih tak kenal ABC lagi..alamat bye bye lerrr..
Aku agak kurang setuju juga dengan ujian saringan ni. Bagi aku bukannya semua BUDAK yang PANDAI membaca sewaktu di TADIKA akan terus CEMERLANG dalam pelajaran. Dan BUKANnya semua budak yang masih TAK pandai baca seWAKTU di TADIKA akan terus TERBANTUT dalam pelajaran...
TADIKA cuma menyediakan ASAS sahaja...
Pelajaran seterusnya akan diperolehi semasa di sekolah rendah dan menengah.
Ada juga dari kalangan anak anak kecil ini jenis yang LATE BLOOMER..
GEAR masuk lambat sikit.
Once dah dapat...kadang lebih laju dari yang pandai baca di TADIKA.
Aku yang ada anak 9 orang ni pun macam macam jenis..
Kak Aisyah dulu dah masuk darjah satu baru boleh baca.
Masuk sekolah rendah pun cam takut takut dan agak slow.
Waktu di peringkat tahap 1 pelajarannya baik tapi bila masuk darjah empat dan darjah lima, pelajarannya agak kucar kacir sikit.
Pernah sewaktu pertengahan tahun darjah lima, kak Aisyah dapat nombor dua dari BELAKANG. Aku nak kata apa??
Kalau nak diikutkan peratusan tak la teruk sangat sebab kelas kak Aisyah kelas yang pandai sekali.
Cuma ianya memberi kesan yang negatif pada emosinya.
Mujurlah sewaktu darjah enam, cikgu merombakkan kelas dan dicampuradukkan semua pelajar darjah enam tu..
Kesannya pada anakku adalah positif. Kak Aisyah lebih bersungguh dalam pelajaran dan akhirnya berada pada keadaan yang lebih baik.
Kesungguhannya itu di teruskan sewaktu di sekolah menengah. Walaupun kak Aisyah bukanlah pelajar YANG PALING TOP dalam kelas tetapi usahanya itu boleh dipuji.
Maryam, anak aku yang kedua, sewaktu tadika adalah seorang kanak kanak yang agak takut takut...Tiada berkeyakinan.
Hari pertama di tadika itu hanya dua orang budak yang menangis.
Seorang budak lelaki yang melalak lalak tidak mahu berenggang dengan ayahnya dan seorang lagi budak perempuan yang cukup takut dengan suasana baru. Budak perempuan itu pula ialah MARYAM, anak kedua ku..
he he he..
Takut takut dia pun...bila dah dipenghujung umur enam tahun, Maryam sudah pandai membaca dan cukup cekap mengira. Aku pun kagum dengan kepandaian mengiranya itu.
Di sepanjang sekolah rendah Maryam sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran matematik.
Itu adalah kelebihannya.
Cuma sekarang ni, bila masuk form four dan berpindah ke MRSM, aku rasa keyakinan dirinya ada sikit terjejas.
Itu yang perlu diatasi sekarang..
Dari dulu hingga sekarang memang Maryam susah sikit mengadaptasi suasana baru di sekelilingnya.
Husna anak yang ketiga ini mempunyai pencapaian yang cukup menarik. Husna telah mengenali alphabet sewaktu berumur 2 tahun lagi. Aku pun hairan bagaimana otaknya dapat berfungsi begitu. Begitu juga dengan huruf huruf Hijaiyyah dalam buku Iqra'. Dia telah selesai membaca Iqra' 1 sewaktu berumur 3 tahun. By the time dia darjah satu, dia dah naik quran dan dapat membaca dengan baik. Dia qatam membaca Al-quran di penghujung darjah dua sewaktu kebanyakan rakan rakannya baru nak naik Quran. Husna sudah boleh membaca buku sewaktu berumur empat tahun lagi. Belum sempat masuk TADIKA pun. Dia belajar bersama sama dengan kakak kakaknya. Tapi semua itu adalah satu anugerah Allah yang patut disyukuri.
Ramai juga kawan kawan aku yang kagum dengan pencapaian Husna sewaktu itu dan bertanya rahsia tentang nya tapi sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu jawapannya. Wallahualam...
Cukuplah 3 contoh yang aku boleh bagi tentang anak anak aku. 3 orang anak yang mempunyai keadaan pencapaian yang berbeza beza. Walaupun keluar dari perut yang sama tetapi tetap individu yang berbeza. Bukan sahaja rupa yang berlainan tetapi juga perangai dan pencapaian yang ada turun naiknya.
Berbalik semula kepada ujian Saringan yang di adakan oleh SKJ3 ini. Aku masih tertanya tanya tujuannya.
Hmmm....
apa sebenarnya yang ingin disaring mereka?
Yang dibuang itu apakah benar bukan permata?
Atau yakin benarkah yang ditapis itu BERHARGA?
Perlu diingatkan kata kata seseorang yang berpengalaman mengajar.." Kalau dah pandai dan bagus semuanya budak budak ni, di manakah Thrill/hebatnya menjadi GURU di KLUSTER school ini?"
ya..
Rasa begitu JANGGALkan saringan ini?
sejanggal saringan H1N1 yang cuba dijalankan...
sekian.
No comments:
Post a Comment